14 Disember 2012

ADAB MINUM RASULULLAH S.A.W

ADAB MINUM RASULULLAH S.A.W....

Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak
dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Minuman Manis dan Sejuk

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk"

Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).

Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk"

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum :
1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
9. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain, Hadis menyatakan bahawasa baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.
kawan kwan jom kita sama-sama amalkan nye :)

♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

12 Disember 2012

bercuti bersama keluarga




Haa,, aku baru balik berkelah dari teluk senagin :)
syok ooo 2 malam 3 hari ... fmly bwk 
dapat tenang kan fkiran.. yg tegah serabut nie..
masalah kawan lah..
ape laa smua ade lah sakit kepala aku..
jumaat nie dah kena balik poli balik..
cerita sal kt sna memang 24jam je nk berendam dalam air tu adk aku yg last tu
klo nak makan leh pulak main oder nasik satu pnggan!!! 
adoiii memg buat kami gelak.. lpas tu terjun laut balik..
bila time makan terpakse g kat gigi air tu suap kan dia .. 
baru nak makan klo x jangan laa harap dia nak makn..
                                          malam2 pulak aku suka lepak sorg2 kt tepi pantai
dok atas pasir bestt dgar ombak ,,
 tenang je,, smbil2 gayut tipon kahkha,, 
tu lah keja aku,,tak cukup kat situ aku dok kat buayan yg dia sedia kan..
senang laa sbb ade surau leh masak2 ,, selesaa,,,
tadi masa balik g tgok penyu.. comell..
si im takut soh duduk amik gmba kt penyu batu un dy x nak 
penakut jagk adk aku nie hehe e
kelakar pulak tadi kena kan dia ,, 





♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

10 Disember 2012

JIKA BENAR CINTA

 
 
(¯`•.¸ JIKA BENAR CINTA ¸.•´¯)

✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤
... •• Jika benar dirimu mencintaiku kerana Allah,
maka janganlah kau sentuh hatiku sebelum tiba waktunya,
dan jangan sesekali kau ungkapkan kata cinta padaku,
kerana aku takut aku hanyut dalam lautan rinduku padamu..

•• Tetapi,jika cintamu tulus untukku,
maka datangilah kedua orang tuaku,
pintalah izin dari keduanya,
dan pinanglah daku dengan lafaz bismillah..

•• Andai tertulis aku adalah bakal makmum mu,
insyaAllah,Allah pasti akan satukan cinta kita
di dalam redhaNya..
moga cinta kita bersemi selamanya
sampai ke syurga..
Ameen ya Rabb..
✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤

 

♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

09 Disember 2012

solat tiang agama



 kerana dihadapanmu adalah Tuhanmu, bukan kawanmu. Engkau sedang berbicara dengan Allah Yang Maha Agung, tentulah tidak layak engkau bersikap demikian.

Wahai anakku,
Jangan engkau hanya fikir untuk selesai solahmu, tanpa engkau memikirkan Tuhanmu menerima atau menolak solah itu. Jangan sesekali engkau hanya mengira soal sah dan batal, tanpa engkau mengira soal ianya diterima atau ditolak.

Wahai anakku,
Kalau engkau kasih dan cinta kepada Tuhanmu, tentulah engkau akan lama bersamanya dalam solah, doa, munajat dan zikirmu. Kalau engkau merasai tiada manusia sanggup gopoh gapah dihadapan seorang raja, kerana menghormatinya atau memuliakannya; betapa pula engkau bilamana berhadapan dengan Tuhanmu.

Wahai anakku,
Ketahuilah bahawa solah adalah amalan pertama dihitung di akhirat. Apakah perasaanmu kalau engkau melihat solahmu yang tidak memelihara tertib dan adabnya, tentulah engkau akan merasa malu dan aib dihadapanNya. Engkau sendiri pun akan mencemuh amalan sambil lewamu. Kerana itu bezakanlah ketika mana kamu berdiri dihadapan manusia dengan saat kamu berdiri dihadapan Tuhanmu.

Wahai anakku,
Lakukanlah dengan sebaiknya, kerana solah mampu mencegah perbuatan keji dan mungkar. Ia adalah perisai. Ia adalah tunjang kekuatan. Lakukan dengan tenang, nescaya kamu akan merasai kemanisan ibadahmu.

Wahai anakku,
Saat paling hampir manusia dengan Tuhannya ialah waktu sujud. Maka ambil kesempatan untuk memohon apa yang kamu inginkan. Lamakan sedikit saat sujudmu, engkau akan merasai kemanisannya.

Wahai anankku,
Disaat engkau sujud iblis menangis dan akan lari darimu. iblis engan sujud menyebabkan ia jadi kafir dan durhaka kepada Tuhannya. Kerana itu wahai anakku. Sempurnakan sujudmu dan sedari bahawa kamu sedang sujud kepada Allah yang Maha Agong. Pohonlah keampunan dan kasihsayang Allah di saat itu, nescaya Allah akan memeliharamu diwaktu tiada manusia mampu memeliharamu. Kamu tidak akan berdukacita, di saata mana manusia yang durhaka berdukacita.

Semoga Allah menerima amalan kita, kerana ia tanda ketaatan kita kepadaNya. Ya Allah, terimalah amalan yang sedikit ini, dan terimalah amalan yang tidak sempurna ini, dan 
ampuni kami atas kecuaian kami selama ini. Aminnn  Senyum selalu "........



..

♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner