09 Disember 2015

Pandangan orang pada Taska

Ada ibu yang mengadu, katanya taska anak dia tak mahu terima budak-budak yang demam. Asal budak demam je mesti pihak taska akan call ibu, minta datang jemput anak dia dan hantarkan ke klinik. Kalau macam ni teruklah. Macam mana saya nak fokus kerja? Kan kita dah bayar yuran. Jagalah budak demam pun. INi nak budak yg sihat je. Yang Sakit tak nak jaga..

Saya diam. Saya dengar.

Ibu itu menyambung lagi, Sepatutnya pihak taska sediakanlah ubat. Budak-budak kan selalu demam. Takkan tak ada ubat demam di taska. Yuran mahal-mahal tapi ubat pun kedekut nak beli.
First aid ada, tapi ubat demam tak ada. Apa punya taska. Nak untung je lebih.

Saya diam. Saya senyum.

Ma sya Allah... ada lagi ibu yang tak faham rupanya....

Kepada Puan,

1. Cikgu taska adalah pengasuh. Mereka bukan jururawat terlatih. Jadi jangan biarkan budak sakit untuk dia jaga.

2. Cikgu taska bukan jaga anak anda sorang, Anak demam dan sakit perlukan perhatian dan jagaan yg lebih. Ibu lebih patut berada di sisi anak. Lagi pun memang anak demam dan sakit TIDAK BOLEH di hantar ke taska.
Ini peraturan.

3. Taska bukan farmasi. Kita tak bekalkan ubat. Nak suap ubat kepada anak pun kita kena ada kebenaran bertulis dari ibubapa. Risiko nya, kami tak berani tanggung... Apatah lg nak suap ubat yg bukn di syorkn oleh doktor kepada anak itu. Ini adalah di larang.
Errr.... dlm first aid mmg tak ada ubat demam.

4. Saya tanya "berapa yuran taska anak puan?? " . Dengan cepat si ibu menjawab... RM280. Dah lah buka 5 hari je seminggu. Nak hntar hari sabtu pun minta cas lain. Teruk!!

Lalu saya bertanya lagi, Berapa yuran yang puan rasa patut puan bayar untuk satu hari org jaga anak puan?

Jaga dari pagi smpai petang, mandikan, Suap makan, Bancuh susu, Basuh botol susu dia, Basuh kencing berak dia, Tukar lampin, Pujuk di kala anak menangis, Main bersama agar anak gembira, Asuh lagi,  Ajar anak bercakap, Mendengar cerita anak, Beri dia kasih sayang di saat ibu tiada di sisi, Buat aktiviti bersama, Jaga dari bahaya, Beri kan perhatian...

Berapa yuran nak bayar sehari atau  sejam?

Dia terdiam. Mungkin sedang mencongak. Saya senyum.

Kiralah...
Congaklah...

saya dah lama congak. Saya dah lama kira. Kalau setakat RM280 tu, toksah dengkilah. Tak kaya raya pun pengusaha taska tu. Kalau rm 280 tu besar sangat... Jaga sendiri lah anak.
Saya dah lama kira...
Saya dah lama congak.

Dia masih  diam, mungkin belum habis kira. Saya senyum dan berlalu....
Biarkan dia dengan kira2 dia yg belum habis...

Anda nak tolong  puan ni kira??? Silakan....

Ini bukan kes ditaska saya. Saya kongsikan aduan ibu ini untuk kita fikirkan bersama.

oh ye....
purata hari taska beroperasi kalau buka 5 hari seminggu adalah 22 hari sebulan.

Kalau hntar anak jam 7.30 pagi....
jemput jam 5.30 ptg...
maknanya 10 jam sehari.

Silalah kira
Rm 280÷ 22 hari ÷ 10 jam =

Mahal ke??

Copy paste dari facebook.. Moga ibu bapa di luar sana buka mata dan minda.. Ubah minda anda pengasuh sama seperti orang gaji..

Ingat mekera yang mengasuh anak anda itu adalah juga seorang pendidik, lagi hebat dari anda, dalam masa 10 jam mereka boleh melayan lebih 10 orang kanak-kanak..

Anda mampu tak ?? Haha

Pengasuh taska kini kebanyakan mereka ada sijil dan bukan calang-calang orang, malah mungkin mereka lagi hebat dari anda. Cuma mungkin mereka memilih bidang kerja ini kerana, mereka ingin mendidik anak syurga ini, beri kasih sayang di saat anda berkerja.. Mereka nak memudahkan anda yang berkerja tiada tempat untuk anak anda di jaga semasa anda berkerja.

Fikir-Fikirkan lah.
Terima kasih pada ibu bapa yang faham kerja kami..


♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner