26 November 2015

Bila Hati Merindui




masa bawak bebudak pi main taman, time ni cuti sekolah


Terasa rindu dekat anak-anak syurga Taska Restu Linz. Hampir 11 bulan aku jadi pengasuh dekat taska tu. Hati terhibur bila dengan anak-anak syurga ni. Dulu memang aku tak minat dengan budak budak nie tapi bila 2 bulan masa cuti semester tahun 2014 dulu aku buat part time kerja taska baru aku rasa suka, saying dengan budak budak. Siapa sangka kan dulu tak minat sekarang jadi minat dengan kerja aku sekarang ni..



ni saja je berposing sbb tinggal berapa hari je lagi dgn diorang ni



Dulu kerja dekat sini, enjoy habis tak strees tapi Cuma penat sikit je lah, nak uruskan bebudak tu, kerja mana tak penat kan?? Semua kerja penat Cuma kalau kerja pejabat tu yang akan penat otak, kalau kerja macam kami ni badan yang penat.. tapii bila tengok bebudak tu penat tak terasa sebab keletah budak tu yang buat penat kita hilang..

Haaa.. yang buat jadi geram tu kekadang dengan budak besar, budak transit hahah mana taknya hari hari nak bergaduh haha tak dengar kata. Aku ni kerja menjerit je jadi mak tarzan bila diorang balik sekolah hahaha.. Dan kalau budak budak besar ni balik secara automatic nya baby yang tengah tido tu akan bangun, rumah dah jadi pasar malam lepas tu selalu lambat siap nak pergi sekolah KAFA.. hahah balik mengadu kena marah dengan ustaz hihihi sapa suruh siap lambat, makan lambat gossip banyak sangat kan hehehhe..


ni budak sekolah intergrasi, pukul 4.30 baru diorag ni muncul hehe

Yang kelakanya mengadu dekat kak Lin yang aku ni garang hehe, kalau aku tak garang mau laa kome naik kepala haha. Izzati nak marah ?? bila zati marah budak budak ni ajuk balik aishhh.. ada ke patut kata “tak takut pun kak zati marah” . yang besar ni tak susah dah nk handel, tapi kena garang sikit la kalau tak kita yang susah, kalau main bising betul.. bila bab ngaji berebut rebut nak dulu heheh




Rindu dekat si Damia si budak manja suka teriak, kuat mengigit budak ni haha kalau dia geram siap laa budak lain kena gigit, yang selalu jadi mangsa Maryam haha.. Redha je muka bila kena gigit mana tak nya dia suka rampas barang dekat tangan Damia tu heheh.. suka sangat nak mandi, haha suka main air dapat main air taknak keluar toilet tu tabiat dia suka sangat bukak pempes sendiri haha. Pernah sekali tu nak bagi mandi sekali aku pusing pempes dia duduk atas lantai haruuu weyh haru haha nasib dia tak yak yak kalau tak lagi naiya hahahaha !!

Maryam last day hati dah sebak nk berpisah . yam awat la masyam je muka tu hee


Yang si maryam ni pulak kalau dapat tido tak nak bangun dah, bila lapar mengamuk satu rumah hehe.. budak paling susah nak senyum, mulut masyamm je.. tapi sekali senyum mesti dah terpikat sabab cantik lepas tu ada lesung pipit kat pipi dia yang tembun macam kuih pau tu hehe.. maryam ni dua beradik dengan syarif.. hansem aihh syarif ni hehe comel pulak tu, suka gaduh dengan cik yah, cik yah ni kedekut sikit orang nya tapi mai mood pemurah dia, habis semua orang dia bagi.. cerdik budaknya, faham je apa yang orang cakap, cakap pun pandai..

time bebudak laki solat asar, ada yang solat main2 yang tipu x amik wuduk haha mcm2 laa diorang ni 


Si timah yang suka senyum, renyeh sampai ke telinga,  ni pulak susah pulak nak tido nya.. kena cuaca senjuk gelap baru dia nak lelap, kadang buai dekat sejam tak tido tido mata dia dah mengantuk dah, aishh.. bab makan pulak dia susah nak makan, kadang suap luah balik.. aktif tak yah cakap ligat betul minat sangat nak sibuk tolong kat dapur bila orang masak hahaah.. badan sihat semangat walaupun kurang makan hehe.. si timah yang cepat berpeluh, kadang tak main apa peluh kemain haha.  Haa bila dia menjerit menangis yaa ampunn kuat sangat haha..

dah sebak dah.. syarif dok gayut apa kt pintu tu ??


Mai dekat si najihah suka betul dia tengok tv hehehe.. kalau dapat tengok tv haaa tak layan yang lain dah hehe suka sangat lagu indon kanak kanak yang nyanyi lagu Al Fatihah tu, siap buat gaya lagi hehe.. pandai budak ni.. tapi satu je bila mai mood malas dia, makan pun nak berbaring hehe macam macam akal budak budak ni heheh lucu betul suka buat kita tergelak dengan diorang..

Ermmm… bila dah berjauhan ni asyik terngiang laa suara diorang, rindu nak cium diorang.. okeyh lah panjang dah membebel ni, bila dah rindu semua nak tulis pasal diorang ni haha. Nanti ada masa nak pergi subang jaya lah jumpa bebudak tu hehe..insyallah.. Bila hati dah sayang macam ni lah jadi nya.. tapi tah la bebudak tu ingat ke tak lagi la kat aku yang garang ni haha ..




jiah tunjuk apa tu ?? haii cik yam rajin nya awk bagi botol tu kat mia hehe




♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

1 Massage:

Syira Lokman berkata...

comelnya anak2 ini..semoga dirahmati :)
EHEM ! SYIRA DAH KELUARKAN BUKU TAUU...HEE..JOM SUPPORT !
^_^ BUKU SERENITY BY SYIRA LOKMAN ! FREE POSTAGE DAN HADIAH MISTERI (TERHAD).
Guna #serenitysyiralokman di fb, twitter dan ig untuk tengok teaser :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner