Leha nekad! Segala persoalan yang bermain di mindanya perlu dirungkai. dia sudah penat berteka-teki.
“Korang tak duduk sekali ea? Kalau dah nikah, kenapa dia
tinggalkan kau kat sini dengan anak-anak? Suami apa macam tu? Baru je aku nak
respect.” kata Leha. Marlia tergamam..
“Astaghfirullah… sape yang nikah? Apa yang kau fikir
sebenarnye ni Leha?”Marlia kembali menyoal.
“Laa.. bukan ke kau bawak aku kat sini sebab nak kita
sama-sama belajar dan mencari nikmatnya BERCINTA. Bukan ke ustaz tu tadi suami
kau? Dan budak perempuan dan budak lelaki dalam surau tadi anak korang?” Leha
mula menyuarakan kekeliruannya.
“Leha,, leha,, aku tak kawin lagi lah.. umur pun baru 23.. tulah
kau.. jangan terlalu sempitkan difinisi sesuatu perkara.. cinta dan bercinta tu
kan luas maksudnya.. dari tadi aku senyap je, sebab aku tahu kalau aku expalain
kat kau pun, belum tentu kau nak terima dan ikut aku. ustaz tadi salah seorang
staf kat sini. Budak-budak tu penghuni kat sini. Bila aku nampak kau dah mula boleh terima semula sedikit pengisian
dari majslis Ilmu tadi, pling tidak, aku rasa lega sebab aku tahu masih ada
iman dalam hati sahabat aku ni.” Marlia mula merungkaikan kekusutan sahabatnya.
Leha hanya mendiamkan diri sambil memerhati sahabatnya. 'boleh percaya ke Lia ni?'
“Cube kau tengok tu.. BAIT AL- MIFTAHUL RAUDHAH. Kalu kau
nak tahu, kawasan ni dibina untuk membela anak-anak kecil yang ditindas oleh orang-orang
yang tak bertanggungjawab. Tempat ni baru je di buka 5 bulan yang lepas dengan
bantuan umi aku dan kenalan-kenalannya. aku hanya menyumbang sedikit dari duit
biasiswa bulanan aku untuk tubuhkan tempat ni. dan
Zainab tadi merupakan orang pertama yang aku jumpa dan kehadiran dia dalam hidup aku buat aku rasa yang hidup mereka perlu kan sebuah pembelaan. Zainab tu baru umur 8 tahun. dia dan kanak-kanak seusianya dipergunakan oleh orang yang kononnya merupakan seorang pengetua pusat tahfiz. diorang dikerahkan untuk menagih simpati rakyat malaysia untuk memberi sumbangan. lepas aku sembang-sembang dengan zainab aku nampak dia macam takut-takut.
selama seminggu aku dan umi aku ikut dia dan cube kesan dengan siapa mereka berhubung. rupa-rupanya Zainab dan kanak-kanak lain terkepung di bawah satu sindiket. lepas buat laporan, orang tersebut ditangkap dan aku dibenarkan bawak budak-budak tu balik ke rumah aku. memandangkan mereka anak yatim piatu. ada 15 orang semuanya. 12 perempuan dan 3 lagi lelaki. kebetulan ada kawan umi aku nak jual kawasan chalet dia dengan harga yang sangat rendah. dari situlah kami mula menapak. ” Kata Marlia. Leha terlopong
mendengar penjelasan awal Marlia.
“Tapi kenapa kau buat semua ni? Kau kan masih belajar? Boleh
ke kau fokus pada banyak bende dalam satu
masa??? Aku betul-betul pelik dengan kau ni Lia.” Leha kembali menyuarakan apa
yang terbuku di mindanya.
“ kau nak tahu kenapa aku buat semua ni? Aku harap
seandainya aku meninggal dalam keadaan aku masih menuntut ilmu dan aku tak sempat
habiskan pengajian aku, pling tidak pun
aku lega sebab aku dah salurkan duit yang diamanahkan tu ke tempat yang betul. anak-anak kat sinilah
yang akan sambung cita-cita aku menuntut ilmu.
Lagipun masih banyak lebihan
duit biasiswa aku. Aku berulang dari sini ke kampus. Aku x duduk asrama sebab
nilah.. sebab aku nak jaga tempat ni dan nak jimatkan kos perbelanjaan aku
sepanjang aku menuntut ilmu. Semua kemudahan dah ada kat sini. sungai pun ada kat belakang tu. Walaupun agak
jauh dari kampus, tpi aku tak kisah. Semakin sukar perjalanan kita nak dapatkan
sesuatu,, semakin kita hargai apa yang kita dapat.
Setakat
ni, alhamdulillah aku masih boleh imbangkan antara belajar dan tugas aku kat sini. Kau nak
tahu kenapa rumah ni dinamakan BAIT AL- MIFTAHUL RAUDHAH?” Marlia bertanya
kepada sahabatnya.
“kenapa? ” leha bertanya kembali.
“Rumah kunci pintu syurga…
Ada impian aku di sebalik nama tempat ni. Kau tahu kan, dari kecik lagi
aku teringin nak jadi hafizah. Tapi aku tak pasti aku mampu atau tidak. Cuma
yang aku mampu hanyalah berusaha untuk menghafal sebanyak mungkin ayat-ayat
Allah sebelum ajal menjemput aku. Dengan
harapan biarlah saat nyawa aku diambil, aku masih dalam usaha untuk menjadi
salah seorang yang memelihara ayat-ayat Allah.
Di sini, semua anak-anak kecil
yang kami jaga akan diterapkan dengan ilmu al-quran. Mereka akan dilatih untuk
mengahfal Al-Quran. Aku harap mereka yang ada di sini menjadi kunci pintu
syurga buat insan-insan di sekeliling mereka. biar kemana pun mereka pergi
cahaya Islam ada dalam diri mereka. dan mereka mampu menyalakan lilin harapan
buat orang lain. ” tanpa sedar air mata Marlia menitis. Dibiarkan sahaja air mata tersebut meresap ke dalam purdahnya.
“ owh.. Nasib baik aku tak bukak mulut depan ustaz
tadi. Kalu tak aku malu, kau pun malu. Heheh. Sory lah Lia. Apa-apa pun aku kagum
dengan kau. Sekarang aku mula faham
maksud bercinta yang kau katakan tu ialah tempat ni? Anak-anak kat sini? Ilmu
yang ada kat sini? Subhanallah sungguh luas makna cinta rupanya. Aku tak sangka
aku besahabat dengan seorang pencinta agama macam kau” Leha mula menyatakan
pemahamannya kepada Marlia.
“yup! Kat sinilah aku menambahkan cinta aku pada DIA. Setiap
kali aku tgok kegembiraan budak-budak ni, setiap kali tu lah aku akan mendoakan
agar kegembiraan mereka berkekalan walaupun mereka dilanda ujian dalam kehidupan.
Kami di sini akan berusaha mendidik anak-anak kat sini dari segenap sudut. bile
budak-budak ni dah naik tingkatan satu, mereka akan di hantar ke sekolah ustaz
Fahmi tadi yang menerapkan sistem pembelajaran yang lebih sistematik dan
seimbang. ” sedang asyik mereka berbual. Zainab mendekati mereka.
“Umi lia..
lama nya umi lia sembang dengan acik leha. Jomlah masuk.. kami dah lama tunggu
umi lia.. ” ujar zainab sambil menarik
tanagn leha dan Marlia.
“Ya Allah! Umi minta maaf sayang.. ok-ok jom kita masuk.. tpi
kejap umi nak ambil beg acik leha dalam kereta.” Mereka bertiga melangkah ke
bonet kereta..
sebaik sahaja semua barang dikeluarkan, mereka bertiga sama-sama
melangkah ke dalam rumah kecil tadi. Belum sempat mereka memberi salam, tiba-tiba terdengar alunan
suara anak-anak tersebut.
“Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan kamu.. Allah
selamatkan umi lia .. Allah selamat kan kamu.. selamat hari jadi umi lia.. umi lia cepat potong kek. ” subhanallah.. entah macam mana dia sendiri
lupa tarikh hari jadinya. Air matanya tak dapat ditahan dari teru mengalir. Dah
macam empangan pecah pulak. Kalu tadi dia beriya memaksa leha berhenti
menangis,, sekarang dia pulak yang menangis.. baru sahaja Marlia hendak memotang kek, tiba-tiba...
“umi lia, tadi kan, bonda lisa buangkan semua lilin yang kedai tu
bagi.. bonda kata umi tak suka lilin.. betul ke umi.. ? lilin tu kan cantik..
nanti boleh lah umi lia buat permintaan pada Allah sebelum umi Lia potong kek. ” tanya salah seorang budak.
subhanallah..
mereka masih terlalu kecil. Mungkin umi tak nak terangkan panjang-panjang pada
diorang. Umi memang seorang ibu yang penyanyang. Setiap inci kesukaan dan
kebencian anaknya dihafal. Marlia memandang uminya sambil tersenyum.
Marlia mengangguk . “ Btul tu Linda,, sebenarnya orang
barat yang suka buat macam tu, pasang
lilin, lepastu sebelum potong kek diorang mesti buat hajat. Kite tak boleh tiru
diorang. Allah tak suka. Kita kan orang Islam. Lagipun kalau kita nak mintak
sesuatu dengan Allah, kita tak perlukan lilin. Sebab Allah dengar semua
permintaan kita. Ha! Lagi satu, lilin tu
bukannye boleh makan pon.. kalau pasang lilin, lepas tu lilin tu menitik atas
kek ni, macam mana kita nak makan kek ni? Btul tak? ” Marlia menjelaskan perkara yang sebenar. Semua kanak-kanak tersebut mengangguk tanda
faham.
“okay, sekarang sebelum umi Lia potong kek, jom sama-sama
kita doa dengan Allah apa yang kita nak mintak.. semua tadah tangan dan
berdoa dalam hati.” Marlia cuba memancing minat mereka untuk berdoa dalam apa
keadaan sekalipun.
Bagi Marlia teori tak akan lengkap tanpa praktikal. Setelah selesai jamuan makan mereka, kanak-kanak tersebut
masuk ke bilik masing-masing. Ada empat bilik semuanya. Satu bilik memuatkan 4
orang. Memandangkan penghuninya tidak
ramai, cukup 3 bilik untuk memuatkan 12 orang kanak-kanak tersebut. Manakala
satu bilik lagi memang disediakan untuk penjaga. Dari depan memang nampak kecil
tapi hakikatnya ia sebuah chalet yang selesa dan luas. Leha dan Marlia memasuki
bilik yang disediakan khas untuk mereka.
Leha menghempaskan tubuhnya ke atas katil. “Ahhh… leganya dapat
baring.. Lia.. oo lia..” leha memanggil sahabatnya. Marlia yang baru sahaja
hendak melangkah ke tandas terus berpaling menghadap Leha.
“yea.. kenapa cik leha sayang?” Marlia bertanya.
“aku.. aku… nak mintak maaf kat kau atas segala salah silap
aku pada kau selama ni. Aku selalu perlekehkan kau. Aku selalu kutuk kau.
Aku langsung tak sedar yang kawan aku ni
hebat rupanya. Aku nak belajar BERCINTA macam kau… belajar cinta pada Agama
kita.. kalau kau tak keberatan,, boleh tak aku nak jadi sebahgian dari warga
Bait Al-Miftahul Raudhah ni.? Aku nak
tinggal sini.. aku nak dekat dengan kau sebab baru aku sedar dengan mendekati
kau hati aku rasa dekat dengan Allah.” Leha melangkah mendekati Marlia. Tangan marlia dicapai lalu digenggam.
“Lia, mulai saat ni, aku nak perbaharui niat persahabatan
aku dengan kau. Aku mengaku sebelum ni aku dekat dengan kau sebab kau pandai
dalam sergala hal. dan setiap kali
ulangkaji dengan kau sebelum exam, banyak yang kita study masuk exam. Aku ingat
kau dapat soalan spot dari penyarah kita. kau kan rapat dengan pensyarah. ”
leha meluahkan apa yang terbuku dihatinya. Dia perlu jujur keraan Lia selalu
pesan tuk membina persahabatan yang sejati kejujuran sangat penting untuk
saling menguatkan.
Marlia memeluk sahabatnya. Dia tidak dapat menahan rasa
sebak. Akhirnya Allah makbulkan permintaanya untuk memiliki sahabat
sejati. Sudah sekian lama dia menanti
saat seperti ini. “Leha, aku tak sangka, Allah dah tunaikan permintaan aku. Dah
lama aku tunggu saat macam ni. Setiap kali aku sedih dengan perbuatan kau pada
aku, setiap kali tulah aku berdoa supaya Allah dekatkan hati aku denagn hati
kau. Tak kira walau sebesar mana pun ujian yang melanda persahabatan kita. kau
nak tahu kenapa? Sebab sahabat sejati memang tak boleh dicari. Melainkan kita
yang membinanya. Sebab tu aku terus bertahan untuk membina cinta sejati antara
kita.
Dan aku nak kau tahu kau adalah sahabat aku dunia dan ahkhirat. Dan kita
akan sama-sama imarahkan tempat ni. Sem depan kau boleh lah duduk dengan aku
kat sini. dan buat pengetahuan kau, aku tak pernah dapat soalan spot. apa yang aku buat, istikharah sebelum 3 minggu peperiksaan bermula. istikharah supaya Allah beri petunjuk apa yang perlu aku tekanakn supaya Ilmu yang aku pelajari sebelum ni dapat di kembangkan.” Saat itu air mata mereka tumpah atas dasar kasih dan sayang kerana
agama.
***
Daun-daun kering bergururan dihembus angin petang. Sudah 3
hari mereka meluangkan masa bersama warga bait al-miftahul raudhah. Kini Leha
benar-benar merasai nikmatnya bercinta. Keletah kanak-kanak disini membuatkan
hatinya benar-benar terpaut. Bagi leha, bercinta dengan kanak-kanak lebih
bahagia. Diorang tak pandai berbohong.
Segalanya tentang mereka lahir dari
sebuah kejujuran. Kalau sayang maka sayanglah yang keluar dari mulut mereka. kalau
benci, maka bencilah yang keluar dari mulut mereka. Saat leha sedang leka memerhatikan kanak-kanak
tersebut bermain batu seremban tiba-tiba pinggangnya dicucuk. Apa lagi
melompatlah leha sambil membuka langkah silatnya.
“Ha! Jangan dekat. Kalau tak aku tendang kau! ” leha memberi
amaran. Marlia dan kanak-kanak yang berada di situ tertawa melihat tindak balas
Leha. Leha yang tersedar dari latahnya, mula mengejar marlia dan kanak-kanak
tersebut. Maka riuhlah halaman tersebut dengan gelak tawa mereka. setelah penat
berlari mereka bersila di atas rumput.
“Amboi lajunya adik-adik ni lari. Penat acik Leha kejar.
”Leha melepaskan lelahnya. Zainab mendekati Leha dan duduk diatas pangkuan
leha.
“Acik leha.. boleh tak kami nak panggil acik leha ni sama
macam umi Lia.. kami nak panggil umi Leha.. kami sayang umi Lia dengan acik
Leha.. kami tak ada ibu ayah. Diorang tak sayang kami macam umi Lia dengan acik
Leha sayangkan kami.” Leha terkedu.
“boleh saying.. mulai hari panggil Umi Leha yea.. umi Leha
pun saying zainab dan adik-adik.” Leha mengusap kepala zainab dan menciumnya.
***
Hari ini, mereka akan bertempur di medan pepriksaan. Ketika
di luar dewan marlia mendapatkan sahabatnya. “Lia, jom kite duduk kat hujung
dewan kejap. Kita baca doa same-sama. ” leha mengangguk lalu mengikut langkah
sahabatnya.
Sebaik sahaja selesai berdoa tiba-tiba seorang lelaki jatuh
betul-betul dihadapan mereka. Dalam keadaan yang tergesa-gesa dia bangun semula
sambil berlalu pergi setelah memandang Leha dan Marlia. Rupa-rupanya lelaki
tersebut terpijak kulit pisang di tengah koridor. Dan yang paling mengejutkan,
lelaki itu adalah jejaka idaman yang telah buat Leha terjatuh cinta.
“Marlia.. betul ke jatuh ni sakit???” leha berkata sambil
memandang sahabatnya, cuba mengimbau kenangan lalu.. haha.. “Entahlah leha..
tapi dari gaya dan muka mamat kasanova tadi, aku rase btul lah jatuh tu sakit. Hihi. Tak ada
jatuh yang membahagiakan.” Marlia tersenyum. akhirnya mereka sama-sama tertawa.
Penulis: Panda Bulat
Penulis: Panda Bulat
Tweet
0 Massage:
Catat Ulasan