05 September 2013

jodoh itu rahsia ALLAH

 





ehh ingat tak lagy story yang saya nak ceritakan kan ari tu??
maaf lah kalau ade pembaca menunggu dengan cerita saya tu hehe
maklum lah agak kesibukan sikit.. ni baru ade masa nak luangkan masa dengan blog nie
okei nama pencerita dan orang nye dirahsiakan.saya gelar dia ustaz..
satu hari entah macam mana dia membuka mulut untuk berkongsi kisah dia bersama kami berempat tambahan pula anis dan nana pun dah nak habis praktikalkan..
dia pun kongsilah kisah dia.kami nie yang dah tahu serba sedikit dari seorang ustazah mengenai kisah ustaz ni kami buat seolah tak tahu ape-ape ..
 kisah nya bermula disini ..


ustaz nie dulu nya belajar di unsiza yang dulunya dikenali sebagai KUsZA.
tahun keberapa aku pun tak ingat ustaz bg taw ari tu.. xsilap aku ustaz amik degree disana.
pempuan yang ustaz suka nie pun amik dgree tapi tahun akhir tak silap aku lah 
di sana dia telah berkenan dengan seorang wanita nie,, tetapi wanita nie tak pandang pun dekat ustaz saye nie..al maklumlah kata ustaz saya dia nie seorang yang solehah,pemalu,pendiam orang nya..
bila dah di gelarkan solehah memang dia tak melayan lah lelaki yang datang utk mengorat dia.
cantik orang nya. mana saya taw wanita nie cantik ?? hehe 
*pernah terbukak album gambar dalam komputer di pejabat 
 
 
kami membalas
 "tah tah ustaz nie playboy kut tu yang dia taknak layan ustz"
"eh mana ade saya mcm tu"
"tak kan lah dia tak suka ustz  muka ustz hensem boleh tahan plk tu hehe"
kemudia ustaz saya membalas
 "saya cuma berkawan dengan ramai pempuan je "

di sana ustaz nie suka menyakat orang nya. biasalah jiwa zaman muda muda nak mengusik usik kan
dia juga ade ramai kenalan perempuan .bila di cafeteria tgok pelajar pempuan yang dia kenal dia mengusik. alah msg - msg biase biase je tu lah yang ustz cakap kat kami..
"saya nie walaupun ramai kawan perempuan tapi hati saya suka kat dia je"
itu lah ayat ustz..
 
 
 
 
 
aku akui kata-kata ustaz ini ramai kawan perempuan tapi hanya berkawan..
 tak lebih dari seorang kawan
di hati hanya ade seorang yang betul- betul dia suka..
pendapat aku kenapa si dia tak dapat terima ustaz aku mungkin dia tahu ustaz ni ramai kawan permpuan dan disebab itu dia cakap ustaz ni playboy hehe.
hurmmmm..
mungkin dia ade dengar-dengar dari kawan-kawan dia yang ade dari kawan-kawan dia yang ade simpan perasaan kat ustaz ni atau pun perempuan-perempuan lain  dok bermsg-msg san dengan ustaz nie..
alaahh selalu nye bende mcm ni mesti cepat merebak haha
ade je tukang cerita tambah-tambah tak silap aku ustaz dan dia satu falkulti.
tapi disebab kan memang betul betul minat ustaz aku ni teruskan juga niat dia hehe.. 
 
*pempuan nie dia tak suka lelaki tu ramai kawan perempuan.sebab perempuan ni jenis yang mudah terasa dan cemburu. aku akui aku pun jenis yang macam tu aku tak suka orang yang aku sayang rapat dengan perempuan lain .melayan sana sini ape bagailah .. hehe
 
 
 okei.aku gelarkan wanita yg ustaz aku minat ni  N laa senang sikit..
okei bila si N nie dah tahun akhir tapi ustaz aku still xdapat-dapat dia lagi hehe 
kemudian si N nie sambung master bidang kaunsling kut kat UKM ..
nak dijadikan cerita ustaz aku nie sambung master tapi dia buat PJJ si N nie pulak master sepenuh masa..
tibe-tibe mereka berjumpa balik di UKM nie hehe 
aishhhh macam ade jodoh kan..??
hehe nak dijadikan cerita si N nie ade cakap kat ustaz kalau betul-betul nak kan saya jumpa famly saya..
almaklum lah ustaz aku ni bersungguh-sungguh .terus si N tue cakap macam tu .


*perempuan nie takut dia dipermainkan. dan sebab itu dia suruh jumpa famly utk menunjukkan seorang lelaki tu sama ade betul-betul nak kan perempuan tue menjadi isteri dia atau sebalik nya. 
 
waww !! ustaz pun dengan beraninya datang laa rumah si N nie.time raya tak silap aku lah.
terkejut jugak si N nie dia ingat ustaz aku ni main-main .last-last datang umah terus haha..
 dan kemudian mereka kahwin :) 
ni lah dinamakan JODOH kalau ade jodoh tak kemana kan?? hehe 
 
tapi ..
disangka panas sampai kepetang tapi hujan di tengah hari. eh macam salah je ayat aku nie hee
satu hari ustaz dan istrinye telah kemalagan jalan raya.. ustaz yang memandu kereta tersebut dalam kemalagan tue isterianya bersama anak dalam kandungan telah meninggal :'(
ustaz baru lepas exzam xsilap aku.paper last.
ustaz pulak kriktikal aku lupa dia tercedera bahagian mana. memang sedih dengar cerita dia .
ustaz jadi trauma/fobia dengan excident tu maklumlah dengan kepemergian isteri dia sekali. hampir berapa 2 3 bulan  lah dia trauma dan tesis utk master pun di tunda..
dalam kesedihan ade seorang nie amik berat pasal beliau.. kwn perempuan ustaz dulu merangkap kawan kepada isteri dia..demi mak ayah ustaz cakap saya kena kuat. saya sedih tengok mereka bila saya macam nie jadi saya pun gagahkan diri jugak untuk bagun semula..




keluarga arwah isteri dia nk jodoh kan ustaz dengan adik isteri dia tapi ustaz taknak sebab nye dia takut nanti dia menipu diri dia dan si adik isteri dia tu maklum lah muka lebih kurang sama.. nanti terbayang-bayang si isteri pulak.. jadi dia terpaksa menipu dalam terpaksa dan memlih orang lain .
selepas kehilangan isteri 6 bulan lepas tu ustaz berkahwin dengan kwn si isteri nya dulu merangkap kawan perempuan yang ambil berat masa ustaz sakit dulu.
rupa-rupa nya isteri ustaz sekarang ni pun ade simpan perasaan kat ustaz wahhh..
tapi ustaz tak tahu sampai lah satu hari selepas kemalangan tersebut dia muncul balik utk bagi semagat semula kat ustaz time tu baru  la ustaz tahu dia pun suka kan ustaz ..
 
 * tu lah ustaz rajin sangat mengusik orang kan ade yang dah suka.sian dia terpaksa mkan hati bila tgok ustaz kwin dgn isteri pertama ustaz dulu hehe kami mengusik ustaz.. tersengeh je dia 

permpuan ni bukan boleh kalau kaum lelaki amik berat ape bagai,mengusik usik un jangan nanti dia tibe-tibe leh tersuka kat lelaki tersebut.. hati pempuan ni lembut ea senang sangat tersentuh..
msg selalu ,call selalu baik lah jangan buat mcam tu kalau niat nak berkawan .
nanti berkwn2 tak pasal tersuka. kalau dua2 pihak suka sama suka takpe buat si pempuan tu je yg suka tak ke sian kat dia. takpasal2 nanti dia rasa macam di permain kan..bertepuk sebelah tangan pulak nanti jadinya.. faham kan kaum adam ???
 
 sekarang ustaz bahagiaa.. dah ade 2 orang anak sepasang pulak tu comel comel..
kami mtk nak tengok gambar isteri ptama dia dulu dia cakap ade dalam kompuer kat depan tu* nana tanya kut tak silap aku padahal dah selongkar dah gambar dalam tu hehe 
dalam tu je kenangan ustaz dgn isteri dia yang mula-mula dulu.. kalau hilang dalam tu xde dah lah .. 
 





Jodoh tue rahsia ALLAH hanyA ALLAH yang mengetahui segalanya.. tak semestinya jodoh kita tu dengan orang yang kita suka.. kadang kadang kita tak sangka  dia tu jodoh kita..
kadang-kadang orang yang dah jauh dengan kita jadi jodoh kita .kita hanya merancang ALLAH yang tentukan segalanya..
untuk mendapat jodoh yang baik berdoalah dari sekarang agar jodoh kita tue nty sayangkan kita, mampu membimbing kita bersama ank ank mencari SYURGANYA.. 

semoga ustaz bahagia bersama keluarga tercinta :)



♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

01 September 2013

berniqab itu memang cantik

 
TOPIk hari ini adalah topik berniqab
haaa mesti tertanya-tanya kan kenapa hari ini saye nak tulis mengenai wanita yang berniqab.. 
disini saye akan jelas kan kenapa saye nak sangat kongsi dengan adik -adik semua..
sekarang ramai wanita yang berniqab Alhamdulilah..
memang cantik pada mata kita jika sesorang itu berniqab.. 
tetapi dari ape yang saye lihat dengan mata saya ramai niqabis yang
bukan mahu mengelak dari  fitnah.
tetapi sebaliknya menjadi fitnah kpd niqabis tersebut.. 
sebab ape jadi FITNAH ?? 
 
1) masih ade bonggolan ketika memakai tudung
2) tudung singkat tidak menutup bahagian dada
3) pakaian bercorak-corak sehingga menarik perhatian yang melihatnya
 
dan macam-macam lagi jika saya senaraikan pun sampai esok pun tak habis.. saya bukan nak perlekehkan kepada yang berniqab ini.tetapi setiap pemakai kena kembali kepada NIAT asal 
kenapa aku nak berniqab??

adakah nak menunjuk-nunjuk aku lah yang baik sebab aku berniqab ??
atau 
untuk melindungi diri kita dari FITNAH dunia.. 
so ape-ape pun kita kena kembali kepada niat asal kita.. dalam hadis 40 ,hadis pertama yang disebut berkenaan NIAT . "inna a`malu binniat " 
ape yang kita buat tu bergantung kepada niat asal kita.. 
 
bila dah berniqab nie macam-macam kena jaga, 
kelakuan kita, percakapan kita,pergaulan kita,pakaian kita biar ikut syarak.. 
jangan ikut nafsu..
Selalunye yang berniqab nie sebab taknak orang lain lihat wajah dia atau mahu mengelakan 
diri dia dari FITNAH dunia.. 
 atas rasa malu dan kecintaan kepada Allah kan? 
Tapi kenapa kita tidak malu untuk menayangkan pada makhlukNya?
Sepatutnya bila malu itu lebih kepada Allah, lantaran dosa dan
sebagainya, kita akan rasa segan dan malu nak menonjolkan diri.
 
tetapi sebalik nya jika kita lihat ramai niqabis yg upload gambar posing sakan di FACEBOOK..
adakah anda boleh bayangkan sekarang??? 
 
 
 
sebagai niqabis kita kena tunjukkan sikap contoh baik kepada yang tidak berniqab dan yang tidak bertudung di luar sana.. supaya mereka ade minat untuk bertudung atau menutup aurat mengikut syariat..
jika niat kita berniqab hanya untuk menunjuk-nunjuk,atau mengikut trend /fesyen anda tak akan dapat ape-ape.. 
 
"alaaa harap je berpurdah perangai tak ubah "
"kalau berpurdah tapi melayan lelaki bukan ajnabi,msg lah lelaki,berCOUPLE, "
"berpurdah sebab ikut orang lah tu ,tudung singkat ,mata warna warni "
"niqab tapi keluar dengan pakwe ape kess "
 
 
 
mulut orang memang kita tak boleh tutup dengan kata-kata kriktikan itu,
Mereka ini hanya tahu mengkritik tetapi tak mahu tegur si pesalahnya.
menasihati ape yang salah,betul kan ape yang salah ..
bukan kah itu lebih baik dari kita mengkondem dan mengkritik si pemakai.
mungkin si pemakai itu masih baru dan tak tahu cara pemakaian yang betul tak salah rasanya kita tegur dan betul kan dia..
 
CUBA KITA IKHLAS KAN DIRI DALAM MELAKUKAN SESUATU
 
kepada niqabis diluar sana renunglah adakah ini yang anda mahu bila berniqab??
jangan disebab kan nila setitik rosak susu sebelanga..
ye saya tahu banyak ujian yang dihadapi oleh pemakai niqab ini. 
saya harap kepada yang berniqab ini mampu beristiqomah dengan pemakaian tersebut.
jangan selepas berniqab kamu membukanya.
seolah-olah kamu mempermain kan cara pemakaian tersebut.
tetapi 
jika kamu rasa tidak mampu meneruskan memakainya ,
kekalkan lah memakai pakaian yang longar,tudung menutupi dada yang menepatu syariat.
jagalah sikap dan pergaulan kamu..
jangan selepas kamu membuka purdah hilang semua pakaian yang menepati syariat itu.
pergaulan lelaki dan perempuan kamu tidak menjaganya..
ingatlah pesan ini.
 
 BERNIQABLAH KERANA KESEDIA MU, BUKAN UNTUK MEMPAMERKAN KEHEBATAN DIRI MU. KERANA ITU BELUM MENJADIKAN KAMU BERSEDIA UNTUKNYA, BAHKAN SEBENARNYA MASIH TIMBUL RASA CINTAKAN DUNIA, CINTAKAN PUJIAN MANUSIA
 
niat dihati ini :- 
doakan untuk diri ini agar satu hari nanti mampu untuk mengikut 
jejak langkah adikku yang sudah berniqab :')
berubah kerana ALLAH bukan kerana manusia .. 
 
 

♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner