19 November 2014

Agen Topup Murah



anda pengguna Prepaid Mobile?? jika YA, mari baca entry saya kali ini..
Percaya atau tidak, 96% daripada mahasiswa dan pelajar sekolah telah memiliki telefon bimbit? Mereka semua mahu topup atau menambah akaun mereka. Ini adalah satu keperluan harian, hatta orang yang bekerja dengan gaji di bawah RM1000 pun, masih memerlukan topup untuk menambahkan akaun mereka supaya mereka boleh menghubungi atau SMS kepada orang lain.
"Topup bukan lagi satu kehendak. Tapi satu KEPERLUAN. "
Jangan risau kalau tak tahu nak jual kat sape. Guna untuk diri sendiri pon dah jimat ! Sampai bile nak untungkan kedai topup?? Jom kita berubah sekarang.. 
Dalam sebulan berapa banyak yang anda perlu hbiskan untuk topup handphone anda?? RM40 ?? RM30?? RM70?? 
Haaaaa... bagi penguna mobile internet sudah pasti anda perlu topup handphone anda melebihi RM30 bukan ?? RM30 wajib untuk mobile internet anda, ini baru yang menggunakan mobile internet pakej RM30.. Belum lagi yang ambil pakej internet sebulan RM40, RM50...
Sudah pasti lebih kan pengunaan topup anda.. ini baru untuk internet, belum lagi untuk call dan sms.. 
Banyak kan kita memghabiskan duit kita hanya dgn prepaid?? Jangan jadi mereka yang hanya tahu guna sahaja, tapi tak mahu jimat kan perbelanjaan ..
tak tahu bgaimana nk save, nak dapatkan dengan harga murah dan mudah ?? 
Saya ada cara nye..
bagaimana?? 

Dengan mendaftar AGEN TOPUP anda akan dapat banyak keistimewaan.. mudah untuk anda topup bila bila masa sahaja, murah anda dapat beli topup dgn harga diskaun dan menguntungkan anda... 
Baik,saya akan terangkan,kenapa kita sebagai pengguna handphone sudah wajib menjadi ejen Topup Handphone.
1) Kredit handphone anda sudah habis,tetapi semua kedai tutup pada waktu itu. Bagaimana anda mahu topup handphone?
2) Anda mahu topup handphone tetapi perlu menunggu lama kerana memerlukan orang atau kenderaan untuk pergi ke kedai untuk topup handphone. Nak ke tunggu lama-lama?
3) Duit minyak,jalan jam,kedai jauh,kadang-kadang sistem topup di kedai handphone atau kedai runcit tergendala,bagaimana anda sanggup menghadapi semua ini?
4) Tengah-tengah malam ketika tengah bersembang,tiba-tiba kredit habis. Anda nak topup secepat mungkin,tapi tak dapat. Terpaksa guna SOS Topup. Kalau Hotlink,kena tolak 50 sen selepas topup. Nak ke menyusahkan diri untuk berhutang-berhutang ni? Dah tu,kena riba' pula oleh syarikat itu.
5) Sesetengah tempat,kalau kita topup handphone,dia akan menyuruh kita membayar lebih,contohnya sepatutnya topup itu RM5,tetapi kita dipaksa untuk membayar RM5.50,kononnya itu adalah caj perkhidmatan bagi kedai itu. EEEEE,....Kita rugi 50 sen disebabkan kedai-kedai yang tak berhati perut begitu kan?
Sebab itulah saya mengatakan bahawa kita WAJIB menjadi ejen topup kerana ia adalah KEPERLUAN kita untuk memudahkan segala urusan.
Apabila anda menjadi ejen topup,anda boleh topup untuk diri anda sendiri. Tak perlu nak pergi tunggu lama-lama baru boleh topup, tak perlu risau nak cari kedai yang buka tengah-tengah malam,tak perlu pening kepala terpaksa berhutang,tak perlu kena caj lebih dan ditipu oleh pekedai. Hanya dihandphone anda sendiri,anda boleh mendapat topup dengan sekelip mata! 
Tidak sampai 10 saat,kredit anda telah bertambah RM10! Mudah tidak? Malah,bukan RM10 yang tertolak,tetapi hanya RM9.50 sahaja *celcom. Anda untung 50 sen! Daripada anda rugi 50 sen sebab tertipu oleh pekedai, daripada anda rugi sedikit duit minyak untuk pergi ke kedai topup,atau anda penat sebab kena turun naik untuk topup di kiosk asrama kolej anda,anda dapat topup dengan harga yang sangat murah!
: contoh :-
KEUNTUNGAN JUAL TOP-UP SAHAJA 
jual topup RM10*celcom, untung 5% = RM0.50 
sehari jual topup kepada 20 pelanggan RM10, 
RM0.50× 20 orang=RM10 SEHARI  
RM10×30HARI= RM300 SEBULAN 
RM300 SEBULAN DENGAN MENJUAL TOP-UP SAHAJA
lagi ramai yang topup dengan anda lagi banyak anda dapat.
anda boleh jual, dan boleh guna sendiri tak ada masalah.. dan modal ini xde expired date.. guna laa selagi modal anda tak habis.. 
yuran berapa?? 
okey hanya RM30 SAHAJA *PROMOSI untuk 30 orang yang terawal..
jimat 50% niee.. yuran asal RM60 Setelah diskaun 50% anda hanya perlu bayar RM30 SAHAJA.. murah kan??
% keuntungan pon tinggi tak percaya  mari tengok gambar bawah ni dan awak boleh banding kan dengan syarikat yang lain...
BERMINAT NAK DAFTAR SEBAGAI AGEN TOPUP ?? BOLEH TERUS HUBUNGI SAYA DI 
Ig : @f2jcollection atau   @jannahhanim1308
page: agen topup daftarlah sekarang 
wechat: jannahhanim93
whtsp/sms/call : 019-4368780 
insyallah pertanyaan anda akan di balas dengan segera.. ^_^
 #puo #politeknikmalaysia #politeknik #IPTA #IPTS #UNISZA #UMK #UNIMAS #PSIS #PSAS #AGENTOPUPMURAH #AGENTOPUP #JIMATTOPUP #TOPUPFREE #UNIVERSITI #UKM #USIM #USM #kuin #kuis #kuim 
#kipsas #uitm #um #uum: contoh :-
KEUNTUNGAN JUAL TOP-UP SAHAJA 
jual topup RM10*celcom, untung 5% = RM0.50 
sehari jual topup kepada 20 pelanggan RM10, 
RM0.50× 20 orang=RM10 SEHARI  
RM10×30HARI= RM300 SEBULAN 
RM300 SEBULAN DENGAN MENJUAL TOP-UP SAHAJA
lagi ramai yang topup dengan anda lagi banyak anda dapat.
anda boleh jual, dan boleh guna sendiri tak ada masalah.. dan modal ini xde expired date.. guna laa selagi modal anda tak habis.. 
yuran berapa?? 
okey hanya RM30 SAHAJA *PROMOSI untuk 30 orang yang terawal..

jimat 50% niee.. yuran asal RM60 Setelah diskaun 50% anda hanya perlu bayar RM30 SAHAJA.. murah kan??
% keuntungan pon tinggi tak percaya  mari tengok gambar bawah ni dan awak boleh banding kan dengan syarikat yang lain...

BERMINAT NAK DAFTAR SEBAGAI AGEN TOPUP ?? BOLEH TERUS HUBUNGI SAYA DI 
Ig : @f2jcollection atau   @jannahhanim1308
page: agen topup daftarlah sekarang 
wechat: jannahhanim93
whtsp/sms/call : 019-4368780 
insyallah pertanyaan anda akan di balas dengan segera.. ^_^
#puo #politeknikmalaysia #politeknik #IPTA #IPTS #UNISZA #UMK #UNIMAS #PSIS #PSAS #AGENTOPUPMURAH #AGENTOPUP #JIMATTOPUP #TOPUPFREE #UNIVERSITI #UKM #USIM #USM #kuin #kuis #kuim 
#kipsas #uitm #um #uum #altel #digi #celcom #internetmurah #jimsttopup

♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

12 Oktober 2014

bukan yang berniqab sahaja

Tatkala mengambil kata putus untuk berniqab maka “Jangan Main-Main”

Sebetulnya, bukan untuk mereka yang berniqab sahaja. 
Bertudung labuh juga begitu. Berniqablah, ramai yang mahu menyokong dari belakang. Namun ingat, apabila kita memilih untuk memakai sebegini, orang-orang di sekeliling mempunyai high expectation terhadap kita. Apa yang betul dilakukan kelihatan biasa. Namun apabila sedikit yang silap, itu yang lebih besar terlihat. Kerana memang namanya manusia, ada yang hanya memandang sekelumit kesilapan dan keaiban berbanding memperbesar kelebihan dan kebaikan.
Bukanlah bermakna kita harus mengaut segala pandangan manusia agar segalanya dilihat tinggi pada kita. Bukan, sayang. 

Maksudku di sini, kita mesti berjaga-jaga terhadap diri sendiri. Kerana apabila memakai niqab dan tudung labuh begini, kita membawa bersama maruah Islam. 
Ya, maruah Islam. Take it seriously, my love. 
Memetik kata-kata Phua Chu Kang, “Don’t play play.” Jangan main-main.
Ini bukan soal mahu terlihat hanya diri kita yang baik bersama penampilan, tetapi juga mahu dunia melihat Islam yang tinggi dan indah nilainya! Jadilah muslimah yang meninggikan Islam. Bukan makin menjatuhkan.

Akhlak mesti dijaga. 
Kerana itu buah amal dan iman. Juga mengelak fitnah. Apabila hanya segelintir yang tidak begitu menjaga akhlak sejajar dengan cara pemakaiannya, ada manusia yang kurang memahami mula berbunyi…

“Saya tak bertudung. Bertudung labuh mana pun orang tu bukan baik sangat. Trust me. 
Saya dah pernah jumpa. Yang penting hati…”

“Apa la pompuan ni. Berniqab tapi gambar dekat Facebook dia, Astarghfirullah …
Wei, tak payah pakai niqab lah wei…”

“Ala, yang berniqab semua tu bukan cantik sangat pun, perasan banyak. Melebih je semua tu, dah macam ninja dah aku tengok. Ceitt. Blah la”

Bukan semua orang mahu faham kita yang begini tidak semestinya terlihat sempurna tetapi kitalah sendiri harus menjaga sedaya mungkin! Tidak boleh tidak. Mesti.

Ustaz Pahrol Mohd Juoi mengatakan bahawa tudung wanita itu terbahagi kepada empat. Tudung pada wajah yang tidak mengundang fitnah dan kecantikannya hanya khusus buat suami bukan buat lelaki ajnabi atau bukan mahram. Tudung pada mata yang tidak memandang lelaki lain selain mahramnya kerana solehah yang hakiki itu tidak dipandang dan tidak memandang. Tudung pada suara yang tidak dilunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati yang tulus mengingati Allah dengan sentiasa berzikir.

Muslimahku sayang, apabila ini yang dijaga maka yang lain pasti turut terjaga. Pergaulan antara lelaki dan perempuan yang terjaga dengan tidak melampaui batasan syariat. Anggota yang terjaga kerana peringatan sepi daripada tudung itu sendiri supaya menghindari maksiat. Hati yang terjaga daripada dicemari rasa riak dan takbur.

Sememangnya perempuan berniqab dan bertudung labuh ini baik. Baik dengan erti kata sebenarnya. Akhlak mengikut apa yang diajar Islam. Usah jadikan diri kita pemangsa kepada mereka yang begitu menjaga turut terkena tempias menjadi mangsa. Fitnah terjadi. Fitnah terhadap mereka yang berniqab dan bertudung labuh. Kasihan.

Namun, tidaklah pula bermakna harus menukar meter tudung menjadi semakin pendek kerana bimbang diri hanya membawa fitnah. Malah seharusnya hati semakin nekad memperbaiki dan menjaga akhlak dan bunga iman. Begitu, sayang. Apabila punya keazaman sebegitu maka diri telah pun membuka langkah menuju kebaikan.

Sayangku, jangan memilih memakai begini kerana lelaki.
Bertudunglah seperti yang diri mahu. Asal sahaja tudung itu tetap dilabuhkan menutupi dada. Tetap bertudung mengikut syariat bersama niqabmu. Namun awas pada hati sendiri, sayang. Jagalah ia selalu. Perhatikanlah ia sentiasa. Kerana dalam kegigihan kita melakukan kebaikan, syaitan itu juga tetap gigih berusaha membisik halus tanpa diri sedari.

Tiap kali melangkah keluar dari rumah, luruskan niat bahawa aku memakai begini hanya kerana Allah. Bukan untuk mendamba pujian dan hati lelaki. Bukan mahu menunjuk aku sekarang telah berubah menjadi lebih baik berbanding dahulu. Bukan mahu mengatakan, “Wahai Adam, lihatlah. Akulah wanita yang paling solehah. Moga sahaja kau jatuh cinta padaku.”
Apabila itu yang terlintas, fikirlah apakah itu juga yang dipandang Allah? Tidak, sayang! Dia hanya ingin melihat ketulusan dan keikhlasan niat hatimu untuk berhijrah keranaNya. Apabila hatimu terdetik berhijrah kerana yang lain, hitunglah apakah amalan ini juga terhitung di sisiNya. Apabila diri memilih untuk memakai begini, jagalah niat itu sentiasa. Usah biarkan amalan kebaikan hangus rentung menjadi abu hanya kerana niat yang terpesong. Istighfarlah sentiasa. Kerana sememangnya kita manusia yang pelupa dan berdosa.

Utamakan yang lebih penting daripada yang penting.
Sayangku, pakailah niqab andai diri mahu. Perkara baik tiada siapa menghalang. Namun ingat, sayang, lihatlah yang lebih penting daripada keinginanmu untuk menutup muka bersama secebis kain indah itu. Mahu menjadi baik tidak semestinya dengan berniqab namun berniqablah andai itu benar menjadi motivasi buat diri untuk menjalani perubahan ke arah yang lebih baik. Walau begitu, tetap diri ini suka untuk mengingatkan kita bersama agar melihat perkara yang lebih utama berbanding perkara yang menjadi isu khilaf. Lihatlah yang lebih penting.

Lihatlah solat lima waktu kita. Apakah berusaha didirikan awal waktu seperti mana usaha keinginan untuk berniqab? Apakah terhafal sudah rukun-rukun serta syarat-syarat sah solat? Apakah solat itu cuba diri hayati supaya lebih khusyuk? Apakah bacaan solat itu diri fahami maknanya? Apakah solat itu bisa membuatkan diri merasa terlalu dekat dengan Allah?

Lihatlah hubungan yang terjalin antara manusia. Apakah ada api permusuhan yang belum terpadam? Apakah hati sering berprasangka buruk terhadap orang lain? Apakah hati dibisik iri dan dengki akan kejayaan dan kebahagiaan orang lain? Apakah diri ringan membantu tatkala sahabat memerlukan pertolongan? Apakah hati itu sentiasa diingatkan agar sering bersangka baik dengan manusia tiap ketika?

Lihatlah akhlak dalam diri. Nilailah dan hisablah diri sehari-hari. Apakah hati sentiasa diingatkan agar sentiasa ikhlas dalam melakukan amalan? Apakah hati itu dididik untuk menyemai rasa rindu terhadap Rasulullah dengan sunnah Baginda? Apakah diri diajar untuk tekad dalam menimba ilmu daripada melayan cinta manusia? Apakah hati sentiasa ditiup bayu semangat tabah dan gigih dalam menjalani ujian daripada Allah?

Sayang, lihatlah yang ini terlebih dahulu berbanding niqab. Kerana kewajipan ini lebih dituntut. Jadilah muslimah yang bijak menentukan perkara yang paling penting dalam kehidupan. Jadilah muslimah yang bijak dengan melakukan perkara yang dirasakan penting tetapi tetap mengutamakan perkara yang lebih penting. Maka sayangku, ini lebih baik.
Mengapa mesti pandai mengutamakan hal yang lebih penting daripada yang penting? Andai kita sebenarnya mengetahui mentaati ibu bapa itu lebih dituntut daripada pemakaian niqab, maka tiada yang keliru dalam permasalahan “mak ayah saya tak bagi saya berniqab”. Pilih ibu bapa berbanding niqab. Kerana taat ibu bapa itu wajib dan berniqab itu hanya sebahagian isu khilaf. Jelas, sayang?
Andai kita muslimah yang berniqab maka usah dipandang rendah kepada mereka yang memakai pashmina. Andai kita memakai tudung labuh maka jangan merasa lebih baik berbanding mereka yang memakai tudung melilit. Masih sehingga kini diri tiada mengetahui bagaimana pandanganNya. Kerana Dia lebih arif akan hati dan niat kita lebih daripada meter tudung itu. Takutlah pada hati sendiri yang suka menilai manusia dalam diam. Sehingga wujud rasa ujub terhadap diri sendiri.
Apabila benar niat kerana Allah dan tahu mengapa diri memilih memakai begini, percayalah itu yang akan memberi kekuatan berterusan. Walaupun ramai yang memandang serong. Walaupun ramai cuba menyalah anggap. Walaupun ramai melihat diri sebagai 

‘kamu-orang-pelik-ewww’. Kerana pemakaian hanya diniatkan kerana Allah. Sedikit pun kata-kata manusia tidak akan memberi kesan kepada hati seandainya benar ikhlas. Right? So, just go with what you’re doing now, my love!

Andai terasa lemah, renung kembali niat dalam hati. Apakah benar di jalannya. Jangan pernah putus harapan dalam memperbaiki diri dan mengejar kebaikan. Kerana itu semua tidak akan datang tanpa keinginan yang kuat dan hati yang gigih menghadapi ujian! Contohilah Ummul Mukminin. Contohi peribadi mereka dan jadikan ia semangat buat diri untuk terus melangkah dalam mendidik hati menjadi muslimah sejati. Terus kuat, sayang!

Sayangku, pakailah dan hiasi bersamanya dengan ilmu dan akhlak.
Pakailah niqab itu. Pakailah tudung labuh itu. Pakailah pakaian yang menutup aurat mengikut garisan Islam. Andai pandai menyentuh isu kahwin tidak perlu menjadi begitu sempurna tetapi usaha itu mesti ada, begitu juga soal ini. Tidak perlu menunggu diri menjadi sempurna pada tiap sudut inci seperti meter kainnya, tetapi tekadkanlah jua dalam hati keazaman dan keinginan menjadi lebih baik. Bersama ilmu dan akhlak.
Yang kurang benar kelihatannya apabila dipakai tanpa ilmu dan keazaman pembaikan akhlak. Itu yang akhirnya mula terjadi fitnah kepada pemakai niqab dan tudung labuh. Kerana itu niat amat dititikberatkan. Apabila niat benar, tindakan yang diambil juga benar. Apabila niat ingin memakai niqab sebagai dorongan menjadi lebih baik, maka diri akan berusaha walau bagaimana cara sekalipun untuk menjadi muslimah yang terbaik! Apabila niat asal terpesong maka itu yang dibimbangi apabila hati mula menurut nafsu. Jadikan niqab sebagai dorongan untuk menjadikan diri lebih baik. That’s the best. Namun, andai diri bukan daripada kalangan niqabis, it’s alright dear. Kita semua sama sahaja. Kerana tetap sahaja taqwa itu menjadi pembeza. Dan tetap sahaja yang istimewa itu buat muslimah yang menjaga auratnya.

Jaga akhlak. Jaga akhlak. Dan jaga akhlak. Kerana manusia tidak akan bertanya, “Tinggi manakah ilmu yang ukhti miliki?” tetapi manusia akan mula menilai melalui peribadi. Akhlak. Yes, exactly my love. Akhlak hasil daripada ilmu yang dimiliki. Tuntutlah ilmu yang benar dan secara sendiri ia akan dimanifestasikan dalam akhlak yang juga benar. Kerana ilmu itu berperanan mewujudkan perasaan khauf atau takut kepada Allah sehingga melahirkan akhlak yang baik. Biarlah qudwah itu bersama akhlak dan tudung.

Tidak semestinya berniqab lebih baik daripada yang memakai pashmina. Tidak semestinya yang bertudung labuh lebih baik daripada tudung melilit. Tidak semestinya yang memakai tudung melilit lebih baik daripada yang berniqab. Tidak semestinya mereka yang memakai pashmina lebih baik daripada yang bertudung labuh. Kerana? Kerana tinggalkanlah itu semua kepada rahsia penilaian Allah.

Dan kerana setiap daripada kita punya peluang berubah ke arah kebaikan selagi nafas masih terhela. Jangan persiakannya. Maka sayangku, genggamlah jemari sahabatmu yang lain dan bantu. Sebarkan kecintaan terhadap sesama muslimah. Padamkan segala prasangka andai ada ternyala.
Jadi baik itu bukan diukur pada tudung. Jadi baik itu adalah pada hati yang ikhlas. Namun tudung mengikut syariat itu tetap wajib. Jalankan walaupun ada yang terasa payah! Kerana percayalah tudung itu akan mula menjernihkan hati yang kotor. Mendorong hati dan keyakinan ke arah jalan cahaya. Believe me!
Mari kita sama-sama. Tolong ajari diri yang menulis ini. Kerana sungguh, diri ini juga pemakai tudung labuh yang hanya bijak berkata-kata namun masih banyak kekurangan yang mesti diperbaiki. Terlalu.
Wallahua’lam...


Dipetik daripada "I luv islam" 



♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

16 Ogos 2014

seorang Perempuan dan Muslimah

*Perempuan*

Apabila teruna memerhatikannya,
Perempuan akan membalas renungan matanya
Apapila teruna mendekatinya selangkah,
Perempuan datang berpuluh langkah.
Apabila teruna memujuk rayu,
Perempuan lemah dalam pangkuannya.
Apabila teruna memberi harapan,
Perempuan hanyut dalam angan-angan.


TETAPI SEORANG...


*Muslimah*
Apabila teruna memandang nya,
Muslimah tunduk mengelak dr panah syaitan.
Apabila teruna mendekatinya selangkah,
Muslimah berundur beribu langkah.
Apabila teruna memujuk rayu,
Muslimah anggap itulah kalimah iblis.
Apabila teruna menutur harapan indah,
Muslimah yakin janji-Nya lebih bahagia di sana.

Kerana Muslimah mengerti dan menyedari..
Akan erti maruah peribadi sejati
Yang diselaputi iman yang hakiki Yang tidak mudah dicemari.

Semoga ALLAH sayang dan redha .. insyaALLAH :)

♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

08 April 2014

Nak berniqab?? Jom baca nie .

Nak berniqab? Baca ni...
Perbualan saya dengan akhi mizie dalam Group Kekasih Rasulullah
***
Akhi mizie: Ustaz uthman kata.. biar kan sahaja kalau ada yg on off pakai purdah.. sEbab itu akan mmbiasakan mereka utk pakai purdah.. apabila yang berpurdah maka dengan sendirinya pemakaian mereka akan mengikut syaraq seperti besar dan labuh..

Biarkan mereka belajar berniqab dari kita kondem kan mereka lebih baik kita sedarkan mereka yg tak menutup aurat
Ramai yang berniqab condemkan sahabat sendiri yang mula berniqab
Dan ada yang belum berniqab cuma bertudung pun condemkan orang berniqab..

KEnapa nak condemkan orang berniqab.
Biarkan mereka sedang blajar berniqab insyaAllah mereka akan belajr cari ilmu tentang niqab.
Mulakan dari perbuatan baru lah datang nya ke ikhlasan
Ada yg tahu tentang kelebihan niqab tapi taknak berniqab..
Dah blajr tinggi2 tapi tetap nak kondemkan golongan yang nak blajar berniqab
Sebab itu x mustahil ramai yang tak nak berniqab untuk amal.sunnah sahabiah

Ramai yg kata takut jd fitnah....
What is fitnah....

Fitnah tu lah yg x tutup aurat ..
Dari Ummu Athiyah berkata: Rasulullah saw memerintahkan kepada kami untuk keluar pada hari Fithri dan Adha, baik gadis yang menginjak akil baligh, Wanita-wanita yang sedang haid maupun wanita-wanita pingitan. Wanita yang sedang haid tetap meningggalkan shalat, namun mereka dapat menyaksikan kebaikan dan dakwah kaum muslim .
Aku bertanya, “Wahai Rasulullah salah seorang diantara kami ada yang tidak memiliki jilbab?”
rasulullah saw menjawab: Hendaklah saudarinya meminjamkan jilbabnya kepadanya (HR Muslim).
***
Marziah: Condemn yang bagaimana?
Akhi mizie: 'Niqab di pakai ikut trend'
Selfie dan lain lain lagi tomahan yg di lempar pada mereka yang berniqab..

Mereka nie mula2 berniqab mEmag akan rasa mcm tu .
Apabila dh lama pakai dan dah dapat ilmu, benda mcm tu barulah dtg keikhlasan
Bnda ikhlas kena paksa..
Nak datang ikhlas kena paksa..

***

Marziah: Saya menganggap itu semua bukan tomahan tapi teguran tanda sayang. Sebab apa ana kata begitu? Sebab bagi yang dah lama pakai niqab dia dah tahu persis perasaan pakai niqab dari segi pandangan masyarakat dan lain2. Jadi atas dasar sayang dia menegur. InsyAllah bukan dengan kata2 yang kesat.

Akhi Mizie:Nasihat bUkan di khalayak ramai
Kena faham bab teguran nasihat
Adab memberi nasihat
Sbb apa ulama mukhtabar tak memberi teguran secara terbuka
Sbb akan mnjatuhkan aib
Tanda syg kena lah secara personal..
Tajdid niat..
Bagi permahaman apa itu sunnah berniqab..

Mereka mula2 mmg x tahu.. jika di kondem secara terus maka minat nak amal sunnah akan hilang
Nak dtg istiqamah kena mula dari paksaan..
Kalau tak nak paksa tak dtg istiqamah

***

Marziah: Rata2 yang minta pendapat saya ialah insan yang minta izin mak tapi mak tak kasi. Jadi pakai senyap2. Saya cuma minta mereka berterus terang dengan keluarga.

Akhi Mizie:Sbb kita dr latar belakang berbeza
Ada yg dtg dr family yg kenal agama
Ada yg baru berjinak mendalami agama

***

Marziah: Ya. Ada ibubapa yang pakai tudung susah memadai bagi mereka sebab tu anak usrah ana ramai mengadu mak ayah tak kasi pakai tudung labuh
Semuanya sebab khuatirkan pandangan masyarakat sekeliling.

Akhi Mizie:Sbb mrka blm faham apa itu niqab
Sbb tu kena faham kan mereka
Biar on off
Pandangan org sekeliling x dpt kita pegng utk jd kan sbagai hukum utk kita x amal sunnah
Bnda nie kalau tak di zahirkan maka akan mnyebabkan org x akan kenal lagi segala sunnah

***

Wallahualam. Moga membuka mata kita.
=)

Copy paste dari mar :)


♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

04 Mac 2014

Perkongsian ayah Ahmad ammar

Ayah kepada Ahmad Ammar berkongsi 7 formula yg diterapkan kepada anak2nya seperti Ahmad Ammar..

Pertama;
Menerapkan warisan ummatik,mengembalikan martabat islam yang bersifat global serta pelbagai impian bukan hanya pada satu-satu perkara sahaja.

Kedua;
Memberi nama yang baik supaya mereka mengikut contoh kepada individu tersebut, contohnya nama Muhammad.

Ketiga;
Memiliki ketinggian adap kepada Allah, Rasul, Ulama, Guru dan sebagainya.

Keempat;
Mengaji Al-Quran, belajar dan hayati.

Kelima;
Solat lima waktu, solat tahajjud. (dalam hal ini Ammar mewajibkan dirinya solat tahajjud sekali dlm seminggu)

Keenam;
Pelajari ilmu yang penting seperti sejarah dan perlu kuasai tulisan jawi Uthmaiyyah.

Ketujuh;
Kuasai bahasa asing seperti Turki, Arab.

"Alhamdulillah Ammar menunjukkan dalam masa lima tahun beliau boleh melakukannya. Malah saya terkejut beliau boleh menguasai tafsiq Al-Quran Risalah An-Nur,yang mana Quran Risalah An-Nur antara sukar di kuasai. Beliau boleh menguasainya dalam masa lapan bulan." -Ahmad Azam-

Dan dgn izin Allah terhasilnya Ahmad Ammar yg memiliki sifat mujahid sejati.


♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

14 Januari 2014

AGEN TOPUP DIPERLUKAN !!

 
 




Sapa kata jadi agen topup tak untung ??
 
jom kira ;-
 
Biasanya kt kawasan student atau kejiranan rumah anda, 
purata yang bli topup pling sedkit, 20 orang Sbgai contoh,
jual RM10 , untung RM0.50 sehari jual 20 pelanggan , 
untung RM10.00 (30HARI * RM10 sehari = RM300 )
jual topup jer, boleh dapat RM300 sebulan,
  jika anda tingal di OSTEL lagi menguntung kan tak perlu ke kedai untuk tpopup sMS Sahaje topup dah Amasuk,, bila bila masa anda boleh topup... jimat masa anda.... 
 
TAK PERCAYA ?? MAI TENGOK SINI :)
 

✔ JIMAT MINYAK KENDERAAN BERMOTOR ANDA! (100%) 
✔ JIMAT TENAGA ANDA! 
✔ JIMAT MASA 
✔ DAPAT DISKAUN TOPUP SEHINGGA 6%! 
✔ DAPAT PASIF INCOME LAGI! WOW! SIAPA NAK BAGIDUIT KAT ANDA? 
✔ DAPAT JANA PENDAPATAN SEHINGGA RM900 SEBULAN!(Macam Mana tu?) 
✔ RISIKO ‘0’
TAK PAYAH SIMPAN STOK KAD MACAM DI KEDAI
✔ YURAN KAMI SEDIAKAN RENDAH ANDA MAMPU
✔ BOLEH JIMAT DUIT PTPTN DISAMPING TAMBAH PENDAPATAN SAMPINGAN 


SITUASI INI 
Pernah alami tak? 
  •                 Nak topup kat kedai dekat, tapi kedai tutup.Terpaksa topup kat kedai jauh.
  •  Nak topup tapi kena cas, 20 sen, 30 sen. ta de untung langsung. 
  • Tengah malam kedai tutup, 7eleven jauh plak. Terbantut nak topup. 
  • Nak gne topup emergency, Sos dah buat, Credit advance dah buat. 
    dah tak boleh gune 2 kali. pergi kedai jauh plak. Susah nak topup. 
Kami ada penyelesaian! 
 
Jom jadi agen topup bersama kami, Tidak Wajib untuk jual topup sahaja! 
Anda juga boleh pakai utk diri sendiri! 
 Boleh jana income dengan menjual sistem topup ini sekali! 100% 
untung jualan sistem (Yuran Pendaftaran) masuk akaun bank anda! 
Masalah anda akan selesai! Sertai kami segera sebelum hujung tahun ini !
 Anda senang, Kami pon senang!
 
 
 
 
KEUNTUNGAN KAMI PALING TINGGI JOM KITA TENGOK BERAPA %
 
 
KOMEN DARI YANG JOIN KAMI :)
 
Sahabat kita dapat beli tab, Happy je dia :)
2. org lain beli topup rm10 byar pun Rm10 ,kdg2 kita dikenakan cas lebih ,
tapi selepas  saya join jadi agen TOPUP saya hanya
perlu bayar RM 9.50 sahaja utk topup Rm10.
Saya dapat Jimat RM0.50 bestt !! besstt !!
 (komen dari adik AZIE )

3. Yuran yang cik kenakan Murah,dan KEUNTUNGAN pun tinggi Tak rugi saya join dengan cik,
saya tengok ada yang letakkan yuran Mahal tapi keuntugan RENDAH, tapi selepas JOIN dengan cik amat berbaloi. sebab YURAN HANYA RM50 SIAP FREE MODAL RM10 Lagi. 

4. saya dapat penuhi kehandak saya. tak perlu meminta duit dari pada ibu bapa saya .dapat juga ringan kan bebab mereka. 
 
5. Duit PTPTN saya juga boleh jimat. Sebab saya dapat janakan RM300 paling sikit sebulan. dgn cari agen lain utk join.(yg ni cik xpaksa kan ?? tapi saya yang nak cari iikut pada saya )

6. Ada lagi sorang sahabat kita yang dapat miliki hanset yang dia idam kan selama ini harga RM1200 
tapi dia tak dpat lgi bagi gambar saya update kmudian nanty :)
 

BERMINAT NAK JOIN BOLEH :-
 
Wechat/whatsap/sms : 019-4368780
 
atau  
 
clik sini AGEN TOPUP DAFTARLAH SEKARANG 
ADD dulu tau baru inbox saye .. 
 
atau 
Like sini dan inbox page ini  
 
AGEN TOPUP DAFTARLAH SEKARANG
 
 
 

♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

04 Januari 2014

Sinopsis Aku Ada Wali

 
 
 
 
 
Sinopsis Aku Ada Wali

Aku Ada Wali berkisarkan mengenai cara mengurus cinta yang tiba belum pada masanya. Ia juga berkisarkan mengenai persahabatan dan kekeluargaan. Seorang gadis yang baik dalam persahabatan sentiasa membimbing, menyelesaikan masalah dan mengambil berat perihal kawan. Rakan-rakan bukan Muslim juga sangat menyenanginya.

Gadis yang dimaksudkan ialah Khazinatul Asrar yang juga pemimpin pelajar yang rutinnya sangat sibuk dengan pelajaran, program persatuan, usrah dan sukan. Dia meletakkan prioriti di alam kampus untuk fokus mencintai Allah. Cinta Agung itu menjadi sumber penggerak untuknya bermotivasi tinggi mencintai ilmu, menggilap kepimpinan diri dan memimpin warga kampus.

Dia menjadi kegilaan rakan sekelasnya, Tsabit kacukan Libya-Melayu yang mencuba memikatnya dengan pelbagai taktik. Namun Khazinatul Asrar berjaya menolaknya. Dia juga disukai seorang pelajar perubatan, Mukhlisin. Jejaka ini menggunakan Hijriah, rakan sebilik Khazinatul Asrar untuk menghantar nota misteri kepadanya.

Bagaimanapun, Khazinatul Asrar tidak memberi peluang kepada lelaki itu untuk berkawan dengannya. Asraf, keluarga angkat gadis ini pula sering menghantar surat dari Turki tetapi sampai ke tangan Hijriah. Surat itu dibalas Hijiriah kerana dia tidak mahu sesiapa menjadi penghalang antara Khazinatul Asrar dengan Mukhlisin.

Khazinatul Asrar juga diuji dengan tingkah laku Hijriah, namun tanpa rasa jemu dan bosan, dia membimbing Hijriah supaya kembali ke pangkal jalan.
 
 
 
Saksikan drama Aku Ada Wali terbitan Tsar Asia Sdn Bhd di TV AlHijrah. Akan datang 14.01.14. Dibintangi oleh Siti Saleha, Zahiril Adzim, Zoey Rahman, Puteri ChiChi, Sabhi Saddi, Shawal, Ayda Jebat dan Khaty Azean.

♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

03 Januari 2014

Hijrah ku hanya keranaMU





Alhamdulilah. . masih di beri kesempatan untuk update blog nie :)
dah lama rasanya tak update kan ??
maklumlah sem 5 baru bermula agak kesibukan melanda sikit diri ini
* cehhwahh ~ sebok lah sangatkan ..
sebelum ni saye ade post entry pasal "ingin berniqab biar kerana ALLAH"
Kalau nak baca boleh lah pergi link atas tu ea :)
okei balik kepada tajuk kita hari ini hehe
 
 ***
sebelum ini saye ade berjanji nak ceritakan pengalaman saya 
macam mana saye boleh nak memakai purdah.
 dan saya akan kongsikan disini semoga ia bermanfaat utk semua yang ingin 
berubah ke arah kebaikan aminn.
ade berberapa solan yang mereka tanya kpd saya sebelum ini antaranya :-
 
1. macam mana boleh tergerak nak pakai purdah nie ?
2. mesti ade sumber inspirasikan . sapa dia ??
3.ape perasaan jannah masa mula-mula pakai purdah nie??
 
 
soalan 1 :- ALHAMDULILAH ALLAH dah gerak kan hati ini untuk berniqab, dia datang secara tiba-tiba dekat hati ini. untuk mendapatkan kepastian saye buat solat istikarah , sebab tak yakin ana takut sebab ana pakai ni bukan kerana ALLAH, takut sangat nanti ape yang kita buat tu sia-sia je.. seminggu juga buat istikarah nie ana dapat rasa melalui hati, tergerak nak pakai, mula-mula terpikir nanti mesti banyak pekara yang menghalang untuk berurusan.tapi ana teruskan juga istikarah lagi . dalam pada masa buat istikarah tue setiap kali ana keluar rehat * masa ni praktikal kat paid taiping anak ternampak niqabis lalu depan ana. ana pandang je niqabis tu. kemudian esok nye tak silap ana ade sorang niqabis nie datang untuk mintak borang kafa. tibe-tibe terdetik kat hati * ehh 2 hari berturut dah nie nampak niqabis ,tak kan ni petunjuk dari ALLAH ?? lalu ana terus kan lagi beristikarah . hari ketiga ana nampak lagi niqabis lalu depan ana hari ke3 nie ade dua orang yang ana nampak. *dalam hati insyallah ini jawapan nye. :) 
balik pejabat anak bukak blog cari pasal niqab, ade satu blog ni ana tertarik baca dia pasal pemakaian kita "dari pemakaian kita mampu mengubah diri kita menjadi lebih baik"
"sikap ketika berpurdah dan adab kita "
banyak lagi yg blog yang ana baca semua membuatkan ana semakin nekad dgn jawapan ini.Tetapi bila kita dah nekah ade ujian yang datang .. ana ternampak niqabis yg cara pemakaian nye tak sesuai, dua tiga kali jugak lah nampak, ana jadi takut ana pun akan jadi macam tu.. tibe malam tu ana bukak fb ana ade terbaca satu post mengenai kenapa niqabis jadi mcm tu walaupun niqabis tapi pakaian nya agak kecil,ada bonjolan unta,ana dah dapat jawapan kenapa mereka jadi mcm tu .semagat ana naik kembali utk pakai.. tiba satu hari ana nyatakan niat ana nie kpd  sahabat ana jawapan yg dia berikan membuat ana kecewa . ana jadi ragu-ragu dengan niat ana nie.. setgh org dia ade sebab kenapa dia cakap mcm tu mungkin jawapan dia mempengaruhi apa yang dia lihat disekeliling dia.
malam tue ana tanya lagi seorang sahabat ana pendapat dia. ALHAMDULILAH . jawapan dia dapat memujuk hati ana. nasihat dia memang boleh terima. apa yang dia katakan tak pernah terlintas di hati ini. 
"kita nak berubah memang akan ade ujian dari ALLAH sebab DIA nak tengok kita sungguh-sungguh ke tak" "
orang yg hanya mengetahui.. kebaikan b'niqab... tetapi x betul2x memahaminya"
maksud nya bila tak betul betul memahaminya maka jadi lah isu berniqab ikut trend , tayang gambar sana ni ,tak jaga ikhtilat.. 
ALHAMDULILAH famly ana xde yg menghalang malah mengalakan lagi..bila ana baca kisah sahabat di fb tentang pelbagai halangan mereka hadapi ketika ingin berhijrah kisah mereka itu membuat kan ana lagi semangat ingin teruskan.
soalan ke 2 :- siapa sumber inspirasi ana?? mestilah isteri-isteri nabi dan juga adik ana .ermm ana nak contohi isteri nabi insyallah :) 
dan sahabat-sahabat ana juga, nasihat pandangan diorang amat bermakna bagi ana tanpa nasihat mereka mungkin ana tak sekuat sekarang.
buat adik ana terima kasih kerana teguran hikmah mu membuat hati ini tersentuh.Alhamdulilah terima kasih YA ALLAH kerana hadirkan mereka dalam hidup ku,

soalan ke 3: perasaan ana mula pakai purdah :) mula-mula memang di uji dengan pelbagai rasa tapi alhmdulilah dah lama-lama ia jadi biase. Panas itu biase, perpeluh itu juga biase , bila diri ini merasa kan kepanasan ia membuatkan aku teringatkan NERAKA.. Allahuakbar~
kita juga kena kuat dgn kata-kata manusia kadang mereka tak sedar merka mgata pakaian berpurdah kita ni mereka juga turut mengata pakaian isteri-isteri nabi.
ana cuba husnu`zhon kpd mereka hati berkata "biarlah mereka melawak je tu jangan ambil hati" biase lah kdg2 kita terasa hati kita ni kan ALLAH ciptakan lembut.


pesanan ana : kepada niqabis diluar sana jaga lah tingkah laku anda kerana kita ni selalu diperhatikan oleh mata-mata manusia. dan mereka selalu mengangap kita niqabis nie adalah seorang yang sempurna.tapi mereka tidak sedar kita juga manusia biasa seperti mereka.mereka juga akan selalu nampak salah kita walau sebesar kuman,jadi apa juga teguran orang kita kena terima dgn hati yang kuat jgn jadikan kutukan,perlian,mereka itu kita jadi lemah.
untuk menjadi baik ALLAH akan uji kita , ujian itu tanda ALLAH sayang kita,
 ikhtilah itu perlu dijaga 

sama-sama lah kita tajdid niat agar niat kita hanya satu 
KERANA ALLAH ,
 
 

berpurdah bukan hanya untuk wanita yang berwajah CAntik sahaja.
cuba lah kita ubah minda kita jangan berfikiran begitu.
 
5 november2013= 1 Muharam1435
 
 
 

♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner