04 Mac 2014

Perkongsian ayah Ahmad ammar

Ayah kepada Ahmad Ammar berkongsi 7 formula yg diterapkan kepada anak2nya seperti Ahmad Ammar..

Pertama;
Menerapkan warisan ummatik,mengembalikan martabat islam yang bersifat global serta pelbagai impian bukan hanya pada satu-satu perkara sahaja.

Kedua;
Memberi nama yang baik supaya mereka mengikut contoh kepada individu tersebut, contohnya nama Muhammad.

Ketiga;
Memiliki ketinggian adap kepada Allah, Rasul, Ulama, Guru dan sebagainya.

Keempat;
Mengaji Al-Quran, belajar dan hayati.

Kelima;
Solat lima waktu, solat tahajjud. (dalam hal ini Ammar mewajibkan dirinya solat tahajjud sekali dlm seminggu)

Keenam;
Pelajari ilmu yang penting seperti sejarah dan perlu kuasai tulisan jawi Uthmaiyyah.

Ketujuh;
Kuasai bahasa asing seperti Turki, Arab.

"Alhamdulillah Ammar menunjukkan dalam masa lima tahun beliau boleh melakukannya. Malah saya terkejut beliau boleh menguasai tafsiq Al-Quran Risalah An-Nur,yang mana Quran Risalah An-Nur antara sukar di kuasai. Beliau boleh menguasainya dalam masa lapan bulan." -Ahmad Azam-

Dan dgn izin Allah terhasilnya Ahmad Ammar yg memiliki sifat mujahid sejati.


♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner