10 November 2013

kerisauan seorang ayah


cerita semalam KERISAUAN SEORANG WALID

semalam umi memberitahu yang aku tak dapat kamsis .. jelas terpancar kerisauan di muka beliau.. mungkin ade teman yang hairan kenapa walid risau sebab tak dapat kamsis boleh duduk rumah sewa kan?? bagi ana duduk rumah sewa akan berlaku banyak pembaziran.duit sewa, duit belanja, macam-macam lah yang perlu di fikirkan.. tambah adik-adik masih ramai yang bersekolah itu yang membuatkan beliau semakin risau..

umi : walid , jannah tak dapat asrama sem 5 ni ,kene duduk luar lah, transpot lagi macam mana nie ??
walid : ape tak dapat ?? jannah betul ke tak dapat ?? sebab ape tak dapat nie ?? langgar peraturan banyak sangat lah nie sebab tu x dapat asrama .. habis macam mana nie ??
aku : hehe walid nie ape pulak langgar peraturan,xde lah budak baik niee.. mungkin surat yang jannah pos tu xsampai lah tu tak pon ade yang xlengkap,( dlam hati xsampai ape nye pos sekali dgn nor dgn pisah.hehe .walid x nmpk riak muka ak yang tahan nk gelak sbb berpurdah ).
walid : bukan isi online je ke ?? kenapa pos pulak..
aku: aah dah isi on9 kena pos bg kat pihak asrama..
walid : oouh mcm tu ke , kena buat RAYUAN Nie mohon asrama * muka masih risaukan fikirkan maslah ak bila masuk sem 5 nie.
aku: dalam hati* mesti walid risau kos sara hidup duduk luar .kalau duk ostel RM60 satu sem.. duduk luar mahu beratus-ratus  1 sem..

perbualan ini tak habis sampai sini , malam tu umi dan walid bincang lagi mcm mana dgn ana yg xdapat asrama .. walid masih lagi suruh buat rayuan . sebab tu je jalan dia..

pagi tadi ana tnye umi dah bagi tahu ke walid pasal ?? umi cakap dah bagi tahu dah .. haa risau betul walid jannah x dpt asrama hehe . .
dan ana pun pergi dekat walid tnye walid , walid umi dah bagi tahu walid ke ?? dah semalam umi bagi tahu ooo kelentong walid ea.. sambil gelak gelak haha.. 

jelas terpancar kerisauan di wajah beliau.. ana anak sulung, dan masih ade lag 5 orang yang bersekolah , jadi mungkin beliau fikir perlu berkerja keras lagi untuk tanggung ana yang mgkin kena duduk luar. walaupun beliau x keluarkan suara tentang masalah itu ,tapi ana sebagai seorang anak memahami ape yang beliau fikirkan saat ana bg tahu yang ana tak dapat asrama..  kita sebagai ank selagi kita boleh ringan kan beban mereka elak lah. jangan kita tambah beban kepada mereka.

begitu juga dalam KEJAYAAN kita,semua ibu ayah ingin melihat anak mereka menjadi insan berjaya di dunia dan akhirat.jadi anak soleh/solehah.. hargai lah mereka, balas lah jasa mereka dengan kejayaan kita satu hari nanti..

jom kita amin kan doa ini sahabat-sahabat .

YA ALLAH MURAHKAN LAH REZEKI KEDUA IBU BAPA KAMI,
BERKATILAH REZKI YANG TELAH ENGAKU BERIKAN KEPADA MEREKA.
AMPUNILAH SEGALA DOASA KU DAN KEDUA IBU BAPAKU.KASIHANI LAH MEREKA SEPERTI MANA MEREKA MENGASIHANI KU SEWAKTU KU KECIL,
YA ALLAH , DAN JAUHKAN LAH MEREKA DARI AZAB API NERAKA MU..
Amin.Amin Ya Rabal a'lamin



♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

27 September 2013

ingin berniqab,biar kerana ALLAH SWT

 

 
 niat diri nie ingin berniqab setelah melihat adik kedua aku berniqab. 
masa pergi pondok dia melawat dia aku tengok semuanya berniqab hati jadi sejuk memandang mereka.
walaupun pernah someone menyuruh aku berniqab tapi diri ini masih belum bersedia.
aku tak mahu niat aku berniqab kerana dia suruh. biar niat aku ingin berniqab ini kerana ALLAH. 
bukan kerana manusia..
bila aku buat kerana manusia aku takut aku pakai hanya seketika sahaja dan selepas itu aku bukak 
tak pakai terus niqab tue.. 
kesimpulannye aku tak beristiqomah dengan ape yang aku buat. dan sebab itu aku tanggukan dulu niat aku ingin berniqab. 




setelah aku tanya pendapat kawan yang senior bab ini  dia menasihati aku .
 
"jannah mungkin kalau hang berniqab hang dapat perbaiki diri hang lebih baik dari sekarang
sebab bila hang berpakaian macam tue hang tak akan buat pekara yang tak elok..
cara pakaian kita juga akan memotivasikan diri kita untuk menjadi lebih baik jannah.."
 
 
atas nasihat dan dorongan sahabat mereka menyuruh aku buat istikharah..
kerana ALLAH sahaja yang mengetahui sama ada baik atau tidak jika aku berniqab ini..


seminggu aku buat istikharah ini.. hari ke7 aku dapat mimpi .
mimpi nie membuat aku tertanya-tanya.
kenapa  aku nampak orang yang membuka niqab?? 
dalam mimpi tu aku tak pakai niqab pun.. 
 
so bilaa dapat mimpi macam nie aku tanya kwn aku un dia tak tahu.. 
aku sembang dengan adik aku dia terkejut..
dia suruh aku menyambung membuat istikharah.. dan mencari info-info tentang berniqab..
sebelum dia sambung belajar di kelantan rajin jugak aku membaca .
 
mungkin kak jannah tak sedia lagi kut sebab tu ALLAH tunjukan mimpi macam tu.
ye memang aku tak bersedia lagi sebab  aku takut.
takut sebab ape ?? sebab pandangan orang tentang insan berniqab 
melihat insan berniqab orang ramai selalu memandang niqabis nie sempurna dan tak melakukan kesalahan.



dan sekarang walau aku tak berniqab aku cuba beristiqomah dengan pakaian 
aku sekarang tudung labuh menutupi dada,berstokin,bermaksum..
mula-mula aku agak liat tapi aku pikir pekara sikit punya ringan ni kalau aku tak beristiqomah 
macam mana kalau aku nak berniqab?? 
takpe kita mula dari bawah walaupun aku ni pelajar sekolah agama tapi tak istiqomah berstokin dulu .
tapi alhamdulilah atas nasihat adik sahabat sekarang aku mampu lakukan secara istiqomah..
 

sebelum berniqab perlulah aku perbaiki diri ini supaya aku tidak mengikut jejak
langkah niqabis yang tersalah langkah di luar sana.. 
BERUBAH KERANA ALLAH BUKAN KERANA MANUSIA . .

insyallah satu hari nanti :')


terjumpa satu puisi nie aku tertarik dan sering aku ulang-ulang membaca agar 
NIAT KU BERUBAH KERANA MU YA ALLAH
puisi nie motivasi aku untuk terus perbaiki diri aku dari hari demi hari 
doa kan aku ye :')


Wahai diri :

Jika kamu mahu berniqab.....

Berniqab bukanlah kerana trend terkini..

Berniqab bukan untuk menunjuk diri alim..

Berniqab bukan untuk merendah-rendahkan yg lain..

Berniqab bukan utk perlekehkan sesama Muslimin Muslimat..

Jadi sebelum kamu mulakan niqab di wajahmu,

Niqabkan hatimu dulu,

Niqabkan jiwamu dulu,

Niqabkan lidahmu dulu,

Niqabkan langkahmu dulu...

Kerana yg terselindung belum tentu terus berlindung.

Yang terbuka belum tentu terus terbuka ..

Berilmu lah sebelum kau beramal wahai ukhti fillah...

Kan silih berganti dugaan dan ujian dari Rabb mu...

Menguji sekuat mana cinta niqab didalam dirimu....

Usahlah melatah jika difitnah, kerana diri mu terlindung dari segala fitnah...

Maka fitnah itu pasti berlegar diluar lingkungan niqab mu....

Pabila ada kesempatan, yang lemah pasti fitnah itu menerjah kedalam diri mu..

Usahlah kamu mendongak wajah ke langit....

Perhatikanlah diri mu agar menjadi Niqabi terpuji ...

Kerana itu ku katakan, niqabkan dirimu, sebelum kamu niqabkan wajahmu..

Istiqamah bukan hanya sekadar kata-kata..

Istiqamah ini bukan hanya ayat cantik untuk diwarta di facebook,twitter,myspace,ym dan skype..

Tetapi ia perlulah datang dari jiwa yang tulus demi Allah swt..

Maka kau niqabkan setiap kata-katamu..

Jangan perlekehkan nilai niqab,

kerana dibalik tirai suara-suara itu..

berhimpun manusia menunggu jelek kan kamu...

Yang berniqab bercinta, tapi tiada tuju hala - ku berani katakan BERSEPAH DI ALAM MAYA!

Yang berniqab mulutnya ibarat tempayan - ku berani katakan KATA JIHAD TAPI MENGUMPAT!

Yang berniqab akalnya disimpan - kuberani nyatakan STATUS HARIAN JADI SARANG KEBENCIAN!

Yang membuka aurat, sudah ternyata tidak mahu mendengar-Nya....

Jangan lah yang memberati aurat ini mencemar niqab mu sendiri....

Jari jemari di papan kekunci katakan CINTAKAN ALLAH,CINTAKAN RASUL....

Yakinkah kamu? Jangan berkata tetapi hakikatkanlah tubuh mu...

Terlalu sarat dengan kata nista....

Kamu berdusta!!!

Jadi gadis berniqab, jagalah namamu,jagalah namaku,jagalah namanya dan jagalah nama mereka dan nama ummul mu'minen mu....

Niqab bukan fesyen terbaru!

Niqab bukan sekadar pelindung tabarruj!

Niqab bukan barang pemangkin ikhtilat!

Niqab bukan untuk dipersendakan...

Berilmulah sebelum beramal....

Kerana yang akan menderita adalah diri mu....
 
dari : http://dabellastory.blogspot.com/ 
 
 
 

♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

25 September 2013

wajah baru blogku

lama rasanya tak dating dengan blog nie hehe maklum lah sedang diselengarakan oleh sis jia .
akhirnya tercapai juga cita - cita aku nak blog tema hijauu !!
terima kasih akak :) 
bila dah cantik baru semangat nak update entry hari -hari :)
ini lah hasilnya bila dah siaap

maaf andai dalam tempoh pengeditan blog nie saye banyak kerenah :)

 
sape berminat boleh lah tempah kat jia..
murah je full edit RM40 :)
free banner dan tapal iklan 
 
sini :
http://www.jiakreatifelt.com/2013/09/full-edit-blog-cahaya-jannah.html

ramai yang tanye aku ape maksud nama blog hang ni jannah sedap lah ~
okei nama nie bukan saje-saje aku letak tapi ade mksud dia lama jugak lah mencari nama ..
ANNUR SYAUQINA = CAHAYA KERINDUAN

♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

18 September 2013

Carilah Seorang Pemimpin



“Abang..hari tu ingat period dah habis.Ayang dah mandi, dah solat. Tapi harini keluar balik..kira period balik ke bang? ”

” Maybe kot. Try search kat google..”

"Dah tapi macam tak paham sangatlah bang. Erm, akak erma ada cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”

“Buat apa..cari ja kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”

Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

Asal kepada seorang wanita adalah pengikut.

Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua (Pemimpin keluarga).

Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai ketua rumah.

Apa maksud PERKAHWINAN?

perkahwinan bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua. Ia perjanjian sampai mati. Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.

Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sung guh untuk menjadi seorang ketua.

Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alammaya ) tetapi bab bersuci pun entah kemana.

Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki. Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.

” Awak kan perempuan? Hidup dah
bertahun-tahun takkan awak tak
pandai-pandai lagi bab tu?! ”

Sebenarnya suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata
seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.

Bukankah mengajar isteri fardhu ain
itu suatu perkara wajib bagi suami?

Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?

Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?

Seorang Suami Bertanggungjawab

Tak kacak tak apa, sebab lelaki
memimpin bukan dengan kekacakan.


Tak kaya tak apa, sebab kekayaan
bukan asbab hebatnya kepimpinan.

Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.

Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh, dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh. Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang pemimpin untuk isteri tidak mudah.

Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang pemimpin yang baik?

Bila tanya ustaz, dia kata.. carilah yg suka ke majlis ilmu

Bila tanya ustazah, dia jawab.. Carilah yg setia menjadi makmum imam di masjid.

Bila tanya ibubapa, mereka jawab.. Carilah pemimpinmu yang dekat kepada Allah SWT....

.

Fitrah hawa adalah dibimbing, dan fitrah adam adalah membimbing.


.

Andai jodoh itu hanya kepada insan sempurna, pasti semua insan sempurna sudah peroleh jodohnya.

Andai jodoh itu hanya kepada si rupawan, pasti semua lelaki yang hensem dan hawa yang cantik sudah peroleh jodohnya.

Andai jodoh itu hanya kepada si hartawan, pasti semua orang yang kaya sudah peroleh jodohnya.

Andai jodoh itu hanya kepada orang muda, pasti semua orang muda sudah peroleh jodohnya.

Namun, hakikatnya jodoh adalah rahsia Allah yang dimiliki oleh sesiapa yang dikehendaki-Nya.

♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

16 September 2013

perbaikilah dirimu

 
 
 
Jika ALLAH 
tak memberimu seorang yang kamu impikan...
Semoga DIA menghadirkan seseorang yang memimpikanmu...
Jika ALLAH 
tak memberimu seseorang yang kamu rindukan...
Semoga DIA menghadirkan seseorang yang merindukanmu...
Bila ALLAH tak memberimu seseorang yang kamu dambakan...
Semoga DIA memberimu seseorang yang slalu mendambakanmu..
Bila ALLAH tak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai...
Semoga DIA menghadirkan seseorang yang mencintai apa adanya dirimu...
Sujudkan HATI dan Jiwamu...
Semoga ALLAH memberi kita yang terbaik...
Dengan segala keindahan hati dan ketaqwaannya...
Inginkan jodoh yang baik diri kita dulu yang kena baik .perbaikilah diri utk menjadi seorang yang solehah/soleh sebelum kamu mencari yang soleh/solehah :)

KARANA PADA UMUMNYA JODOHMU TAK
AKAN JAUH SIFATNYA DENGANMU...
:BAGAIMANA DIRI MU BEGITULAH JODOHMU :

♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

13 September 2013

MANIS NYA PERTEMUAN BILA ADE PERPISAHAN

semalam merupakan hari jumaat bersamaan dengan 13/08/2013
di pejabat ade buat jamuan perpisahan utk athin yang last praktikal nye disini.
nampak nye aku keseorangan lah pelajar praktikal nty di sini.. NANA.ANIS.ATHIN semua dah tamatkan praktikal mereka ..
"aku yang mula-mula lapor diri akulah juga yang terakhir disini"
sebelum jamuan tue ada sesi akad nikah. nampak nya sebelum athin tamat praktikal dia disini dia dapat tengok 3 pasang akad nikah 
dari swiszlend,indonesia, dan malaysiaa..
ari nie 3 negara mali utk akad nikah hehe^^
hensem pulak yg org puteh tuee hahaa...opssss menyempat lagi ea kau jannah hahaha

beratur elok je pasangan nie.. menanti giliran utk akad nikah hehe

 
orang dari swisss hanya sekali lafaz je dah selesaii.. orang dari indon 2 kali.. yang dari malaysia 3 kali lafazz..katanya ketaq sebab takut siap berpeluh-peluh tangan hehe..
ustz pulak dan buat lawak lagi hehe kelaka pulak time tu 
 

بَارَكَ اللهُ لَكَ ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
"Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan.”
 dah habis sesi akad nikah baru lah buat sikit ucapan utk athin yg hari terakhirnya disini ..
cuma orang pejabat je yang join hari nie.. 
tengok tu ustz halim dok amik gambaq..
ustaz rahim pulak dok pegang kepalaa tak taw pasai ape haha !!
 
dulu depan meja nie nana dgn anis yang duduk skrg kosong .kosong.
ni atin pulak bagi ucapan dia ..

 lepas ustaz azhar bagi ucapa sikit atin pulak kena berucap.buat simple simple je sebab kami kami je yang ade tu yang tak kisah tu.. antara ucapa atin yang aku ingat

"berada disini mengajar dia erti kehidupan dan tahun depan kad jemputan sampai kat pejabat nie jangan lupa mai ye"

 haha mana tak nye nanti ustaz dari sini jugak yg kena akad nikah dia hehe !! terasa sedih sebab lepas ni aku keseorangan . nanti sunyi teringat kat diorg bertiga nie masuk toilet teriak sorang sorang haha teruk nye aku nie haha!! sehari sebelum tue si yasir kwn si atin naik saje nak tanye sal repot kat si atin nie.. boleh pulak dia tanyaa aku banyak kali
dia: "jannah bila habis ?? lambat lagi kan??"
aku: awal bulan 11 habis laa 1hb /11 nie 

ade lah benda lain dye tnye tapi yang aku ingat soalan nie yang dia tanya dekat 3,4 kali jugak laa.
atin siap tnye dia yasir berapa kali hg nk tnye soalan sama tu??
 dia gelakk.. dalam hati aku isshh budak nie aku taw laa mu nak habis dah esokk .bole tnye ak aku banyak kali pulak soalan sensetip aku tue.. aku tengah sedih atin nak habis dye syok tanya soalan tu bebanyak banyak kali.aku tahu aku lambat lagi nak habis huahua ^^
 aisseymenn betoii lah mamat nie :'(




 bukak buku yang dia dah tulis pantun tuee

 haa belakang atin tu kak aisyah ^^ dia laa paling sibuk sebab kena isi borang nikah masuk dalam sistem eNIKAH. tak sempat buat kat pejabat ,kat rumah pun sambung buat kerjaa..
 atin nie x ngis pulak macam si nana dengan anis mybe dia tahan kut .. 
ye ke atin ?? hehee ke dah ngis kat umah siap siap hehe ??^^



panjang betul pantun atin nie hehe.. berape muka surat pun tak taw lah :P
okeii sekarang tiba masanya utk ustaz rahim kita membalas pantun atin
hehe pegang kepala ustaz rahim nak balas pantun atin sebab panjang hehe
sempooii kan kami..
 
 dah habis pantu ustaz rahim kami buat sikit tahlil.. kemudian pejabat bagi hadiahh sebagai penghargaan yang dalam kotak luve tu athin bg kat pejabat 
fuuyooo !! siap dapat hemper lagi tuu besaqq ooooiiii
yang tu katanya ustaz syafiq yang bagi ^^
 
 
 
dah habis semua baru lah menjamu seleraa..
jom tengok ade ape ??
 
ni lah menu hari nie .yumi yumi yumi !!
masing-masing bawak sorang sikitt durian pun ade.coktel ade, mee goreng ade haa supp ustaz halim pun ade.. rojak pun ade hehe banyak beno kann..

nie ulak sataf pejabat dok syok makan atin amik gambar curi haha.. 
macam-macam aksi ade
 
aksi bukak durian,aksi makan tak pandang kiri kanan dah hehe 
 
okei sekarang ucapan aku untuk atin pulak hehe 
 
atin selamat kembali ke UNIZA belajar rajin-rajin taw 
tahun depan 08/08/13 jangan lupe jemput kenduri athin hehe
lepas nie tak de lah tempat jannah nak becerita,nak mengadu ape-ape2 dah sebab semua dah habiss praktikal.. hehe
tengok depan ingat nana dan anis tengok kanan ingat kat atin.
tengok kereta myvi kuning atau plat kereta AJK ingat kat si ANIS 
dengar lagu ''HANYA AKU'' teringat pulak kat si atin sebb rington msg dia lagu nie hehe ^^V
bilaa dengar suara budak-budak ketawa ingat kat NANA sebab dy suka tengok vdio bdk ketawa haha.
terima kasih atas segala pertolongan atin kat jannah selama nie anta jannah balik umah lah walaupun terpaksa patah balik jauh utk balik umah atin.. jasa mu ku kenang !!
walaupun tempoh perkenalan kita singkat ia amat bermakna.. walau pun usia atin lebih tua dari jannah atin tak kisah pasal pangilan sumua tu sebab kadang2 jannah terkasar sikit pangilan hehe ^^
harap persahabatan kita bukan sampai disini saja..rindu rindu wasap adee..wechat ade.. kita sembang sembang lah kat sana ea nanti cuti-cuti sem ke kalau ade masa insyallah kita berjumpaa..
halal kan makan minum,ilmu yang pernah atin bagi ke semua semua lah ea.
 okeii sampai sini saje entry kali nie kalau ade terkasar bahasa harap di maaf kan lah ea ..
 
 SETIAP PERTEMUAN PASTI ADE PERPISAHAH
salam sayang bersalut rindu untuk korang semua


♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

BAGAIMANA KITA MEMANDANG DOSA

 
Dosa. Sesuatu yang pastinya buruk dan yang tidak disukai serta dibenci Allah apabila kita lakukannya. Dosa. Sesuatu yang dicintai syaitan dan Iblis dan mahu nafsu kita turut sama mencintainya. Dosa. Bila kita dah biasa lakukannya, maka, kita akan hilang ‘rasa’ berdosa dalam diri. Dosa. Akan menompokkan kehitaman dan kegelapan dalam hati kita. Akibatnya, kebenaran tak dapat kita lihat. Yang ada, hanyalah kebatilan.

Bagaimana kita memandang dosa?

Adakah sebagai sesuatu yang berat ibarat gunung yang akan menghempap kita?

Atau kita menganggap ianya kecil dan kita hanya menepisnya umpama lalat yang hinggap pada hidung?

“Orang yang beriman melihat dosanya umpama gunung yang menghempap, manakala ahli maksiat pula melihat dosa itu umpama lalat yang hinggap pada hidung.” (Riwayat Al-Bukhari)

Itu beza antara orang beriman dengan orang yang tidak beriman. Jadi, kita ni, kategori mana? Ya, kita semua memang pendosa sebab tak ada manusia yang tak punya dosa. Namun, orang yang beriman, dia akan cepat ‘peka’ bila dia melakukan dosa. Dia akan segera bertaubat. Dia tidak melengah-lengahkan langkah taubatnya kerana bimbang, rasa itu akan hilang. Dan dia usaha sehabis daya untuk tidak mengulang perlakuannya yang dianggap salah itu.



Tetapi, orang yang tidak beriman, dia kurang ‘peka’ terhadap dosa lantaran dirinya sudah terbiasa hidup dalam noda. Bila dosa jadi biasa, kita takkan rasa apa-apa. Kita akan terus selesa. Kadang-kadang, muncul rasa mahu bertaubat. Namun, dilengah-lengahkannya hingga hilang terus rasa itu sedang diri masih rancak bermaksiat pada-Nya. Ahli maksiat seronok dengan dunia, manakala orang beriman seronok mengejar akhirat.

Sesungguhnya, Allah Maha Penyayang. Dia Maha Penerima Taubat. Tetapi, kita yang selalu mengkhianati-Nya. Kita seakan-akan mempermainkan-Nya. Kita selalu ulang dan ulang perbuatan dosa kita, meski kita sudah bertaubat berkali-kali. Jika kita masih begitu, itu petanda bahawa iman kita masih lagi lemah. Rapuh.

Adakah taubat kita sudah bersungguh hati? 
Adakah taubat kita disusuli dengan tindakan meninggalkan dosa? Atau kita sudah bertaubat tapi hati masih sayang dan cinta akan perbuatan dosa kerana dirasakan nikmat? Minum arak itu nikmat, mendedahkan aurat itu membuat kita rasa bebas, ber’couple’ ke hulur ke hilir tanpa ikatan itu seronok, bermain judi itu menghilangkan stress dan pelbagai alasan lagi yang kita beri dek kerana cinta dan sayang pada dosa. Apakah kita pasti, itu yang akan Allah terima? Ingatlah, maksiat dan ketaatan pada Allah takkan boleh bersatu.




Sama-sama kita muhasabah diri kita. Dosa adalah ujian. Mahu pulang ke pangkuan-Nya atau terus leka dan dilalaikan. Allah selalu memberi kita harapan. Tinggal kita saja, mahu rebut peluang atau mensia-siakannya begitu saja. Keampunan-Nya sentiasa melebihi kemurkaan-Nya. :’)

“Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).” (Surah Az-Zumar : 53-54)
“Sesiapa yang bertaubat sebelum terbitnya matahari dari arah barat, pasti taubatnya diterima oleh Allah.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)

ALLAH sentiasa menanti taubat hambanya percayalah..walaupun kita sering melakukan dosa yang sama berulang kali tetapi ALLAH sentiasa mengampunkan hambanya..
sebab ape ALLAH sentiasa menanti taubat dari hambanya??
 sebab ALLAH tue sayangg sangat kepada kita sebab tu dia sentiasa menanti taubat dari kita walau pun kita sering melakukan salah yang sama berulang kali..
mohon lah keampunan dari ALLAH sebelum kita terlambat..



jom kita dengar lagu nie :)

 

♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

12 September 2013

nasihat dari seorang sahabat :')

Teman, bangunkanlah aku saat aku jatuh. Kuatkanlah aku saat aku lemah. Didiklah aku saat aku jahil. Ingatkanlah aku saat aku lupa. Tegurlah aku saat aku melakukan sesuatu yang lagha.
 
Setiap manusia yg sudah mengucap syahadah, dia adalah daie di muka bumi nie
Setiap manusia mmg lahir tak sempurna.
Cuma yg akan lepas, kte jadikan pedoman, dan yg akan dtg,
 kite jadikan dy sempadan dan benteng supaya tak kite xkan jatuh lagi ke jurang yg sama

Sapa-sapa layak beri nasihat hatta seorang daie hebat pun bukanlah sempurna.
 Ulama yusuf qardawi pun penah melakukan ksalahan dlm mengeluarkan fatwa. Ini kte yg ilmu nye boleh di kira brpa cbgnye kan. Tapi, ape yg ulama yusuf qardawi buat? 
Dy mengaku dy bersalah dan dy tetap terima hujah org ke ats dy.
 Itu org ckp. Daie nie x smpurna. Tpi, setiap manusia berhak utk berdakwah.

Cuma, one thing yg kena lekat dlm kepala. Kite jangan ingat setiap ape yg kte dakwah, semua org mampu utk terima. Yg penting, kita dan lepaskan kerja dakwah kita
Yang bagi kita was2 tu syaitan, hg buang nafsu tu jauh jejauh.
Dalam hidup ni kalau kita nak impress manusia, yes kita takkan mampu. Sebab keinginan manusia nie berbeza. Tapi, ape yg kita mampu Ialah terus berdakwah dan berdakwah.
Satu hakikat yg kite kena terima, bila kita berdakwah pada family sendiri, perkara penting yg mereka akn pandang sejauh mana AKHLAK kita. Dan, bila berdakwah pada kwn sendiri, mereka akn pndg sejauh mana AMAL kita. Itu hakikat.

So, bila kita tahu itu hakikat. Kita patut perbaiki diri kita terlebih dahulu kan walaupun bukanlah 100 peratus.
Mcm kata hasan al-banna: 
perbaikilah dirimu disamping mengajak org lain kepada kebaikan
Ak support hg dari blkg, teruskan berdakwah.
Bila kita berdakwah ke arah kebaikan, d
lm masa yg sama cuba kte improve diri kita ke arah kebaikan juga. Bukan pada lubang yg sma
Klu nk kata x layak kan jannah. Ak pun bukanlah layak jugak kan nak bagi nasihat kt hg. Tpi, kte tepis jauh2 perasaan tu.
Nk kata dosa yg dulu tu lagi banyak dan rasa nak nangis bila terkenangkan balik betapa jahilnye kte dahulu
Perempuan nie mudah nak masuk syurga. Tapi sayang, syurga tu bukan benda free kan.
Semuanya perlu mujahadah.
Mujahadah sampai bila?
 Nak bersabar sampai bila? Sabar sampai kita terpilih untuk jumpa Dia." 
pegang erat2 kata nie.
Kita manusia yang sering alpa.
 Tatkala kita rebah kita memohon kekuatan agar sentiasa menjadi muslimah yang bermujahadah..
Kita baru kena jentik sikit, kita da mengalah kan. 
Nak jadi daie kena kuat, kena thabat, daie x boleh lemah Kalau nak kisah pasal mulut manusia, mulut manusia bukan kita mampu tutup semua.
 Untuk jaga hati manusia juga, kalau sorang dua tak apa, ini beribu malah beratus ribu manusia perlu dijaga hatinya.Untuk memudahkan kerja, jaga lidah kita. 
Sebab untuk jaga hati beratus malah beribu manusia, kita tak mampu. 
Tapi untuk jaga lidah sendiri untuk avoid orang terluka, insyaallah kita mampu.
Lepas nie, tajdid niat. Perbaharui niat. Dakwah kita sebab manusia atau sebab cinta pada agama?Dakwah kita sebab nak raih nama atau sebab kasih kita pada Dia?
So, go go go. Jgn hirau apa org nak kata.
Satu je.
Klu kte buat kerna allah, biarlah teguhnye juga kerna allah. Nak dkwah pada diri sndiri, lain x bukan kena paksa diri utk mujahadah.
Hidayah allah tu dlm pelbagai cara,
 kadang-kadang melalui akhlak org pun, mad'u(penerima dakwah) boleh jatuh cinta, dakwah itu kan cinta.
Bila da cinta, kte akan selalu cuba utk raih dan dptkn sesuatu tu kan, mcm tu lah dakwah

:hasil nukilah aniz nur iman:


alhamdulilah terima kasih sahabat ats kata-kata dan nasihat berguna ini.. terasa diri ini lemah sangat masa perasaan tu  hadir. terkenang DOSA lama. moga diri ini dapat di perbaiki dan terus dakwah kepada sahabat lain walaupun akan hadir pelbagai dugaan bila berdakwah ini..
aku sedar RASA yang hadir itu mungkin cara ALLAH nak tegur aku tentang kesilapan aku yang lalu.
terima kasih YA ALLAH ..
itu tandanya KAU masih sayangkan aku .peringatan dari ALLAH supaya aku tak terlalu jauh leka dengan tipu helah duniawi.. 
sahabat..
aku sentiasa perlukan kalian utk terus nasihat aku.
tegur lah aku jika aku salah,

nasihat lah aku jika aku terleka dgn hal  duniawi..
marahlah aku jika aku berbuat dosa.ingatkan aku jika aku terlupa..
aku sentiasa menanti teguran dari sahabat ..



♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

10 September 2013

fahami sikap dia yang kita sayang

 
 
Cerita penceraian aku dgn isteri ni berlaku pd taun lepas . Kitorg da 9 taun kawen , & da ade 2 org anak . Mase tu aku ade dkat office , dapat 1st sms dri isteri . 
' Assalam abg , Ina nak mintak cerai dri abg . Harap abg dapat tunaikan . ' 
Tersentak aku . Knape pulak tibe2 . Aku xblas ap2 sms dri isteri . Jam pulak dah pkul 5 waktu aku bersiap utk ambil isteri balik kje . Sampai ke office die pn dalam roughly pkul 5.30 ptg . Die masuk dalam kereta dan diam . Aku pn mula la bukak suara , ' kita ke tasik titiwangsa nak ? ' . Die jwb ringkas , 'ok ' . Xjauh pn dalam 10 minit dah smpai sebab tempat keje die kat area jalan Ampang . Jalan pn xjem sgat time tu . Kitorg duduk dkat satu pondok . Aku mule bertanye .

Aku : Why so sudden ? Skrg da rase abg xcukup kacak ke ? ( aku cube bergurau )
 

Ina : Sebenarnye ina da agak letih . Kesihatan abg xpernah baik . Setiap pkul 3 pgi , ina mesti bgun buatkan abg air jus epal utk ubat sakit batu krg abg , tapi xpernah baik . Mlm smlm ina bgun pkul 3 lagi , buatkan air . Smpai ke office plak , pendrive ina rosak , dlam tu ade dokumen yg bos nak , ina dah kne marah . Smpai waktu lunch , ina beli mknn , bihun tu basi plak . Mcm2 hal jdi hari ni . Nak balik tdi , kaki ina terpeleot smpai jatuh kat dpan client . Malu la abg . Ina xcukup tidur , ina nak mintak cerai .

Memang betul . Dah lame tp kesihatan aku xpernah baik . Aku ditakdirkan terkena batu karang . Da mcm kaedah berubat tapi xjugak baik . Da 3 taun . Ubat tradisional . Aku pn xpernah gune alternatif perubatan laser sbb mhal . Jus epal yg aku minum tu cume bole reduce sakit ap yg aku alami ni . Kalau x malam2 aku mesti berdarah jugk la . Financial pulak problem sbb anak aku kne hinggap lelah , so duit byak keluar utk die msuk wad . Aku bgi jawapan utk isteri .

Aku : Abg sbenarnye agak terkedu . Tapi ina da buat keputusan . Abg berkahwin dgn ina bersebab . Klau bukan utk bhagiakan ina , utk spe lagi . Tapi ina xbhagia , abg kne pulangkan balik hak ina . Ina berhak utk lebih bhagia drpd skrg . Abg mintak maaf atas ap yg ina dah lalu ni . Mgkin 3 taun mse abg tgah sakit ni byak buatkan hati ina menangis . Tapi takdir Allah ni abg xboleh tolak . Abg kne truskan jugk kehidupan . Abg tunaikan permintaan ina utk lepaskan ina . Abg redha sbb abg sygkan ina . Ini pn tggungjwb . Tapi mggu dpan abg lafazkan cerai bole ? Lagipn mggu dpan abg outstation , ank2 kite pulak cuti skolah . Takut diorg terkejut pulak bnd yg dtg tiba2 ni . Soal pembahagian anak tu abg xkan berebut . Kite ad 2 anak , abg akan ambil yg sulung , ina ambil yg bongsu . Utk sminggu ni , abg tidur dkat ruang tamu atas sofa . Mgkin anak2 xkan syak sbb abg akan buka tv smpai pgi mse abg tido . Terima kasih atas jagaan ina slame 9 taun ni . Da mcm2 yg kite tempuh . Ina jgn menangis lagi . Air mate ina tu sgat berharga . Bila kita dah xbersama nnt , ina jgn lupe utk tutup suis sterika pgi2 . Lepas ina gosok tudung , ina mesti lupe . Abg xmrah . Kereta kita ni manual , ina dah lame xbwak manual kan ? Esok abg akan hantar utk tuka gearbox auto . Ina boleh pkai kereta , abg pkai moto je pegi kje . Safety first ina , pkai seat belt mse memandu . Ina slalu lupe , tapi abg pkaikan .
Ina : Minggu dpan ? Boleh la , lagipn mse tu cuti skolah , ina akan bwak budak2 balik kg . Ok .

Dalam mse smggu tu , aku tidur dkat luar . Bernyamuk jugk & pnas sbb air cond dkat dlam bilik . Aku jenis tido mati , berpeluh pn lena je tido . Tapi ina tu xpenah lupe utk bgun pagi buatkan aku jus epal utk aku minum , seperti kebiasaan . Da bermcm dvd jugk aku tgk kat rumah tu , walhal xpenah2 tgk dvd slame ni . Cume tau beli je . Tu pn ina yg nak sbb lepak mapley je msti beli satu dvd . Aku dgn die ni xsme taste , mane la aku suke cerita jiwang2 ni . Huhu . Smpailah cukup smggu hari sabtu pagi .

Aku : ina , abg nak cakap sket ni . Dtg dkat abg kejap bole ?
Ina : ye abg , knape ?
Aku : abg da jnji dgn ina abg nak lepaskan ina , abg nak lafazkan cerai .
Ina : hah ? Xboleh abg . Jangan ! Ina sygkan abg . Ina da buat keputusan yg slah . Ina mintak maaf . Kite balik smula ye abg . Ina lupe dgn janji abg , tapi ina xbiase bile abg xde . Org yg boleh fham ina dgn baik cume abg . Ina xkan ulang bnd ni lagi dkat abg . ( Ina menangis . Nasib baik anak2 ad dkat luar rumah , kitorg dkat dapur )
Aku : abg dah lame ampunkan ina . Ina xslah dlam hal ni . Abg pn susah hati bile ina xde . Takdir Allah , tuhan da baikkan hati ina . Abg tipu sunat dkat ina . Sbnrnye abg xde outstation . Abg bgi alasan tu sbb abg nak ina bertenang utk ina fikir balik keputusan ap yg ina dah buat . Abg mintak maaf . Dah 9 taun , abg pn xbiase klau xtgk kecantikan ina waktu pgi tanpa mekap . Abg rase sejuk . Walaupn ina tidur dgn berbagai gaya . Sendawa ina lepas makan , betul2 buat abg tergelak . Lnsung xcover . Tapi tu la , klau ina xnak kat abg ni , abg makin tua makin tampan . Melepas la ina .
Ina : abg niiii . ( ina pn peluk aku ) . Ina shampoo rambut abg nnt nak ? Da slalu rase air tgan ina ni bru la abg xmenggatal .
Aku : Hamboii . Bodek num 1 . Haha .

Alhamdulillah aku dgn ina xjdi bercerai . Takdir Allah hubugn tu slamat dgn masa . Ad care sbnrnye mcm mane aku nak tackle problem ni . Alasan die sbb die letih bgun pgi buat jus epal utk aku . Die kene tau , level die sbgi isteri die terpaksa buat . Aku xpernah pakse , cume aku ni pn org yg susah utk bangun seawal 3 pgi . Huhu . Tapi terpaksa die ni adalah kerja utk Allah . Yelah sbb jge suami kan . Dari hati yg terpakse tu die akan ikhlas . Macam solat . Org yg nak berubah die kne bentuk diri die dgn solat . Die buat dlam keadaan memaksa . Tapi hati ni milik Allah . Lame2 die akan ikhlas & redha . Ikhtiar aku , cume aku berdoa mintak die dilembutkan hati . Standard org perempuan , emosi die ni turun naik . Bile emosi die naik , moral die akan down & marah . Time ni la die kurg sabar . Bile buat keputusan , mmg die akan ikut ape aje yg terlintas . Die akan capai yg mane ade dulu dalam fikiran die . Emosi die xstabil .

Ina ni agak pelupa . Sebenarnye ade helah knp aku bawak die ke tasik titiwangsa dulu mse die mintak cerai . Kat situ mulanya date kitorg dulu . Waktu tu , Ina tersalah dial telefon . Angka cuma lari 1 je dari num yg die nak dial tu . Die cari Ramli mase tu . Aku bile dgar suara perempuan je , ape lagi . Gune kan lah teknik penyamaran . Lagipn suara die ni sedap didengar sbb suara manje . Lagilah aku lentok . Cume die cakap laju je . Kete die tgah problem mase tu sbb xleh nak start ( kete kancil ni da jual , aku beli kete baru ). Aku bgi die troubleshoot . Tapi die xpndai sbb org perempuan kan . Bab2 ni die xlaju . Kesian pn ade sbb dgar suara die dah nak nanges . Lagilah aku xjdi nak menipu , aku ckap aku bukan Ramli . Aku cakap aku dtg nnt , kalau die sudi . Die dah start risau , tapi aku gtau waktu siang ni . Aku xmungkin nak culik die . Klau die ade rase ragu2 , die boleh jarakkan diri 50 meter dri aku & start menjerit klau nampak aku ni meragukan nnt . Niat cume nak tolong . Aku smpai & jumper battery die balik & kete boleh start . Tapi die xjarakkan dri aku pn , die tgk dgn penuh minat & penuh dgn pertanyaan . Aku pn tanye la , ' dalam kete awak ni ade payung berger x ? ' die tnye ' kenape ? ' . Aku jawab , ' kalau ade , sy nak bukak kaunter pertanyaan kat sini ' . Die kate aku perli pulak . Haha . Kete die mmg kemas & superb wangi . Die bukak pintu kete & ambil air twister mase tu bgi dekat aku . Aku balas , ' Aih xkan ni je . Nasik2 xde ke ? Kot ade jamuan ringan nnt , jgn lupe call pulak . Sy ni kuat makan ' . Tu la 1st aku tgk die senyum & gelak . Memang mengekek . ' Aih minah ni . Ade bela ke , ' tanye aku dalam hati . hahaha .

Memang betul . Tiap kali gaduh ni , 1st thing yg aku akan recall , mcm mane aku boleh kenal ina ni & knp mesti aku mule bercinta dgn die dulu . Mase tu da berlalu . Bab ni mmg pentg . Itulah resepi knp aku dgn die bole bertahan smpai 9 taun lamenye . Tapi mate die mmg sgat cantik . Mungkin tu sbb knape aku terpikat dgn die kot . Main2 mate dgn aku , mane aku boleh than . Cair terus . Haha

Sblum kawen dgn ina ni , aku da kaji habis-habisan ape watak die . Tapi mse bercinta tu xnampak . Agak tricky jugk , xkn la xde salah lansung . Makan pn elok je sopan . Macam aku makan dgn permaisuri agong plak . Haha . Tapi mse bercinta dulu ina da terkantoi . Aku tgk tudung die ad sikit terbakar . So aku tanye kenapa . Die kate die nak cepat tdi sbb aku da nak dtg . Dri situ sbenarnye aku tau die seorg yg agak kurg sabar . Die xprepare awal sblum aku nak dtg . Org mcm ni die cpat buat keputusan bila die mrah .

Orgnya sensitif . & die seorg yg simple . Simple tu sbb die suke knekan pkaian yg ringkas . Die xpndai pilih baju . Sluar jeans die pn akak die yg belikan .Die takut pd lipas , so aku agak die seorg yg pengemas . Bwah katil die mesti clear xde brg . Klau x die xsng tido .

Penyayang , tu pn sbb die bela kucing . Waktu kucing die mati dulu , aku ade & die riba mayat kucing tu . Kucing tu dah berdarah2 , tapi die msih boleh riba .

Concern , tu pn sbb die tgk budak2 laki xsolat , lepak2 dkat mapley . Die tanye aku dah solat blom , die risau klau aku xsolat , mcm mane aku nak jge die esok2 .

Family first , mse aku kenal die , die cpat2 bgtau family die yg die tgah berkenalan dgn aku .

Caring , stiap pgi die xkan lupe utk bgi salam dkat aku & die xnak aku kerja lebih mse sbb takut kesihatan aku terabai .

Talkative , klau berckp telefon dgn die , 10 minit pn xcukup utk 1 sesi .

Tabah , die pernah sakit tapi die slalu sedapkan ati kuatkan diri utk family die , xnak family die risau keadaan die .

Terurus , die suke pd bnd yg wangi , die secara natural xade bau yg mengharukan .

Friendly , die seorg yg suke b'kwn tapi kdg2 org suke amek kesempatan pd kebaikan die ni .

Rajin memasak , die suke klau bab2 nak suro aku try makan ni . Tapi die ttap xpndai buat nsik grg . Mee grg ok . Lagipn , die ni jenis yg xmakan nasik .

Cantik , ini yg kdg2 buat aku risau ( jeles memanjang ) . Die ade kacukan korea & die gebu orgnye . Tapi da slmat jdi isteri aku pn . So aku xrisau . She's really a perfect girl to be married .

Ingat bro . Perempuan ni die perlukan perhatian . Kesilapan paling utama , bile ko buat die menangis . Time ni la , cerita yg xde bakal diada2 kan . Sbb die confuse . Org laki ni plak suke buat org perempuan confuse . Bile marah @ kecik ati je diam . Klau yg pnas baran tu , mgkin naik tgan la . Maki2 ke . Ini lansung xgentleman . Alam perkahwinan ni lain . Susah mmg ade , tapi seronok pn ad . Aku kawen dgn ina waktu die msih mude , die bru abes blaja . Pembawakan die agak kebudak-budakan tapi perlahan2 die matang bile da jdi isteri . Byak part yg die akan blaja , secara automatiknye die akan pndai .
 Contoh , die xpndai gsk baju kemeja dlu sbb die xpernah buat . Aku ajr die gosok , smpai skrg die pndai , baju kemeja aku mmg kemas . Member2 msti tego , ko pkai baju bru ke ni ? Kembg semangkuk sat . Bini pndai jage , mmg tip top lah hasilnye aku ni . Hehehe .

Blanje aku nasik kandar berbuka nnt boleh ? Aku da penat turunkan ko ilmu ni nik . Lauk tambah ye . Haha

~ pengalaman ni diceritakan balik oleh seorg sahabat , kpd aku . Baik sbnrnye utk panduan org lelaki . Secara overall prgi org perempuan lebih kurg sme . Cume tanggungjwb kita utk lebih memahami .
 
 

♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner