27 September 2013

ingin berniqab,biar kerana ALLAH SWT

 

 
 niat diri nie ingin berniqab setelah melihat adik kedua aku berniqab. 
masa pergi pondok dia melawat dia aku tengok semuanya berniqab hati jadi sejuk memandang mereka.
walaupun pernah someone menyuruh aku berniqab tapi diri ini masih belum bersedia.
aku tak mahu niat aku berniqab kerana dia suruh. biar niat aku ingin berniqab ini kerana ALLAH. 
bukan kerana manusia..
bila aku buat kerana manusia aku takut aku pakai hanya seketika sahaja dan selepas itu aku bukak 
tak pakai terus niqab tue.. 
kesimpulannye aku tak beristiqomah dengan ape yang aku buat. dan sebab itu aku tanggukan dulu niat aku ingin berniqab. 




setelah aku tanya pendapat kawan yang senior bab ini  dia menasihati aku .
 
"jannah mungkin kalau hang berniqab hang dapat perbaiki diri hang lebih baik dari sekarang
sebab bila hang berpakaian macam tue hang tak akan buat pekara yang tak elok..
cara pakaian kita juga akan memotivasikan diri kita untuk menjadi lebih baik jannah.."
 
 
atas nasihat dan dorongan sahabat mereka menyuruh aku buat istikharah..
kerana ALLAH sahaja yang mengetahui sama ada baik atau tidak jika aku berniqab ini..


seminggu aku buat istikharah ini.. hari ke7 aku dapat mimpi .
mimpi nie membuat aku tertanya-tanya.
kenapa  aku nampak orang yang membuka niqab?? 
dalam mimpi tu aku tak pakai niqab pun.. 
 
so bilaa dapat mimpi macam nie aku tanya kwn aku un dia tak tahu.. 
aku sembang dengan adik aku dia terkejut..
dia suruh aku menyambung membuat istikharah.. dan mencari info-info tentang berniqab..
sebelum dia sambung belajar di kelantan rajin jugak aku membaca .
 
mungkin kak jannah tak sedia lagi kut sebab tu ALLAH tunjukan mimpi macam tu.
ye memang aku tak bersedia lagi sebab  aku takut.
takut sebab ape ?? sebab pandangan orang tentang insan berniqab 
melihat insan berniqab orang ramai selalu memandang niqabis nie sempurna dan tak melakukan kesalahan.



dan sekarang walau aku tak berniqab aku cuba beristiqomah dengan pakaian 
aku sekarang tudung labuh menutupi dada,berstokin,bermaksum..
mula-mula aku agak liat tapi aku pikir pekara sikit punya ringan ni kalau aku tak beristiqomah 
macam mana kalau aku nak berniqab?? 
takpe kita mula dari bawah walaupun aku ni pelajar sekolah agama tapi tak istiqomah berstokin dulu .
tapi alhamdulilah atas nasihat adik sahabat sekarang aku mampu lakukan secara istiqomah..
 

sebelum berniqab perlulah aku perbaiki diri ini supaya aku tidak mengikut jejak
langkah niqabis yang tersalah langkah di luar sana.. 
BERUBAH KERANA ALLAH BUKAN KERANA MANUSIA . .

insyallah satu hari nanti :')


terjumpa satu puisi nie aku tertarik dan sering aku ulang-ulang membaca agar 
NIAT KU BERUBAH KERANA MU YA ALLAH
puisi nie motivasi aku untuk terus perbaiki diri aku dari hari demi hari 
doa kan aku ye :')


Wahai diri :

Jika kamu mahu berniqab.....

Berniqab bukanlah kerana trend terkini..

Berniqab bukan untuk menunjuk diri alim..

Berniqab bukan untuk merendah-rendahkan yg lain..

Berniqab bukan utk perlekehkan sesama Muslimin Muslimat..

Jadi sebelum kamu mulakan niqab di wajahmu,

Niqabkan hatimu dulu,

Niqabkan jiwamu dulu,

Niqabkan lidahmu dulu,

Niqabkan langkahmu dulu...

Kerana yg terselindung belum tentu terus berlindung.

Yang terbuka belum tentu terus terbuka ..

Berilmu lah sebelum kau beramal wahai ukhti fillah...

Kan silih berganti dugaan dan ujian dari Rabb mu...

Menguji sekuat mana cinta niqab didalam dirimu....

Usahlah melatah jika difitnah, kerana diri mu terlindung dari segala fitnah...

Maka fitnah itu pasti berlegar diluar lingkungan niqab mu....

Pabila ada kesempatan, yang lemah pasti fitnah itu menerjah kedalam diri mu..

Usahlah kamu mendongak wajah ke langit....

Perhatikanlah diri mu agar menjadi Niqabi terpuji ...

Kerana itu ku katakan, niqabkan dirimu, sebelum kamu niqabkan wajahmu..

Istiqamah bukan hanya sekadar kata-kata..

Istiqamah ini bukan hanya ayat cantik untuk diwarta di facebook,twitter,myspace,ym dan skype..

Tetapi ia perlulah datang dari jiwa yang tulus demi Allah swt..

Maka kau niqabkan setiap kata-katamu..

Jangan perlekehkan nilai niqab,

kerana dibalik tirai suara-suara itu..

berhimpun manusia menunggu jelek kan kamu...

Yang berniqab bercinta, tapi tiada tuju hala - ku berani katakan BERSEPAH DI ALAM MAYA!

Yang berniqab mulutnya ibarat tempayan - ku berani katakan KATA JIHAD TAPI MENGUMPAT!

Yang berniqab akalnya disimpan - kuberani nyatakan STATUS HARIAN JADI SARANG KEBENCIAN!

Yang membuka aurat, sudah ternyata tidak mahu mendengar-Nya....

Jangan lah yang memberati aurat ini mencemar niqab mu sendiri....

Jari jemari di papan kekunci katakan CINTAKAN ALLAH,CINTAKAN RASUL....

Yakinkah kamu? Jangan berkata tetapi hakikatkanlah tubuh mu...

Terlalu sarat dengan kata nista....

Kamu berdusta!!!

Jadi gadis berniqab, jagalah namamu,jagalah namaku,jagalah namanya dan jagalah nama mereka dan nama ummul mu'minen mu....

Niqab bukan fesyen terbaru!

Niqab bukan sekadar pelindung tabarruj!

Niqab bukan barang pemangkin ikhtilat!

Niqab bukan untuk dipersendakan...

Berilmulah sebelum beramal....

Kerana yang akan menderita adalah diri mu....
 
dari : http://dabellastory.blogspot.com/ 
 
 
 

♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

5 Massage:

mazni berkata...

setuju sgt. kadang2 ade org yg pakai purdah hanya kerana ikut-ikutan, sbb nampak lawa n etc. hakikatnya tk semua org istiqomah bila berpurdah, sekejap pakai sekejap tk pakai. sye pun prnh bercita-cita nk berpurdah jgk, tpi takut niat tk betul dan tk dapat nk istiqomah..apepun, InsyaAllah satu hari nnti akak pasti akan berniqab :)

Cahaya syurGa berkata...

@mazni
terima kasih adik doakan :)sebab tue akak sedang perbaiki diri agar niat asal tak tersalah.. biar kerana ALLAH ape yang kita buat baru lah hati akan ikhlas buat sesuatu itu dan kita akan terus beristqomah melakukan nya..

asha hana berkata...

hana pown bukanlah gadis sempurna. tp hana jugak sedang mencuba utk jadi yang lebih baik di mata ALLAH. walaupun bukan dengan berniqab cukuplah menutup aurat dengan sempurna. in sya ALLAH. bila kita dah ada niat yang suci. ALLAH akan permudahkan jalan. suatu hari nnti jannah pasti akan berniqab in sya ALLAH :')

Cahaya syurGa berkata...

@asha hana
ye betul tu walaupun bukan berniqab cukup lah menutup aurat dgn sempurna.. walaupun niqab itu hnya sunnat tapi insyallah bila diri ini dah betul2 yakin dgn kptusan tue ALLAH akn mudah kan jalan kita utk kearah kebaikan. skrg cuba utk terus perbaiki diri menjadi sempurna di SISI ALLAH :') terima kasih atas pndapat awk itu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner