27 November 2015

Ujian Di tengah Bahagia

Suami.

Bukan nak cari salah suami. Bukan nak canang keburukan suami, tapi ini yg telah terjadi. Bila kalian baca, mungkin rasa macam cerekarama atau drama kat TV tapi lagi sekali nak di tekankan, ini yg telah
terjadi..

Awal 2005,
Aku dan Alwi, Kami berkenalan awal tahun
2005. Masih ingat betapa bersungguh dia cuba nak dekat kan diri dengan aku. Tapi masa tu aku dah ada special boyfriend. Dia mengalah. Tapi tetap hulurkan
tangan dengan niat hanya ingin jadi sahabat.

November 2005,
special boyfriend aku ajak kahwin. Tapi mak ayah aku suruh kami bertunang dulu.
Selama pertunangan kami, alwi masih setia menjadi sahabat aku.

March 2006,
Few months sebelum majlis perkahwinan
aku berlangsung, tunang aku kemalangan and terlantar kat ICU 2 bulan. Dia lumpuh and time tu aku dah tekad nak mak ayah nikah kan aku dgn dia supaya aku dapat jaga dia and cadangan aku di tolak oleh bakal mak dan ayah mertua aku. Dorang tak nak aku tersiksa sebab doktor dah bagi tau tunang aku akan lumpuh and mungkin tak ada harapan. Hampir
3 bulan dan Allah sayangkan dia..
(Al-Fatihah Raden Fakri)

Dan Alwi, masih setia menjadi sahabat aku. Sentiasa di sisi bagi aku semangat. Semangat supaya aku kuat setelah kehilangan satunya lelaki yg aku cinta.

March 2011,
genap 5 tahun tunang aku pergi. Aku masih single, terlalu busy dengan exam, study and Alhamdulillah dah kerja with better position. Family, kawan-kawan selalu bising suruh aku buka hati untuk
terima lelaki lain. Bukan nak cakap besar tapi dah lebih 10 orang lelaki yg cuba kenal, cuba berkawan and nak rapat dengan aku but it's about feeling.. Aku
tak boleh paksa. And Alwi, masih setia jadi sahabat aku.

October 2011,
Setelah sekian lama hanya berhubung melalui phone and skype, aku besedia nak jumpa alwi. And alwi tetap macam dulu.. Masih setia jadi sahabat aku yg baik, memahami, terima aku seadanya.. And paling aku sebak, dia melamar aku. Rupanya selama ni alwi masih setia dengan perasaan dia. Masih suka
dan sayang aku dalam diam.

Ye, aku sayang alwi.
Tapi bukan cinta.
Aku mitak masa dan Alwi,
masih setia jadi sahabat aku.
Puas aku buat istikharah,
cukup banyak aku buat solat hajat,
minta petunjuk dariNYA,
tapi aku tak dapat apa-apa perasaan.
Mak pujuk aku supaya terima alwi
dan mungkin siapa tahu lepas kami kahwin perasaan cinta akan datang?
Jadi aku tekad, aku terima alwi.

June 2012,
Majlis perkahwinan kami di raikan dengan
besar-besaran atas permintaan mak ayah alwi, sebab alwi anak tunggal lelaki dorang. And yes, aku bersyukur berkahwin dengan dia. Lelaki yg setia tunggu aku, lelaki yg betul-betul buktikan kasih sayang dia terhadap aku. Mak and ayah mertua aku pun terlalu baik dan manjakan aku!

March 2014,
Almost 2 tahun kahwin, aku baru di sah
kan mengandung. And selama tu alwi sabar menunggu and kasih sayang dia masih macam dulu, malah lebih lagi. Alwi masih setia menjadi sahabat, teman and
suami yang terbaik untuk aku.

October 2014,
Aku selamat melahirkan anak perempuan
untuk alwi. Anak tanda cinta kami. Ye, cinta. Lepas kahwin aku dah jatuh cinta dengan alwi. Sahabat dan suami aku. Alwi bagi tau yg dia dah ada nama untuk anak kami. And aku dengan rela setuju walaupun aku dah ada nama yg aku pilih sendiri. Nadrah Aina, itu nama yg dipilih. And we decided untuk panggil nadrah as nama timangan anak kami.

Alhamdulillah aku semakin bahagia dengan hidup bersama orang yang aku cinta, Alwi dan nadrah.

March 2015,
Alwi terlelap depan TV dengan nadrah. Aku tergerak nak bukak phone alwi. Bukan sebab nak check whatsapp, call, etc, sebab aku percayakan alwi. Tak pernah sikit pun aku pernah curiga kat dia. Tak
pernah! Aku bukak phone alwi sebab nak tengok gambar nadrah yg dia ambil semalam masa kami pergi kenduri, time tu phone aku battery flat.

Tapi,Allah nak tunjuk, dah sampai masa untuk aku sedar, tiada hubungan yg kekal, tiada hubungan yg bahagia sentiasa, aku jumpa gambar perempuan lain dalam
phone alwi. gambar perempuan tengah cium pipi dia atas katil (mungkin di hotel).

Allah, tangan aku mengigil, dada macam nak pecah. Air mata marah, geram, sedih semua bercampur. Aku tarik nafas, aku
istigfar, aku mengucap, aku cuba tenang. Aku cari contact number yg aku curiga tapi lagi sekali Allah nak bantu aku, dengan mudah aku jumpa satu nama
'Nadzri' tapi kat whatsapp picture muka perempuan tu! Esoknya aku msg 'nadzri' nak jumpa. Aku cakap aku isteri alwi, mulanya dia langsung tak bekerjasama. Tapi aku ugut, if dia bg tau alwi aku contact dia and if dia tak nak jumpa aku jugak, aku akan sebarkan gambar dia atas katil dengan alwi and dengan
mudah, dia setuju.
(Padahal aku takde pun gambar tu)

Bila jumpa, dia mengaku dia dah kenal alwi since january 2014.
Means, 2 bulan sebelum aku di sahkan
mengandung. Dia tau alwi dah ada isteri and Awalnya alwi cuma nk bekawan dengan dia tapi dia tak dapat elak bila dah sayang kat alwi. Time tu aku rasa semua
tu mengarut!!!!  Kau boleh elak la  perempuan! BOLEH sebenarnya. Tapi kau pilih untuk terima salam perkenalan alwi tu! And surprisingly konon awalnya
nak berkawan, tapi lepas 4 bulan kenal dia dah terlanjur dengan alwi. Ye! Dah terlanjur! Maknanya dah tidur sama! Allah, aku cuba kuatkan hati ni. Perlahan-lahan aku redha.. Malam tu jugak aku berdepan dengan alwi. Aku ugut dia untuk tinggalkan dia and dia tak kan jumpa nadrah sampai bila-bila. Aku desak dia untuk bagi tau kenapa dia buat aku macam ni. And finally, dia mengaku dia perlukan zuriat. Dia nak anak tapi tak
sangka bila dia dah mula sayangkan perempuan tu, aku di sahkan mengandung. Dia cuba tinggalkan
perempuan tu tp dia tak mampu. Dia tak sangka aku tau sebab selama ni aku tak pernah ambik tau mana dia pergi, apa dia buat even check phone dia.. ini yang
dia balas atas kepercayaan aku..

Dah 2 minggu aku silent treatment alwi. Tiap hari dia merayu, mintak aku ampunkan dosa dia, mintak aku maafkan dia.. Setiap hari juga aku mohon Allah bagi aku petunjuk, mohon Allah lembutkan hati aku kalau jodoh aku dengan alwi dapat di selamatkan.. Allah
Maha mengetahui, Allah nak aku kuat. Nak aku tekad untuk tak kembali pada alwi.

17 April 2015,
pagi tu bila aku dah bersedia untuk
maafkan alwi, perempuan tu call aku. Dia merayu supaya izinkan alwi kahwin dengan dia. Mulanya aku cuba pertahankan perkahwinan kami. Aku Marah perempuan tu tapi bila dia sebut
' akak, saya Nadrah Aina bersumpah tak akan tuntut hak sebagai isteri kedua asalkan akak izinkan alwi kahwin dengan saya'!

Aku istigfar, aku mintak dia ulang balik apa yang dia cakap. Aku tak silap dengar. Ye, baru aku tau nama perempuan simpanan alwi 'NADRAH AINA'!

Nama anak perempuan kami yg alwi sendiri daftarkan!
Suami, yang aku cinta..
Hilangkan kepercayaan yang aku bagi, sanggup bahagi perasaan sayang pada
perempuan lain,

hanya kerana aku lambat mengandungkan anak dia?

Hanya kerana aku bagi kepercayaan 100% pada dia?

Paling aku tak sangka sanggup bagi nama perempuan simpanan dia untuk nama anak kami?
Anak tanda cinta kami?
Cinta yang dia harap dari aku betahun-tahun lamanya?

Ya Allah..
Dengan ini, aku sedar, perkahwinan tak cukup dengan rasa cinta semata-mata. Tak boleh bagi kepercayaan
100%, tak boleh sikit pun alpa dengan perasaan suami..

Hari ini, aku tak mampu panggil anak aku, darah daging aku sendiri dengan nama perempuan simpanan suami aku sendiri..

Copydari : page rumah tangga bahagia selamanya.


♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

0 Massage:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner