31 Mei 2015

Part 1 : Betul ke sakit ?




"Sakitnyaaa... Lia.. Klu aku tahu sakitnya macam ni.. Mesti aku akan hati-hati " Leha mengadu kepada Marlia sambil menangis.. 
Marlia berasa keliru. baru beberapa bulan yang lepas Leha berkongsi kegembiraannya.. Tup tup hari ni mengadu sakit.. Masih terbayang perbualan antara mereka dua bulan lepas..

***

"Lia, lia.. Ko kene dengar apa yang aku nak bagi tahu.. Aku... Aku... Emmm.. Aku rasa happy sangat." Leha mempamerkan wajah terujanya.. 

"Jap! Jap! Apa yg buat ko happy sampai macam ni? Mesti ad something kan?" Ujar Marlia. 
"Aku happy sebab aku dah dapat rasa nikmatnya jatuh cinta.. Oh my prince charming... Waa.. Besnyee.. Ni lah kali pertama seorang lelaki buat hati aku bagai nak tercabut. Dah lah handsome, baik, alim pulak tu. Pagi tdi dia senyum kat aku mase kami terserempak dekat luar makmal" Leha semakin teruja untuk berkongsi kegembiraannya.

 'Astaghfirullahalazim. tak boleh jadi ni. Aku tak nak dia hanyut. Aku kne buat something. Aku tak boleh biar sahabat aku jatuh. Sebab jatuh tu sakit'.

"Serius, ke kau ni? Eh jap aku nak tnya,, betul ke kau happy ni??  Sbb setahu aku lah, jatuh ni sakit.. tak pernah lagi aku dengar orang jatuh jadi happy. Kau dah gila ea.. aku dah bnyk kali jatuh, semua sakit.. jatuh tangga, jatuh basikal, jatuh pokok. Semua sakit." Ujar marlia dalam nada loyar buruk. 

sambil memegang dahi dan membelek seluruh tubuh sahabatnya. Leha yang berasa rimas pantas menepis tangan sahabatnya. 

"Ish.. Btullah.. Apa pulak nak tipu. Kalau kau nak tahu jatuh cinta ni best atau tak , kau kene jatuh cinta dulu. Aku tak percaya jatuh cinta ni sakit. Malah ia membahagiakan... " Leha meyakinkan Marlia.

"Dah sah, sah aku tahu jatuh tu sakit buat apa nak cari penyakit. Bagi aku, bercinta lebih bahagia dari jatuh cinta. Bunyi pun BERCINTA of course cinta kita berbalas. Tapi kalu setakat jatuh cinta tu akan buat aku merana. Sebab belum tentu cinta aku tu berbalas.. 
Dan jgn terkejut kalau aku cakap aku tengah bercinta..  Haa! Klu kau nak thu bercinta tu sedap atau x? Kau kne belajar dari aku macam mane nak bercinta! Bercinta ok, bukan jatuh cinta".  Ujar marlia cuba memancing sahabatnya. Knyataan Marlia jelas mengejutkan Leha. Matanya terbeliak memandang Marlia.

"Oo.. Oo.. Aku salah dengar ke ni??  Kawan aku yg syadid ni bercinta? Ada ke orang nak dekat kau? Dah lah pakai tudung labuh. Pakai pulak kain penapis habuk kau tu. Dah macam cendawan bergerak aku tengok kau ni. Dengan setiap minggu nye sibuk kesana ke mari.. Program Sana, program sini.. Singgah pondok sana, Singgah pondok sini. Ada ke orang yang sangkut kat kau? " ujar leha tidak percaya.

 Lalu segera menuju ke biliknya. Dgn harapan malam ni dia akan bermimpi bertemu ustaz idamannya. Dalam masa yang sama, Marlia semakin resah kerana dia tidak berjaya memancing sahabatnya. 

***
Kini , apa yang dia takuti telah terjadi. Leha benar benar sakit dek kerana perbuatnnya yang sengaja menjatuhkan diri ke dunia cinta.

"Dahlah leha.. Aku tak sanggup tengok kau sedih macam ni... Tulah, dulu ajak kau bercinta sekali dengan aku kau tak nak.. Sekarng kau dah kecewa.. Ok, lepas ni kau buang air mata kau ni jauh-jauh , dan ikut aku. Aku nak kau rasa apa yg aku rasa. BERCINTA " pujuk Marlia. 

Dia nekad . dia sanggup berkorban demi sahabatnya. Sedang asyik Marlia mengusap rambut leha, tibe tibe , telifon bimbit Marlia berbunyi. Marlia pantas mejawab panggilan tersebut.
"Assalamualaikum.. Ye sayang...  umi ada kat kolej lagi ni.. 
Kejap lagi umi sampai... Suruh adik2 yang lain mandi dulu. Sape tak nak mandi, umi tak nak peluk dia ." marlia menamatkan perbualan setelah beberapa minit...
Leha tercengang mendengar perbualan Marlia. 'Lia dah kawin? Tapi bile? Aku kenal dia sejak sekolah rendah lagi.. sekampung pulak tu.. macam mne aku boleh tak tahu takkan di usia yang muda dah ada ramai anak? bertubi tubi soalan menerjah mindanya..

  • benarkah Marlia sudah bernikah.. Tapi dengan siapa? Dan kalau betul itu bermakna benarlah bahawa lia sdg bercinta..
  •  jika benar sekalipun, sanggupkah marlia hidup bermadu?


Bersambung...


Penulis : Panda Bulat

cc: falah hanim 








♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

0 Massage:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner