Leha mengesat air matanya lalu memandang Marlia dengan wajah
kehairanan.
“Lia, kau dah kawin? Kenapa kau tak bagi tahu aku kau dah kawin? Sedangkan kita sekampung. Dari kecik lagi kite dah berkawan. Sampai hati kau. ” ujar leha dalam keadaan tersedu sedan.
“Lia, kau dah kawin? Kenapa kau tak bagi tahu aku kau dah kawin? Sedangkan kita sekampung. Dari kecik lagi kite dah berkawan. Sampai hati kau. ” ujar leha dalam keadaan tersedu sedan.
“sudah-sudah lah tu leha. Dari dulu lagi aku dah pesan jatuh ni
sakit. X ada jatuh yang buat kita bahagia. Sekarang kau dah kecewa macam ni.
Tak bestlah. Aku nak kawan aku yang dulu. Yang sentiasa gembira dan sentiasa
cari akal nak kenakan kawan kau ni.” Marlia cuba memujuk sambil tangannya lincah
mengemas pakaian Leha. Dia nekad, leha perlu dikeluarkan dari kemelut cintanya.
“Eh! Kau nak buat apa dengan baju-baju aku tu??” Tanya leha.
Marlia hanya tersenyum. Sekarang bukan masanya untuk dia membebel dengan segala mak nenek teori cinta, tapi adalah saat untuk sahabatnya merasai nikmatnya bercinta. Dia sanggup berkorban demi sahabatnya.
Marlia hanya tersenyum. Sekarang bukan masanya untuk dia membebel dengan segala mak nenek teori cinta, tapi adalah saat untuk sahabatnya merasai nikmatnya bercinta. Dia sanggup berkorban demi sahabatnya.
“Sekarang ni aku nak kau buang jauh-jauh air mata kau ni dan
ikut aku. Aku nak kau rasa apa yang aku rasa sekarang. Dulu aku ajak kau ikut
aku bercinta kau tak nak kan? Sekarang aku bukak balik tawaran aku tu untuk
kau.” Ujar Marlia.
“Kau dah gila? Takkanlah disebabkan aku tersiksa jatuh
cinta, kau terus nak bermadu dengan aku? Apa? Tak ada kerje lain ke yang kau
boleh buat? Kau tak kesian ke kat suami kau? Orang lain usaha halang suami diorang
dari berpoligami, yang kau sibuk2 nak laki kau berpoligami. Ee.. tak fahamlah
aku dengan kau ni.” Leha semakin geram denagn sahabatnya. Marlia hanya
menggelengkan kepala sambil melangkah
mendekati sahabatnya.
“Leha, aku tak sanggup tengok kau membazirkan air mata kau
untuk lelaki yang dah buat kau sakit. Sekarang kan study week. Dua mingggu lagi
kita nak exam. Kau mampu ke study dalam keadaan kau macam ni? Silap haribulan,
habis semua buku-buku kau terpaksa telan air mata kau ni. Kau nak ke ustaz palsu idaman
kau tu tu terus-terusan tersenyum melihat kelemahan kau? Sebab tu aku nak kau
ikut aku. Nanti kat sana, kita boleh study sama-sama lepas semuanya selesai. Lepas
kau rasa nikmatnya BERCINTA. Bukannya jatuh cinta. okay? Aku janji kau tak akan
menyesal dengan apa yang aku nak buat kat kau. Dah jom! Nanti lewat pulak
sampai. ” Marlia menarik lengan sahabatnya.
Di dalam kereta, leha tertidur dek kerana terlalu letih
menangis. Sebaik sahaja tiba ke destinasi, Marlia mengejutkan sahabatnya untuk
menunaikan solat maghrib. “Leha… leha… bangun. Kite dah sampai ni”. Leha yang
masih mamai membuka sedikit matanya lalu kembali meyambung tidur. Aik! Hmm
sleeping beuty ea.. nanti kau … Marlia memerhati jam di dashboard keretanya.
7.35 malam..
‘ish! X boleh jadi ni. Kang terlepas maghrib susah pulak’ .. Marlia bermonolog.
Marlia mencari akal untuk mengejutkan leha yang
sememangnya tidur mati. Tiba-tiba dia terpandang sebuah CD lagu
tentang tentera Al-Qassam. Dia memasang
CD tersebut lalu menguatkan volume hingga ke tahap gegar! Maka bergegarlah
kereta tersebut dengan bunyi tembakan. Leha yang terkejut terus menundukkan kepalanya sambil meletakkan kedua dua tapak tangannya ke telinga.
“Tolong! Tolong! Tolong jangan tembak aku. Aku merayu. Aku tak nak
mati lagi. Aku tak kawin lagi. Aku janji, aku akan ikut cakap kau. Kau mintak je
apa yang kau nak. Aku tunaikan. Tapi tolong! Jangan tembak aku. ” Leha merayu
dalam keadaan yang terketar-ketar. Marlia yang memerhati dari tadi menahan
ketawanya lalu meneruskan misisnya untuk mengenakan leha.
“Betul kau akan ikut cakap aku?” Marlia bertanya menggunakan
suara yang garau. Leha mengangguk-anggukkan kepalanya dalam keadaan yang masih menunduk.
.
“Baiklah kalau macam tu aku nak kau keluar dari kereta ni
sekarang! ” ujar Marlia masih dengan lakonannya. Leha yang ketakutan keluar dari kereta dalam keadaan yang terketar-ketar tahap Parkinson.
Sebaik sahaja dia keluar dari kereta, Marlia berdiri di hadapan Leha yang masih
menundukkan kepalanya.
“Ok.. aku dah keluar.. kau bagi tahu aku apa yang kau nak!
Tpi aku bagi tahu awal-awal mak ayah aku bukan orang kaya. ” kata Leha.
“Baiklah sekarang ni, aku nak kau ikut aku solat maghrib.
Kalau tak, aku tembak kau kat sini. ” Marlia meneruskan lakonannya.
Leha yang
pada mulanya berasa takut mulai curiga. ‘ada ke orang jahat suruh tawanan dia
solat? Macam pelik je.. macam ganjil je.. ’ Leha mengangkat wajahnya meghadap Marlia.
“Cis! Kau ni Lia.. nak tercabut jantung aku kau thu? Mujur
aku tak terkencing kat sini.” Leha berasa geram.
“Dah tu, yang kau sambung tidur balik tu kenapa? Tak payah
nak sleeping beuty sangat lah. Jom solat. Lepas ni baru amik barang dalam
kereta.” Kata Marlia.
Leha memerhati keadaan sekeliling. Mereka bukan di
kampung, namun suasananya seakan-akan di dalam sebuah kampung. ‘BAIT AL- MIFTAHUL RAUDHAH’
leha membaca tulisan yang tertera di hadapan pagar itu beberapa kali
sambil cuba memikirkan maksudnya. Rumah kunci pintu syurga? ‘ Awat la dia bawak
aku mai sini. Rumah anak yatim ke rumah orang tua ni?
Ah! Lantaklah maybe suami
dia ada kat sini kot.’ Leha membontoti langkah Marlia menuju ke sebuah surau
kecil yang ada di kawasan berpagar tersebut. Sebaik sahaja mereka selesai
menunaikan solat fardhu maghrib secara
berjemaah, leha bersiap-siap untuk keluar dari surau tersebut. Namun langkahnya
terhenti apabila marlia menarik lengannya dan memberi isyarat supaya leha duduk
disisinya.
Setelah leha duduk di
sisinya, Marlia berbisik ke telinga leha. “Tak lari beg dikejar. Tapi yang ni
akan lari jauh kalau kite berdua tak kejar.” Leha berasa pelik.
‘Apa2 ajelah minah
ni. Tak payah lah nak buat suara menggoda sangat. Buang tebiat ke apa. Tadi nak
sangat jadi raksasa. Sekarang ubah watak pulak ala-ala bidadari gitu. Hmm..’
leha bermonolog sendirian sambil memerhati ke hadapan surau. Kelihatan seorang
Ustaz yang agak berusia sedang membetulkan mikrofon.
“Ujian suara, subhanallah.. subhanallah.. okeh.. canteek.”suara
ustaz tersebut bergema di dalam surau. Leha bermonolog lagi di dalam hatinya.
‘Eh, biar betul Marlia ni… takkan ustaz ni suami dia kot. Dah lah tua. Gelap
pulak tu… eee.. gelap masa depan.’ sesedap ayam masak lemak cili api aje leha mengutuk insan dihadapannya. mukur lah ustaz tu tak dengar. kalau tak berasap telinga ustaz tu termakan masak lemak cili api buatan Leha ni.
Marlia menjeling sekilas sahabat di sisinya
lalu berbisik sesuatu ke telinga Leha. “Ehem… x berkelip aku tengok kau pandang
Ustaz Fahmi kat depan tu. Ingat! jangan tengok siapa yang memberi, tapi tgok
apa yang diberi. Lapangkan hati kau inshaallah kau akan rasa apa yang aku rasa.
BERCINTA.” Sengaja Marlia menekankan perkataan bercinta tersebut menggunakan
nada iklan Yusuf tayyob.
Leha cuba melakukan seperti mana yang dipinta oleh
sahabatnya kerana dia juga ingin bahagia seperti sahabatnya. Tidak pernah
sekalipun dia melihat sahabatnya mengeluh walau sebesar mana pun dugaan yang
menimpanya.
“Bismillahirrahmanirrahim, apa khabaq semua? Adik-adik,
kakak-kakak dan ibu-ibu dan ayah-ayah sekalian inshaallah malam ni kita nak sembang-sembang tentang
bahagia. Sapa rasa kat sini dia dah cukup bahagia??? ” suasana surau kelihatan
sepi. Tiba-tiba seorang kanak-kanak dalam lingkungan 5 tahun mengangkat tangan
sambil berdiri.
“Abi! Yob race Yob
bahagiaaa cangaaaatt! Yob bahagia cebab abi cayang Yob. Abi celalu buat Yob dan
adik-adik gembira. ” kanak-knak lelaki tersebut bersuara lantang sambil berlari
memeluk ustaz di hadapan. Ustaz Fahmi membalas pelukan Yob sambil mengangkatnya
ke atas riba. Dalam masa yang sama, dia cuba menahan sebak di dada. Marlia
sudah mula mengesat air matanya. Manakala Leha terkedu dek kerana jujurnya
pengakuan soarang anak.
Ustaz kembali menyambung bicaranya. “Baiklah, sebelum kita tahu
kita dah bahagia ke belum kita kene thu apa taarif bahagia pada diri kita.
kalau kita beri difinisi bahagia tu hanyalah kegembiraan di sisi insan
tersayang, maka apabila kita tak mampu berada dekat dengan mereka hati kita tak
akan bahagia. Malah ada jugak yang mengaggap hanya dengan berkahwin sahaja
setiap penderitaan dalam hidupnya akan berakhir dan dia akan menemukan
bahagianya saat dia bersama suaminya. Namun bahagia tersebut akan hilang
tatkala dia tahu suami yang dia dambakan untuk memberi kebahagiaan padanya mempunyai
calon lain untuk dijadiakn isteri kedua.
Kalau kita mendifinisikan bahagia itu hanyalah dengan kekayaan harta di
dunia, maka kita tak akan bahagia apabila kita mula diuji dengan keadaan yang
serba kekurangan.” Ustaz fahmi menerangkan dengan panjang lebar. Leha
benar-benar tersentap dengan apa yang dikatakan oleh ustaz tersebut.
“Oleh itu, sama-samalah kita betulkan difinisi bahagia dalam
diri kita. bahagia yang hakiki terletak di dalam hati kita, hati yang sentiasa
dekat dan berusaha untuk terus mendekati Allah. Bahagia itu adalah ketenangan
hati yang sentiasa dekat dengan Allah. Sentiasa redha dengan setiap ujian yang
Allah hadiahkan. Apabila hati kita berasa tidak tenang, maka hilanglah secebis
kebahagiaan dalam diri kita. nak tahu kenapa? Hati kita menjadi tidak tenang
saat kita mula memalitkan coret-coret hitam dalam hati kita. kesalahan yang
pada mulanya kita nampak kecil, kita abaikan dan terus-terusan melakukan
kesalahan tersebut. Hinggalah pada suatu saat, hati kita merintih sakit yang teramat. Maka dari itulah
datangnya kegelisahan. Sedarlah bahawa kegelisahan dalam hati kita adalah
hidayah daripada Allah agar kita kembali kepadanya. Kembali mencari bahagia
yang hakiki. jangan pernah biarkan kebahagiaan itu hilang dek kerana sikap kita yang mengecilkan skop difinisi bahagia
itu sendiri. ” kelihatan beberapa orang
jemaah sudah mula mengangguk-angguk tanda faham akan pengisian yang
disampaikan.
Saat itu Leha benar-benar tersentap seolah-olah pengisian
pada malam tersebut ditujukan buat dirinya. Satu persatu dosa-dosa yang dia
lakukan kembali bermain diminda. Dia sudah mula berani membohongi ibunya bahawa
dia tidak dapat pulang bercuti di rumah dek kerana ingin bertemu dgn jejaka
idamannya. Dia sudah mula meninggalkan majlis-majlis Ilmu yang dahulunya
menjadi peneman hujung minggunya bersama Marlia. Dan yang paling teruk dia
pernah meninggalakn solat dengan alasan masih uzur setiap kali marlia
menziarahinya di asrama semata-mata hendak membalas mesej-mesej prince
charmingnya.
Bukan perasaan gelisah itu tidak pernah hadir dalam dirinya, namun
setiap kali perasaan itu hadir dia menepis dengan alasan Allah maha penerima taubat. Hatinya
benar-benar telah gelap diselindungi segala maksiat yang dirasakan indah
buatnya. Setitis demi setitis air matanya mengalir membasahi
tudungnya.
Marlia yang perasan akan perubahan sahabatnya memeluk bahu sahabatnya. “leha, masih belum terlambat
untuk kau mencari bahagia yang hakiki dalam diri kau. Macam tu jugak dengan
aku. Menangislah sahabat, setiap titis air mata kita yang menitik ni jugak akan
dipersoalkan kerana apa dia menitik. Dan aku bangga kerana kau mengizinkan air
mata kau mengalir demi sebuah perubahan.”
Suara ustaz fahmi kembali bergema di segenap ruang surau.
“percaya lah. Setiap insan ada hak untuk merasa bahagia. Saat kita rasa
nikmatnya dekat dengan Allah, setiap ujian yang datang daripada DIA sama ada
ujian kesenangan mahupun kesusahan akan dihadapai dengan tenang. Nak tahu
kenapa??? Sebab dia rasa yang Allah ada untuk dia. Dia mampu bahagia dengan ujian
yang datang padanya. ” ustaz fahmi menamatkan kuliah maghribnya dengan sepotong
doa.
Setelah selesai solat isyak, Marlia dan Leha beriringan
keluar dari surau. Dalam perjalanan menuju ke kereta, mereka terserempak dengan ustaz fahmi.
Leha berasa malu kerana dia yakin ustaz fahmi nampak dia menangis tadi. Belum
sempat Leha melajukan langkahnya, mereka telah ditegur oleh ustaz tersebut.
“Marlia, awak bawak staf baru ke? Bukan ke x lama lagi nak exam?” ustaz fahmi
memulakan perbualan.
“Err.. tak lah ustaz, ni lah kawan yang Lia cerita hari tu.
Yang belajar satu kampus dengan Lia. Nur Saleha namanya. ”
‘ Amboi,, dah nikah pun masih ber ustaz ustaz lagi.. tak
romantik langsung.. tpi caring jugak suami dia ni tentang pelajaran bini
dia. Eh! Takkan dia tak tahu kenapa bini
dia bawak aku ke sini? Ada ke patut dia ingat aku ni staf baru? Agak-agak dia terkejut tak
kalu bini dia tu bagi tahu aku ni calon
bini baru dia? Eh! Astghfirullah… apa aku ni.. x boleh2. Aku x nak rosakkan rumah
tangga kawan aku. ’ tanpa sedar leha
menggelengkan kepalanya pantas..
“Err.. knp Nur Saleha? Ada apa-apa yang tak kene ke? ” tanya
ustaz fahmi.. Leha kembali tersedar.
“Eh, x ada apalah ustaz. Hihi. ” Leha menggaru-garu
kepalanya.
Selang beberapa saat, seorang kanak-kanak-kanak perempuan lengkap
bertudung datang menghampiri mereka. “umi lia.. umi lia.. jomlah masuk.. adik-adik yang lain lain dah lama tunggu umi lia sampai….
” kata kanak-kanak tersebut. Lalu memandang kearah Leha sambil
tersenyum.
“Umi lia bawak umi baru ea.. cantiklah umi baru ni.. umi baru ni
nama apa? ” tanya budak tersebut dengn penuh keterujaan.
“ni kawan umi Lia.. Zainab dengan adik2 boleh panggil acik
Leha.. nanti umi masuk dengan acik Leha ea. Sekarang Zainab masuk dulu. Umi ada
hal nak bincang dengan acik Leha.” Kata marlia sambil mengusap kepala Zainab..
zainab berlari-lari anak masuk ke dalam salah sebuah bangunan kecil seakan-akan
chalet yang tersusun berderet di kawasan tersebut.
Ustaz fahmi yang dari tadi hanya menjadi pemerhati kembali
bersuara. “Takpelah, Lia bawak kawan lia masuk rehat dulu kat dalam. Buatlah
apa2 yang patut. Pastikan budak-budak tu tak tidur lewat ea. Saya mintak diri
dulu. Assalamualaikum. ”
“waalaikumusslam.. ustaz..” Marlia dan leha menjawab hampir
serentak. Kini hanya tinggal mereka berdua yang berjalan menuju ke kereta.
Leha
yang semakin keliru hanya mendiamkan diri sambil ber monolog sendirian. ‘macam
pelik je.. tak duduk sekali ke diorang ni? Aku kena dapatkan penjelasan dari
Lia.’ Leha menghentikan langkahnya. Marlia yang perasan akan tindakan
sahabatnya turut mematikan langkah. “kenapa ni? Kenapa muka macam ayam tercekik
biji durian je aku tengok.” Marlia menyoal.
* adakah segala persoalan yang bermian di minda leha akan terungkai?
* mengapakah ustaz fahmi tidak tinggal sekali bersama Marlia? kejamkah dia sebagai seorang suami?
nantikan episod akan datang..
karya: Panda Bulat
cc: Falah Hanim
Tweet
0 Massage:
Catat Ulasan