25 November 2015

Feedback Cust Jaket Labuh Muslimah








Alhamdulilah . 
cust puas hati dengan jaket labuh ni.. terima kasih sebab sudi bermuamalat dengan #bidadariummi93 .
sesiapa berminat nak beli boleh whtsp #0194368780 



"teruskan melangkah walau apa jua ujian yang datang pada kamu "

#jaketlabuh #bidadariummi93 berminat untuk cari jaket muslimah boleh whtsp #0194368780








Alhamdulilah terima kasih muamalat dgn kami... 
jika anda sedang mencari jaket labuh boleh lah cari di sini.. anda suka kami pun suka








Alhamduliah.. 
terima kasih bermuamalat dgn kami,
semoga rezki kita sentiasa di murahkan rezki... 

#jaketmuslimah #bidadariummi93 #f2jcollection











#JaketMuslimah, RM65 jaket sahaja. Boleh sulam nama/organisasi atau apa saja. 
Minimum utk sulam 20 Helai, 
.
kain tak terlalu tebal dan nipis, selesa di pakai, 
mentup aurat labuh, 
boleh whatsp #0194368780.

#jaket #jeketmuslimah #jaketlabuh#ahmadanajwacolection
#JaketMuslimahMalaysia 



♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

11 November 2015

JAKET MUSLIMAH LABUH



Anda sedang mencari jaket Muslimah?? .
haaa.. ramai yang cakap susah nak cari yang labuh,


.
CUBALAH koleksi terbaru kami,
ada pelbagai warna yang menarik seperti warna PASTEL 
dengan rekaan yang belum ada di pasaran!


NAJWA AHMADAN adalah pilihan terbaik untuk 
koleksi JAKET LABUH & BLOUSE yang TAHAN LASAK,
.
 REKAAN TERKINI dengan tawaran harga yang lebih RENDAH dari pasaran. 
Dengan wang RM100 anda boleh dapat baju yang labuh dan siap ada baki lagi .
.

.
(✔)CANTIK DAN ELEGENT
.
(✔) LABUH DAN FLARE CUT
.
(✔) MINUMUM IRONING
.
(✔) SESUAI UNTUK DIJADIKAN HADIAH YANG TERSAYANG
.
(✔) NURSING FRIENDLY
.
(✔) WUDHU' FRIENDLY . .
.
Jangan risau kami ada jual di sini
.
Jom follow
.
@bidadariummi93
@bidadariummi93
@bidadariummi93
.
.
Harga kasih sayang untuk anda semua ✌✌✌
.

Dapatkan koleksi muslimah yang lain di
.
@bidadariummi93 .
atau whtsap kami di .
.
#0194368780
#0194368780 .

Dapatkan juga promosi Pendaftaran #AgenTopup di ig kami .
@bidadariummi93


                                      Anda juga boleh terus whtsp kami untuk sebarang pertanyaan atau detail saiz dan stok yang availble ye 


                         







     
♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

15 Jun 2015

CERPEN: PELUK LAH AKU




           zarina berjalan pantas menuju ke biliknya.. dia tahu waktu maghrib hanya tinggal 30 mint sahaja lagi... biaselah.. bukak puase dulu baru nak solat.. kalu dah bersembang tu.. tak ingat dunia dah...
sebaik sahaja selesai solat maghrib, dia berteleku sambil memandang ke bawah.. sungguh dia rindu... rindu pada sesuatu yang bernama pelukan.. rindu untuk melihat senyumannya... tanpa disedari dia memeluk tubhnya sambil mengalirkan air mata..

"ya Rabb.. kau lindungi dia walau dimana dia berada...aku rindu.. kenapa aku rse macam ni? aku sayang dia ya Rabb.. kalau dulu, dia selalu pegang tangan aku saat dia bertutur denganku.. sungguh aku jauh darinya ya rabb.. namun aku mohon, jgn kau jauhkan hati aku dari hatinya ya rabb..
berkatilah hidupnya dengan rahmat dan kasih sayangmu.. kurniakan kebahagiaan buatnya di dunia dan akhirat.. hanya kain putih yang tersarung di badan ku ini sahaja yang menjadi pengubat rinduku padanya.. " zarina mencium telekung yang dipakainya.. dalam beberapa saat dia sudah pun terlelap.. 

***
(flash back)
"eh, wani, kau beli kat mana telekung ni. cantik lah.. tebal, berat,, selesa pulak tu.. mahal tak? berapa harga kau beli? " tanya zarina kepada teman sebiliknya..

"owh.. tak mahal pun.. RM68 je.. mak aku yang beli kat kedai di teluk intan.. kalau kau nak tahu, telekung ni famous tau sekarang. tengok kawan-kawan kita ramai yang pakai. memang selesa.. kain dia berkualiti.. tak jarang.. tak payah susah-susah nak pakai tudung kat dalam. ustazah siti ada jugak jual telekung jenama amirul ni.." balas wani yang masih besimpuh di dalam surau..

"owh... oklah aku nak masuk bilik PA sistem jap.. kejap lagi azan isyak.. aku nak pasang radio.. takut diorag semua lambat pulak datang surau dengan alasan x dengar azan.. diorang tu ada je akal kalau hati tu dah nekad nak SOLDOM ".. balas zarina.

sejak duduk asrama, macam-macam bahasa baru yang dipelajarinya.. yang bestnye perkataan tu direka oleh senior-senior generasi terdahulu.. dipakai sejak turun temurun. nak tahu apa perkataan tu? haa! tengok kat bawah ni
BOTAM (bola tampar)
BOJA ( bola jaring)
BOBAL (bola baling)
SOLDOM (solat dalam dom)
SOLEK (solat dalam bilik)
MENCAPUB (mencari publisiti)
ngeh3.. unik kan?

            sebaik sahaja selasi azan berkumandang, seorang wanita yang agak berumur masuk ke dalm surau melalui pintu hadapan. perlahan-lahan dia membongkokkan sedikit badannya untuk bersalaman dengan jemaah surau yang berada di saf hadapan.. sebaik sahaja tiba di hadapan mimbar, mikrofon klip diambilnya sambil memerhatikan keadaan sekeliling..

"Assalamualaikum. anak-anak.. apa khabar? " tanya ustazah siti dengan suara yang lembut.

maka bergemalah surau tersebut dengan suara anak-anak didiknya menjawab salam... malam itu solat isyak diimamkan oleh ustazah siti.. sebaik sahaja
selesai solat isyak, sedikit peringatan disampaikan oleh ustazah siti buat anak-anak didiknya.

"anak-anak, ustazah harap antunna semua jagalah adab baik-baik. janganlah menjerit-jerit waktu maghrib, malu ustazah dengar. nanti apa pulak kate guru-guru lain yang duduk dekat dgn asrama kita.. lagi satu, tutuplah aurat sebaik mungkin. jgn keluar bilik x pakai tudung, warden lelaki bila-bila masa je akan masuk andai berlaku kecemasan. ustazah tak nak anak-anak ustazah tercalar maruahnya."
zarina menganggukkan kepalanya tanda setuju. entah pesanan ini kali yang keberapa keluar dari mulut ustazah.. namun masih ada pelajar yang tidak mengendahkan langsung apa yang diperkatakan. selaku ajk badan dakwah, dia juga berasa kecewa kerana masih belum mampu mengubah biah di sekolah tersebut.
sebaik sahaja semua pelajar keluar dari surau, seperti biasa zarina menutup semua suis aircond kipas dan lampu. dia dan ustazah siti beriringan ke dewan makan untuk minum malam.
keesokannya, sebaik sahaja waktu rehat tiba, dia berjalan menuju ke surau guru untuk menunaikan solat duha. memang sudah menjadi kebiasaan setiap kali waktu rehat, dia akan ke sana. mana tidaknye, bulan ramadhan lah katekan.. mana ada orang pergi dewan makan.. smile emoticon
dalam perjalanan pulang ke kelas, tiba-tiba ustazah siti memanggil zarina dari jauh. zarina pantas berjalan ke arah ustazahnya.

"zarina, jom masuk bilik ustazah, ada bende yang saya nak bagi pada kamu." kata ustazah siti.
zarina sudah mula ketakutan.. 'alamak! markah ujian kot.. alahai.. berapa lah aku dapat.. '
"baik ustazah." zarina membalas sambil membontoti ustazah siti. dalam hatinya.. 'ya Allah,, jgnlah turun markah kali ni.. mati aku kalu turun.. apa aku nak jawab dengan umi...'
sebaik sahaja dia duduk di hadapan meja ustazah siti, dia memerhati keadaan sekeliling.. memang ada beberapa bungkus kain telekung jenama Amirul di dalam tersebut. 'ooo.. betul lah, ustazah pun ada jual.. nak beli mahal sgt,, lagipun telekung sekarang pun elok lagi.. aku doa ajelah spy usaha ustazah mendapat berkat dari Allah.. bukan senag nak niaga.. susah kot.'
sedang Zarina bermonolog di dalam hatinya, tiba-tiba ustazah fatimah meletakkan satu bungkusan berwarna kelabu di hadapannya. zarina pelik. 'aik! takkan ustazah bungkus kertas soalan dalam ni. buat susah-susah je..apelah ustazah ni'
perlahan-lahan zarina mengambil bungkusan tersebut lalu membukanya.. alangkah terkejutnya Zarina apabila dia mendapati, di dalam bungkusan tersebut terdapat sepasang kain telekung.. telekung Amirul.

"kamu ambik lah telekung tu. ustazah memang nak bagi pada kamu. boleh lah buat pakai raya nanti. " kata ustazah siti.
"tapi ustazah, mahal ni... ustazah kan niaga. kesiain ustazah. " kata Zarina. sungguh dia tidak berani menerima pemberian tersebut. andai ada kawan-kawan yang tahu apa pulak diorang kata.. dia tak nak ustazah digelar pilih kasih..

"tak pe.. ambik je.. rezeki semua di tanagn Allah. tak rugi hanya kerana kita memberi. kalau kita nak bagi hadiah, bagilah apa yang kita sayang, itulah yang sebaiknya.." kata ustazah siti.
Zarina berasa terharu.. sungguh dia tak sangka dia dapat menyarungkan telekung jenama amirul itu ditubuhnya.
"nanti, klaau kamu dah keluar dari sekolah ni, jangan lupa jenguk adik-adik kat sini. diorang masih perlukan senior untuk membimbing dan memberi semangat. ustazah teingin nak tengok perubahan dalam sekolah ni.. "
***
Bip! Bip! getaran telefon bimbit zarina mengejutkan dia dari tidurnya. penggera dah berbunyi tanda waktu study dah bermula.

"Astaghfirullah.. aku tertidur rupanya.." Zarina mengesat peluh yang menitik di dahinya. dalam lenanya, dia dapat rasakan pelukan hangat si dia yang sangat dirindui..

ya.. sorang murabbi yang banyak mengajar erti perjuangan.. seorang murabbi yang memiliki sekeping hati yang suci.. masih dia igt air mata yang tak henti mengalir pada hari persaraan ustazah siti.. dan antara kata-kata yang x dapat dia lupakan,

"janganlah nangis, ustazah x pergi mana pun. ustazah bersara eje... zarina masih boleh jumpe ustazah,. ustazah ngajar lagi, cume tak macam sebelum ni lah. "

sungguh kuat semangat mendidik dalam diri murabbinya.. tanpa berlengah zarina terus berwuduk untuk menunaikan solat isyak.. telekung dilipat rapi dan di sangkut di tepi almari bersebelahan dengan telekung yang dijahit umminya sebelum dia melangkah ke alam kampus..

telekung-telekung tersebut dipakai secara bergilir-gilir. kerana hanya dengan cara itu dia dapat merasai hangatnya pelukan insan-insan yang bergelar murabbi.. termasuklah uminya.
moga satu hari nanti dia mampu menjadi seperti mereka..

Penulis: Panda bulat




♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

05 Jun 2015

PART 3: Betul ke Sakit??





Leha nekad! Segala persoalan yang bermain di mindanya perlu dirungkai. dia sudah penat berteka-teki.

“Korang tak duduk sekali ea? Kalau dah nikah, kenapa dia tinggalkan kau kat sini dengan anak-anak?  Suami apa macam tu? Baru je aku nak respect.” kata Leha. Marlia tergamam..

“Astaghfirullah… sape yang nikah? Apa yang kau fikir sebenarnye ni Leha?”Marlia kembali menyoal.

“Laa.. bukan ke kau bawak aku kat sini sebab nak kita sama-sama belajar dan mencari nikmatnya BERCINTA. Bukan ke ustaz tu tadi suami kau? Dan budak perempuan dan budak lelaki dalam surau tadi anak korang?” Leha mula menyuarakan kekeliruannya.

“Leha,, leha,, aku tak kawin lagi lah.. umur pun baru 23.. tulah kau.. jangan terlalu sempitkan difinisi sesuatu perkara.. cinta dan bercinta tu kan luas maksudnya.. dari tadi aku senyap je,  sebab aku tahu kalau aku expalain kat kau pun, belum tentu kau nak terima dan ikut aku. ustaz tadi salah seorang staf kat sini.  Budak-budak tu penghuni kat sini.  Bila  aku nampak kau dah mula boleh terima semula sedikit pengisian dari majslis Ilmu tadi, pling tidak, aku rasa lega sebab aku tahu masih ada iman dalam hati sahabat aku ni.” Marlia mula merungkaikan kekusutan sahabatnya. 

Leha hanya mendiamkan diri sambil memerhati sahabatnya.  'boleh percaya ke Lia ni?' 

“Cube kau tengok tu.. BAIT AL- MIFTAHUL RAUDHAH. Kalu kau nak tahu, kawasan ni dibina untuk membela anak-anak kecil yang ditindas oleh orang-orang yang tak bertanggungjawab. Tempat ni baru je di buka 5 bulan yang lepas dengan bantuan umi aku dan kenalan-kenalannya. aku hanya menyumbang sedikit dari duit biasiswa bulanan aku untuk tubuhkan tempat ni. dan 

Zainab tadi merupakan orang pertama yang aku jumpa dan kehadiran dia dalam hidup aku buat aku rasa yang hidup mereka perlu kan sebuah pembelaan. Zainab tu baru umur 8 tahun. dia dan kanak-kanak seusianya dipergunakan oleh orang yang kononnya merupakan seorang pengetua pusat tahfiz. diorang dikerahkan untuk menagih simpati rakyat malaysia untuk memberi sumbangan. lepas aku sembang-sembang dengan zainab aku nampak dia macam takut-takut. 

selama seminggu aku dan umi aku ikut dia dan cube kesan dengan siapa mereka berhubung. rupa-rupanya Zainab dan kanak-kanak lain terkepung di bawah satu sindiket. lepas buat laporan, orang tersebut ditangkap dan aku dibenarkan bawak budak-budak tu balik ke rumah aku. memandangkan mereka anak yatim piatu. ada 15 orang semuanya.  12 perempuan dan 3 lagi lelaki. kebetulan ada kawan umi aku nak jual kawasan chalet dia dengan harga yang sangat rendah. dari situlah kami mula menapak. ” Kata Marlia. Leha terlopong mendengar penjelasan awal Marlia.

“Tapi kenapa kau buat semua ni? Kau kan masih belajar? Boleh ke kau  fokus pada banyak bende dalam satu masa??? Aku betul-betul pelik dengan kau ni Lia.” Leha kembali menyuarakan apa yang terbuku di mindanya.  

“ kau nak tahu kenapa aku buat semua ni? Aku harap seandainya aku meninggal dalam keadaan aku masih menuntut ilmu dan aku tak sempat habiskan pengajian aku,  pling tidak pun aku lega sebab aku dah salurkan duit yang diamanahkan  tu ke tempat yang betul. anak-anak kat sinilah yang akan sambung cita-cita aku menuntut ilmu. 

Lagipun masih banyak lebihan duit biasiswa aku. Aku berulang dari sini ke kampus. Aku x duduk asrama sebab nilah.. sebab aku nak jaga tempat ni dan nak jimatkan kos perbelanjaan aku sepanjang aku menuntut ilmu. Semua kemudahan dah ada kat sini. sungai pun ada kat belakang tu. Walaupun agak jauh dari kampus, tpi aku tak kisah. Semakin sukar perjalanan kita nak dapatkan sesuatu,, semakin kita hargai apa yang kita dapat.  

Setakat ni, alhamdulillah aku masih boleh imbangkan antara belajar dan tugas aku kat sini. Kau nak tahu kenapa rumah ni dinamakan BAIT AL- MIFTAHUL RAUDHAH?” Marlia bertanya kepada sahabatnya.

“kenapa? ” leha bertanya kembali.

“Rumah kunci pintu syurga…  Ada impian aku di sebalik nama tempat ni. Kau tahu kan, dari kecik lagi aku teringin nak jadi hafizah. Tapi aku tak pasti aku mampu atau tidak. Cuma yang aku mampu hanyalah berusaha untuk menghafal sebanyak mungkin ayat-ayat Allah  sebelum ajal menjemput aku. Dengan harapan biarlah saat nyawa aku diambil, aku masih dalam usaha untuk menjadi salah seorang yang memelihara ayat-ayat Allah. 

Di sini, semua anak-anak kecil yang kami jaga akan diterapkan dengan ilmu al-quran. Mereka akan dilatih untuk mengahfal Al-Quran. Aku harap mereka yang ada di sini menjadi kunci pintu syurga buat insan-insan di sekeliling mereka. biar kemana pun mereka pergi cahaya Islam ada dalam diri mereka. dan mereka mampu menyalakan lilin harapan buat orang lain. ” tanpa sedar air mata Marlia menitis. Dibiarkan sahaja air mata tersebut meresap ke dalam purdahnya.

 “ owh..  Nasib baik aku tak bukak mulut depan ustaz tadi. Kalu tak aku malu, kau pun malu. Heheh. Sory lah Lia. Apa-apa pun aku kagum dengan kau.  Sekarang aku mula faham maksud bercinta yang kau katakan tu ialah tempat ni? Anak-anak kat sini? Ilmu yang ada kat sini? Subhanallah sungguh luas makna cinta rupanya. Aku tak sangka aku besahabat dengan seorang pencinta agama macam kau” Leha mula menyatakan pemahamannya kepada Marlia.

“yup! Kat sinilah aku menambahkan cinta aku pada DIA. Setiap kali aku tgok kegembiraan budak-budak ni, setiap kali tu lah aku akan mendoakan agar kegembiraan mereka berkekalan walaupun mereka dilanda ujian dalam kehidupan. Kami di sini akan berusaha mendidik anak-anak kat sini dari segenap sudut. bile budak-budak ni dah naik tingkatan satu, mereka akan di hantar ke sekolah ustaz Fahmi tadi yang menerapkan sistem pembelajaran yang lebih sistematik dan seimbang. ” sedang asyik mereka berbual. Zainab mendekati mereka. 

“Umi lia.. lama nya umi lia sembang dengan acik leha. Jomlah masuk.. kami dah lama tunggu umi lia.. ” ujar zainab sambil menarik tanagn leha dan Marlia.

“Ya Allah! Umi minta maaf sayang.. ok-ok jom kita masuk.. tpi kejap umi nak ambil beg acik leha dalam kereta.” Mereka bertiga melangkah ke bonet kereta.. 

sebaik sahaja semua barang dikeluarkan, mereka bertiga sama-sama melangkah ke dalam rumah kecil tadi. Belum sempat mereka memberi salam, tiba-tiba terdengar alunan suara anak-anak tersebut. 

“Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan umi lia .. Allah selamat kan kamu.. selamat hari jadi umi lia..  umi lia cepat potong kek. ” subhanallah.. entah macam mana dia sendiri lupa tarikh hari jadinya. Air matanya tak dapat ditahan dari teru mengalir. Dah macam empangan pecah pulak. Kalu tadi dia beriya memaksa leha berhenti menangis,, sekarang dia pulak yang menangis.. baru sahaja Marlia hendak memotang kek, tiba-tiba...

“umi lia, tadi kan,  bonda lisa buangkan semua lilin yang kedai tu bagi.. bonda kata umi tak suka lilin.. betul ke umi.. ? lilin tu kan cantik.. nanti boleh lah umi lia buat permintaan pada Allah sebelum umi Lia potong kek. ” tanya salah seorang budak. 

subhanallah.. mereka masih terlalu kecil. Mungkin umi tak  nak terangkan panjang-panjang pada diorang. Umi memang seorang ibu yang penyanyang. Setiap inci kesukaan dan kebencian anaknya dihafal. Marlia memandang uminya sambil tersenyum.  

Marlia mengangguk . “ Btul tu Linda,, sebenarnya orang barat  yang suka buat macam tu, pasang lilin, lepastu sebelum potong kek diorang mesti buat hajat. Kite tak boleh tiru diorang. Allah tak suka. Kita kan orang Islam. Lagipun kalau kita nak mintak sesuatu dengan Allah, kita tak perlukan lilin. Sebab Allah dengar semua permintaan kita.  Ha! Lagi satu, lilin tu bukannye boleh makan pon.. kalau pasang lilin, lepas tu lilin tu menitik atas kek ni, macam mana kita nak makan kek ni? Btul tak?  ” Marlia  menjelaskan perkara yang sebenar.  Semua kanak-kanak tersebut mengangguk tanda faham.

“okay, sekarang sebelum umi Lia potong kek, jom sama-sama kita doa dengan Allah apa yang kita nak mintak.. semua tadah tangan dan berdoa dalam hati.” Marlia cuba memancing minat mereka untuk berdoa dalam apa keadaan sekalipun. 

Bagi Marlia teori tak akan lengkap tanpa praktikal. Setelah selesai jamuan makan mereka, kanak-kanak tersebut masuk ke bilik masing-masing. Ada empat bilik semuanya. Satu bilik memuatkan 4 orang.  Memandangkan penghuninya tidak ramai, cukup 3 bilik untuk memuatkan 12 orang kanak-kanak tersebut. Manakala satu bilik lagi memang disediakan untuk penjaga. Dari depan memang nampak kecil tapi hakikatnya ia sebuah chalet yang selesa dan luas. Leha dan Marlia memasuki bilik yang disediakan khas untuk mereka.

Leha menghempaskan tubuhnya ke atas katil. “Ahhh… leganya dapat baring.. Lia.. oo lia..” leha memanggil sahabatnya. Marlia yang baru sahaja hendak melangkah ke tandas terus berpaling menghadap Leha.

“yea.. kenapa cik leha sayang?” Marlia bertanya.

“aku.. aku… nak mintak maaf kat kau atas segala salah silap aku pada kau selama ni. Aku selalu perlekehkan kau. Aku selalu kutuk kau. Aku  langsung tak sedar yang kawan aku ni hebat rupanya. Aku nak belajar BERCINTA macam kau… belajar cinta pada Agama kita.. kalau kau tak keberatan,, boleh tak aku nak jadi sebahgian dari warga Bait Al-Miftahul Raudhah ni.?  Aku nak tinggal sini.. aku nak dekat dengan kau sebab baru aku sedar dengan mendekati kau hati aku rasa dekat dengan Allah.” Leha melangkah mendekati Marlia.  Tangan marlia dicapai lalu digenggam.

“Lia, mulai saat ni, aku nak perbaharui niat persahabatan aku dengan kau. Aku mengaku sebelum ni aku dekat dengan kau sebab kau pandai dalam sergala hal.  dan setiap kali ulangkaji dengan kau sebelum exam, banyak yang kita study masuk exam. Aku ingat kau dapat soalan spot dari penyarah kita. kau kan rapat dengan pensyarah. ” leha meluahkan apa yang terbuku dihatinya. Dia perlu jujur keraan Lia selalu pesan tuk membina persahabatan yang sejati kejujuran sangat penting untuk saling menguatkan.

Marlia memeluk sahabatnya. Dia tidak dapat menahan rasa sebak. Akhirnya Allah makbulkan permintaanya untuk memiliki sahabat sejati.  Sudah sekian lama dia menanti saat seperti ini. “Leha, aku tak sangka, Allah dah tunaikan permintaan aku. Dah lama aku tunggu saat macam ni. Setiap kali aku sedih dengan perbuatan kau pada aku, setiap kali tulah aku berdoa supaya Allah dekatkan hati aku denagn hati kau. Tak kira walau sebesar mana pun ujian yang melanda persahabatan kita. kau nak tahu kenapa? Sebab sahabat sejati memang tak boleh dicari. Melainkan kita yang membinanya. Sebab tu aku terus bertahan untuk membina cinta sejati antara kita. 

Dan aku nak kau tahu kau adalah sahabat aku dunia dan ahkhirat. Dan kita akan sama-sama imarahkan tempat ni. Sem depan kau boleh lah duduk dengan aku kat sini. dan buat pengetahuan kau, aku tak pernah dapat soalan spot. apa yang aku buat, istikharah sebelum 3 minggu peperiksaan bermula. istikharah supaya Allah beri petunjuk apa yang perlu aku tekanakn supaya Ilmu yang aku pelajari sebelum ni dapat di kembangkan.” Saat itu air mata mereka tumpah atas dasar kasih dan sayang kerana agama.
                                                                                ***

Daun-daun kering bergururan dihembus angin petang. Sudah 3 hari mereka meluangkan masa bersama warga bait al-miftahul raudhah. Kini Leha benar-benar merasai nikmatnya bercinta. Keletah kanak-kanak disini membuatkan hatinya benar-benar terpaut. Bagi leha, bercinta dengan kanak-kanak lebih bahagia. Diorang tak pandai berbohong. 

Segalanya tentang mereka lahir dari sebuah kejujuran. Kalau sayang maka sayanglah yang keluar dari mulut mereka. kalau benci, maka bencilah yang keluar dari mulut mereka.  Saat leha sedang leka memerhatikan kanak-kanak tersebut bermain batu seremban tiba-tiba pinggangnya dicucuk. Apa lagi melompatlah leha sambil membuka langkah silatnya.

“Ha! Jangan dekat. Kalau tak aku tendang kau! ” leha memberi amaran. Marlia dan kanak-kanak yang berada di situ tertawa melihat tindak balas Leha. Leha yang tersedar dari latahnya, mula mengejar marlia dan kanak-kanak tersebut. Maka riuhlah halaman tersebut dengan gelak tawa mereka. setelah penat berlari mereka bersila di atas rumput.

“Amboi lajunya adik-adik ni lari. Penat acik Leha kejar. ”Leha melepaskan lelahnya. Zainab mendekati Leha dan duduk diatas pangkuan leha.

“Acik leha.. boleh tak kami nak panggil acik leha ni sama macam umi Lia.. kami nak panggil umi Leha.. kami sayang umi Lia dengan acik Leha.. kami tak ada ibu ayah. Diorang tak sayang kami macam umi Lia dengan acik Leha sayangkan kami.”   Leha terkedu.

“boleh saying.. mulai hari panggil Umi Leha yea.. umi Leha pun saying zainab dan adik-adik.” Leha mengusap kepala zainab dan menciumnya.

                                                                               ***

Hari ini, mereka akan bertempur di medan pepriksaan. Ketika di luar dewan marlia mendapatkan sahabatnya. “Lia, jom kite duduk kat hujung dewan kejap. Kita baca doa same-sama. ” leha mengangguk lalu mengikut langkah sahabatnya.

Sebaik sahaja selesai berdoa tiba-tiba seorang lelaki jatuh betul-betul dihadapan mereka. Dalam keadaan yang tergesa-gesa dia bangun semula sambil berlalu pergi setelah memandang Leha dan Marlia. Rupa-rupanya lelaki tersebut terpijak kulit pisang di tengah koridor. Dan yang paling mengejutkan, lelaki itu adalah jejaka idaman yang telah buat Leha terjatuh cinta.


“Marlia.. betul ke jatuh ni sakit???” leha berkata sambil memandang sahabatnya, cuba mengimbau kenangan lalu.. haha.. “Entahlah leha.. tapi dari gaya dan muka mamat kasanova tadi,  aku rase btul lah jatuh tu sakit. Hihi. Tak  ada jatuh yang membahagiakan.” Marlia tersenyum. akhirnya mereka sama-sama tertawa.  

Penulis: Panda Bulat







♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

01 Jun 2015

PART 2: betul ke sakit???




Leha mengesat air matanya lalu memandang Marlia dengan wajah kehairanan.

“Lia, kau dah kawin? Kenapa kau tak bagi tahu aku kau dah kawin? Sedangkan kita sekampung. Dari kecik lagi kite dah berkawan. Sampai hati kau. ” ujar leha dalam keadaan tersedu sedan.

“sudah-sudah lah tu leha. Dari dulu lagi aku dah pesan jatuh ni sakit. X ada jatuh yang buat kita bahagia. Sekarang kau dah kecewa macam ni. Tak bestlah. Aku nak kawan aku yang dulu. Yang sentiasa gembira dan sentiasa cari akal nak kenakan kawan kau ni.”  Marlia cuba memujuk sambil tangannya lincah mengemas pakaian Leha. Dia nekad, leha perlu dikeluarkan dari kemelut cintanya.

“Eh! Kau nak buat apa dengan baju-baju aku tu??” Tanya leha.
Marlia hanya tersenyum. Sekarang bukan masanya untuk dia membebel dengan segala mak nenek teori cinta, tapi adalah saat untuk sahabatnya merasai nikmatnya bercinta. Dia sanggup berkorban demi sahabatnya.

“Sekarang ni aku nak kau buang jauh-jauh air mata kau ni dan ikut aku. Aku nak kau rasa apa yang aku rasa sekarang. Dulu aku ajak kau ikut aku bercinta kau tak nak kan? Sekarang aku bukak balik tawaran aku tu untuk kau.” Ujar Marlia.

“Kau dah gila? Takkanlah disebabkan aku tersiksa jatuh cinta, kau terus nak bermadu dengan aku? Apa? Tak  ada kerje lain ke yang kau boleh buat? Kau tak kesian ke kat suami kau? Orang lain usaha halang suami diorang dari berpoligami, yang kau sibuk2 nak laki kau berpoligami. Ee.. tak fahamlah aku dengan kau ni.” Leha semakin geram denagn sahabatnya. Marlia hanya menggelengkan kepala sambil  melangkah mendekati sahabatnya.

“Leha, aku tak sanggup tengok kau membazirkan air mata kau untuk lelaki yang dah buat kau sakit. Sekarang kan study week. Dua mingggu lagi kita nak exam. Kau mampu ke study dalam keadaan kau macam ni? Silap haribulan, habis semua buku-buku kau terpaksa telan air mata kau ni. Kau nak ke ustaz palsu idaman kau tu tu terus-terusan tersenyum melihat kelemahan kau? Sebab tu aku nak kau ikut aku. Nanti kat sana, kita boleh study sama-sama lepas semuanya selesai. Lepas kau rasa nikmatnya BERCINTA. Bukannya jatuh cinta. okay? Aku janji kau tak akan menyesal dengan apa yang aku nak buat kat kau. Dah jom! Nanti lewat pulak sampai. ” Marlia menarik lengan sahabatnya.

Di dalam kereta, leha tertidur dek kerana terlalu letih menangis. Sebaik sahaja tiba ke destinasi, Marlia mengejutkan sahabatnya untuk menunaikan solat maghrib. “Leha… leha… bangun. Kite dah sampai ni”. Leha yang masih mamai membuka sedikit matanya lalu kembali meyambung tidur. Aik! Hmm sleeping beuty ea.. nanti kau … Marlia memerhati jam di dashboard keretanya. 7.35 malam.. 

‘ish! X boleh jadi ni. Kang terlepas maghrib susah pulak’ .. Marlia bermonolog. 

Marlia mencari akal untuk mengejutkan leha yang sememangnya  tidur mati.  Tiba-tiba dia terpandang sebuah CD lagu tentang tentera Al-Qassam.  Dia memasang CD tersebut lalu menguatkan volume hingga ke tahap gegar! Maka bergegarlah kereta tersebut dengan bunyi tembakan. Leha yang terkejut terus menundukkan kepalanya sambil meletakkan kedua dua tapak tangannya ke telinga.

“Tolong! Tolong! Tolong  jangan tembak aku. Aku merayu. Aku tak nak mati lagi. Aku tak kawin lagi. Aku janji, aku akan ikut cakap kau. Kau mintak je apa yang kau nak. Aku tunaikan. Tapi tolong! Jangan tembak aku. ” Leha merayu dalam keadaan yang terketar-ketar. Marlia yang memerhati dari tadi menahan ketawanya lalu meneruskan misisnya untuk mengenakan leha.

“Betul kau akan ikut cakap aku?” Marlia bertanya menggunakan suara yang garau. Leha mengangguk-anggukkan kepalanya dalam keadaan yang masih menunduk. 
.
“Baiklah kalau macam tu aku nak kau keluar dari kereta ni sekarang! ” ujar Marlia masih dengan lakonannya. Leha yang  ketakutan keluar dari kereta dalam keadaan yang terketar-ketar tahap Parkinson. Sebaik sahaja dia keluar dari kereta, Marlia berdiri di hadapan Leha yang masih menundukkan kepalanya.

“Ok.. aku dah keluar.. kau bagi tahu aku apa yang kau nak! Tpi aku bagi tahu awal-awal mak ayah aku bukan orang kaya. ” kata Leha.


“Baiklah sekarang ni, aku nak kau ikut aku solat maghrib. Kalau tak, aku tembak kau kat sini. ” Marlia meneruskan lakonannya. 

Leha yang pada mulanya berasa takut mulai curiga. ‘ada ke orang jahat suruh tawanan dia solat? Macam pelik je.. macam ganjil je.. ’ Leha mengangkat wajahnya meghadap Marlia. 

“Cis! Kau ni Lia.. nak tercabut jantung aku kau thu? Mujur aku tak terkencing kat sini.” Leha berasa geram.

“Dah tu, yang kau sambung tidur balik tu kenapa? Tak payah nak sleeping beuty sangat lah. Jom solat. Lepas ni baru amik barang dalam kereta.” Kata Marlia. 

Leha memerhati keadaan sekeliling. Mereka bukan di kampung, namun suasananya seakan-akan di dalam sebuah kampung.  ‘BAIT AL- MIFTAHUL RAUDHAH’  leha membaca tulisan yang tertera di hadapan pagar itu beberapa kali sambil cuba memikirkan maksudnya. Rumah kunci pintu syurga? ‘ Awat la dia bawak aku mai sini. Rumah anak yatim ke rumah orang tua ni? 

Ah! Lantaklah maybe suami dia ada kat sini kot.’ Leha membontoti langkah Marlia menuju ke sebuah surau kecil yang ada di kawasan berpagar tersebut. Sebaik sahaja mereka selesai menunaikan solat fardhu maghrib  secara berjemaah, leha bersiap-siap untuk keluar dari surau tersebut. Namun langkahnya terhenti apabila marlia menarik lengannya dan memberi isyarat supaya leha duduk disisinya.

Setelah leha duduk  di sisinya, Marlia berbisik ke telinga leha. “Tak lari beg dikejar. Tapi yang ni akan lari jauh kalau kite berdua tak kejar.” Leha berasa pelik.

‘Apa2 ajelah minah ni. Tak payah lah nak buat suara menggoda sangat. Buang tebiat ke apa. Tadi nak sangat jadi raksasa. Sekarang ubah watak pulak ala-ala bidadari gitu. Hmm..’ leha bermonolog sendirian sambil memerhati ke hadapan surau. Kelihatan seorang Ustaz yang agak berusia sedang membetulkan mikrofon.

“Ujian suara, subhanallah.. subhanallah.. okeh.. canteek.”suara ustaz tersebut bergema di dalam surau. Leha bermonolog lagi di dalam hatinya. 

‘Eh, biar betul Marlia ni… takkan ustaz ni suami dia kot. Dah lah tua. Gelap pulak tu… eee.. gelap masa depan.’ sesedap ayam masak lemak cili api aje  leha mengutuk insan dihadapannya. mukur lah ustaz tu tak dengar. kalau tak berasap telinga ustaz tu termakan masak lemak cili api buatan Leha ni. 

Marlia menjeling sekilas sahabat di sisinya lalu berbisik sesuatu ke telinga Leha. “Ehem… x berkelip aku tengok kau pandang Ustaz Fahmi kat depan tu. Ingat! jangan tengok siapa yang memberi, tapi tgok apa yang diberi. Lapangkan hati kau inshaallah kau akan rasa apa yang aku rasa. BERCINTA.” Sengaja Marlia menekankan perkataan bercinta tersebut menggunakan nada iklan Yusuf tayyob. 

Leha cuba melakukan seperti mana yang dipinta oleh sahabatnya kerana dia juga ingin bahagia seperti sahabatnya. Tidak pernah sekalipun dia melihat sahabatnya mengeluh walau sebesar mana pun dugaan yang menimpanya. 

“Bismillahirrahmanirrahim, apa khabaq semua? Adik-adik, kakak-kakak dan ibu-ibu dan ayah-ayah sekalian inshaallah  malam ni kita nak sembang-sembang tentang bahagia. Sapa rasa kat sini dia dah cukup bahagia??? ” suasana surau kelihatan sepi. Tiba-tiba seorang kanak-kanak dalam lingkungan 5 tahun mengangkat tangan sambil berdiri.

 “Abi! Yob race Yob bahagiaaa cangaaaatt! Yob bahagia cebab abi cayang Yob. Abi celalu buat Yob dan adik-adik gembira. ” kanak-knak lelaki tersebut bersuara lantang sambil berlari memeluk ustaz di hadapan. Ustaz Fahmi membalas pelukan Yob sambil mengangkatnya ke atas riba. Dalam masa yang sama, dia cuba menahan sebak di dada. Marlia sudah mula mengesat air matanya. Manakala Leha terkedu dek kerana jujurnya pengakuan soarang anak.

Ustaz kembali menyambung bicaranya. “Baiklah, sebelum kita tahu kita dah bahagia ke belum kita kene thu apa taarif bahagia pada diri kita. kalau kita beri difinisi bahagia tu hanyalah kegembiraan di sisi insan tersayang, maka apabila kita tak mampu berada dekat dengan mereka hati kita tak akan bahagia. Malah ada jugak yang mengaggap hanya dengan berkahwin sahaja setiap penderitaan dalam hidupnya akan berakhir dan dia akan menemukan bahagianya saat dia bersama suaminya. Namun bahagia tersebut akan hilang tatkala dia tahu suami yang dia dambakan untuk memberi kebahagiaan padanya mempunyai calon lain untuk dijadiakn isteri kedua.  Kalau kita mendifinisikan bahagia itu hanyalah dengan kekayaan harta di dunia, maka kita tak akan bahagia apabila kita mula diuji dengan keadaan yang serba kekurangan.” Ustaz fahmi menerangkan dengan panjang lebar. Leha benar-benar tersentap dengan apa yang dikatakan oleh ustaz tersebut. 

“Oleh itu, sama-samalah kita betulkan difinisi bahagia dalam diri kita. bahagia yang hakiki terletak di dalam hati kita, hati yang sentiasa dekat dan berusaha untuk terus mendekati Allah. Bahagia itu adalah ketenangan hati yang sentiasa dekat dengan Allah. Sentiasa redha dengan setiap ujian yang Allah hadiahkan. Apabila hati kita berasa tidak tenang, maka hilanglah secebis kebahagiaan dalam diri kita. nak tahu kenapa? Hati kita menjadi tidak tenang saat kita mula memalitkan coret-coret hitam dalam hati kita. kesalahan yang pada mulanya kita nampak kecil, kita abaikan dan terus-terusan melakukan kesalahan tersebut. Hinggalah pada suatu saat, hati kita merintih  sakit yang teramat. Maka dari itulah datangnya kegelisahan. Sedarlah bahawa kegelisahan dalam hati kita adalah hidayah daripada Allah agar kita kembali kepadanya. Kembali mencari bahagia yang hakiki. jangan pernah biarkan kebahagiaan itu hilang dek kerana sikap  kita yang mengecilkan skop difinisi bahagia itu sendiri.  ” kelihatan beberapa orang jemaah sudah mula mengangguk-angguk tanda faham akan pengisian yang disampaikan.

Saat itu Leha benar-benar tersentap seolah-olah pengisian pada malam tersebut ditujukan buat dirinya. Satu persatu dosa-dosa yang dia lakukan kembali bermain diminda. Dia sudah mula berani membohongi ibunya bahawa dia tidak dapat pulang bercuti di rumah dek kerana ingin bertemu dgn jejaka idamannya. Dia sudah mula meninggalkan majlis-majlis Ilmu yang dahulunya menjadi peneman hujung minggunya bersama Marlia. Dan yang paling teruk dia pernah meninggalakn solat dengan alasan masih uzur setiap kali marlia menziarahinya di asrama semata-mata hendak membalas mesej-mesej prince charmingnya. 

Bukan perasaan gelisah itu tidak pernah hadir dalam dirinya, namun setiap kali perasaan itu hadir dia menepis dengan alasan  Allah maha penerima taubat. Hatinya benar-benar telah gelap diselindungi segala maksiat yang dirasakan indah buatnya.  Setitis demi setitis air matanya mengalir membasahi tudungnya. 

Marlia yang perasan akan perubahan sahabatnya memeluk  bahu sahabatnya. “leha, masih belum terlambat untuk kau mencari bahagia yang hakiki dalam diri kau. Macam tu jugak dengan aku. Menangislah sahabat, setiap titis air mata kita yang menitik ni jugak akan dipersoalkan kerana apa dia menitik. Dan aku bangga kerana kau mengizinkan air mata kau mengalir demi sebuah perubahan.”

Suara ustaz fahmi kembali bergema di segenap ruang surau. “percaya lah. Setiap insan ada hak untuk merasa bahagia. Saat kita rasa nikmatnya dekat dengan Allah, setiap ujian yang datang daripada DIA sama ada ujian kesenangan mahupun kesusahan akan dihadapai dengan tenang. Nak tahu kenapa??? Sebab dia rasa yang Allah ada untuk dia. Dia mampu bahagia dengan ujian yang datang padanya. ” ustaz fahmi menamatkan kuliah maghribnya dengan sepotong doa.

Setelah selesai solat isyak, Marlia dan Leha beriringan keluar dari surau. Dalam perjalanan menuju ke  kereta, mereka terserempak dengan ustaz fahmi. Leha berasa malu kerana dia yakin ustaz fahmi nampak dia menangis tadi. Belum sempat Leha melajukan langkahnya, mereka telah ditegur oleh ustaz tersebut. “Marlia, awak bawak staf baru ke? Bukan ke x lama lagi nak exam?” ustaz fahmi memulakan perbualan.

“Err.. tak lah ustaz, ni lah kawan yang Lia cerita hari tu. Yang belajar satu kampus dengan Lia. Nur Saleha namanya. ”

‘ Amboi,, dah nikah pun masih ber ustaz ustaz lagi.. tak romantik langsung.. tpi caring jugak suami dia ni tentang pelajaran bini dia.  Eh! Takkan dia tak tahu kenapa bini dia bawak aku ke sini? Ada ke patut dia ingat aku ni staf baru? Agak-agak dia terkejut tak kalu bini dia tu bagi  tahu aku ni calon bini baru dia? Eh! Astghfirullah… apa aku ni.. x boleh2. Aku x nak rosakkan rumah tangga kawan aku. ’  tanpa sedar leha menggelengkan kepalanya pantas..

“Err.. knp Nur Saleha? Ada apa-apa yang tak kene ke? ” tanya ustaz fahmi.. Leha kembali tersedar.

“Eh, x ada apalah ustaz. Hihi. ” Leha menggaru-garu kepalanya. 

Selang beberapa saat, seorang kanak-kanak-kanak perempuan lengkap bertudung datang menghampiri mereka. “umi lia.. umi lia.. jomlah masuk.. adik-adik  yang lain lain dah lama tunggu umi lia sampai….  ” kata kanak-kanak tersebut. Lalu memandang kearah Leha sambil tersenyum. 

“Umi lia bawak umi baru ea.. cantiklah umi baru ni.. umi baru ni nama apa? ” tanya budak tersebut dengn penuh keterujaan. 

“ni kawan umi Lia.. Zainab dengan adik2 boleh panggil acik Leha.. nanti umi masuk dengan acik Leha ea. Sekarang Zainab masuk dulu. Umi ada hal nak bincang dengan acik Leha.” Kata marlia sambil mengusap kepala Zainab.. zainab berlari-lari anak masuk ke dalam salah sebuah bangunan kecil seakan-akan chalet yang tersusun berderet di kawasan tersebut.

Ustaz fahmi yang dari tadi hanya menjadi pemerhati kembali bersuara. “Takpelah, Lia bawak kawan lia masuk rehat dulu kat dalam. Buatlah apa2 yang patut. Pastikan budak-budak tu tak tidur lewat ea. Saya mintak diri dulu. Assalamualaikum. ”

“waalaikumusslam.. ustaz..” Marlia dan leha menjawab hampir serentak. Kini hanya tinggal mereka berdua yang berjalan menuju ke kereta. 

Leha yang semakin keliru hanya mendiamkan diri sambil ber monolog sendirian. ‘macam pelik je.. tak duduk sekali ke diorang ni? Aku kena dapatkan penjelasan dari Lia.’ Leha menghentikan langkahnya. Marlia yang perasan akan tindakan sahabatnya turut mematikan langkah. “kenapa ni? Kenapa muka macam ayam tercekik biji durian je aku tengok.” Marlia menyoal. 

* adakah segala persoalan yang bermian di minda leha akan terungkai?
* mengapakah ustaz fahmi tidak tinggal sekali bersama Marlia? kejamkah dia sebagai seorang suami? 

nantikan episod akan datang.. 

karya: Panda Bulat





♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

31 Mei 2015

Part 1 : Betul ke sakit ?




"Sakitnyaaa... Lia.. Klu aku tahu sakitnya macam ni.. Mesti aku akan hati-hati " Leha mengadu kepada Marlia sambil menangis.. 
Marlia berasa keliru. baru beberapa bulan yang lepas Leha berkongsi kegembiraannya.. Tup tup hari ni mengadu sakit.. Masih terbayang perbualan antara mereka dua bulan lepas..

***

"Lia, lia.. Ko kene dengar apa yang aku nak bagi tahu.. Aku... Aku... Emmm.. Aku rasa happy sangat." Leha mempamerkan wajah terujanya.. 

"Jap! Jap! Apa yg buat ko happy sampai macam ni? Mesti ad something kan?" Ujar Marlia. 
"Aku happy sebab aku dah dapat rasa nikmatnya jatuh cinta.. Oh my prince charming... Waa.. Besnyee.. Ni lah kali pertama seorang lelaki buat hati aku bagai nak tercabut. Dah lah handsome, baik, alim pulak tu. Pagi tdi dia senyum kat aku mase kami terserempak dekat luar makmal" Leha semakin teruja untuk berkongsi kegembiraannya.

 'Astaghfirullahalazim. tak boleh jadi ni. Aku tak nak dia hanyut. Aku kne buat something. Aku tak boleh biar sahabat aku jatuh. Sebab jatuh tu sakit'.

"Serius, ke kau ni? Eh jap aku nak tnya,, betul ke kau happy ni??  Sbb setahu aku lah, jatuh ni sakit.. tak pernah lagi aku dengar orang jatuh jadi happy. Kau dah gila ea.. aku dah bnyk kali jatuh, semua sakit.. jatuh tangga, jatuh basikal, jatuh pokok. Semua sakit." Ujar marlia dalam nada loyar buruk. 

sambil memegang dahi dan membelek seluruh tubuh sahabatnya. Leha yang berasa rimas pantas menepis tangan sahabatnya. 

"Ish.. Btullah.. Apa pulak nak tipu. Kalau kau nak tahu jatuh cinta ni best atau tak , kau kene jatuh cinta dulu. Aku tak percaya jatuh cinta ni sakit. Malah ia membahagiakan... " Leha meyakinkan Marlia.

"Dah sah, sah aku tahu jatuh tu sakit buat apa nak cari penyakit. Bagi aku, bercinta lebih bahagia dari jatuh cinta. Bunyi pun BERCINTA of course cinta kita berbalas. Tapi kalu setakat jatuh cinta tu akan buat aku merana. Sebab belum tentu cinta aku tu berbalas.. 
Dan jgn terkejut kalau aku cakap aku tengah bercinta..  Haa! Klu kau nak thu bercinta tu sedap atau x? Kau kne belajar dari aku macam mane nak bercinta! Bercinta ok, bukan jatuh cinta".  Ujar marlia cuba memancing sahabatnya. Knyataan Marlia jelas mengejutkan Leha. Matanya terbeliak memandang Marlia.

"Oo.. Oo.. Aku salah dengar ke ni??  Kawan aku yg syadid ni bercinta? Ada ke orang nak dekat kau? Dah lah pakai tudung labuh. Pakai pulak kain penapis habuk kau tu. Dah macam cendawan bergerak aku tengok kau ni. Dengan setiap minggu nye sibuk kesana ke mari.. Program Sana, program sini.. Singgah pondok sana, Singgah pondok sini. Ada ke orang yang sangkut kat kau? " ujar leha tidak percaya.

 Lalu segera menuju ke biliknya. Dgn harapan malam ni dia akan bermimpi bertemu ustaz idamannya. Dalam masa yang sama, Marlia semakin resah kerana dia tidak berjaya memancing sahabatnya. 

***
Kini , apa yang dia takuti telah terjadi. Leha benar benar sakit dek kerana perbuatnnya yang sengaja menjatuhkan diri ke dunia cinta.

"Dahlah leha.. Aku tak sanggup tengok kau sedih macam ni... Tulah, dulu ajak kau bercinta sekali dengan aku kau tak nak.. Sekarng kau dah kecewa.. Ok, lepas ni kau buang air mata kau ni jauh-jauh , dan ikut aku. Aku nak kau rasa apa yg aku rasa. BERCINTA " pujuk Marlia. 

Dia nekad . dia sanggup berkorban demi sahabatnya. Sedang asyik Marlia mengusap rambut leha, tibe tibe , telifon bimbit Marlia berbunyi. Marlia pantas mejawab panggilan tersebut.
"Assalamualaikum.. Ye sayang...  umi ada kat kolej lagi ni.. 
Kejap lagi umi sampai... Suruh adik2 yang lain mandi dulu. Sape tak nak mandi, umi tak nak peluk dia ." marlia menamatkan perbualan setelah beberapa minit...
Leha tercengang mendengar perbualan Marlia. 'Lia dah kawin? Tapi bile? Aku kenal dia sejak sekolah rendah lagi.. sekampung pulak tu.. macam mne aku boleh tak tahu takkan di usia yang muda dah ada ramai anak? bertubi tubi soalan menerjah mindanya..

  • benarkah Marlia sudah bernikah.. Tapi dengan siapa? Dan kalau betul itu bermakna benarlah bahawa lia sdg bercinta..
  •  jika benar sekalipun, sanggupkah marlia hidup bermadu?


Bersambung...


Penulis : Panda Bulat

cc: falah hanim 








♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner