08 September 2013

ANDAI LELAKI TAHU

 

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu
tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu
adalah segalanya di hatinya.
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air
mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia
sedang mencari kekuatan untuk terus tabah
mencintai lelaki itu.
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia
tidak mampu mengawal perasaannya tapi
percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil
berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja
pasangan yang baru bercinta, mereka jarang
bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah
sayang mereka pada seseorang, semakin pula
banyak sesuatu yang terjadi.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah
bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia
mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu
berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu
menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu
menjadikan anda lebih baik, bukan untuk
dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak
percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak
sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan
masih menganggap kamu anak kecil yang masih
memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia
terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu
akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya
mahukan yang terbaik untuk kamu .
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia
mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk
dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan
perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri
cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi
juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia
benar-benar maksudkannya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik
dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana
dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu
melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi
yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya
memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi
dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan
menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di
matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang
terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan
bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan
sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat
lembut.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan
saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda
pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan
fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali
tenang, percayalah dia akan mencari anda
semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai
anda. Perempuan sulit untuk mengawal
perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang
paling menyayangi anda dan sangat sensitif
dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan
perempuan itu dengan perbezaan yangtersendiri.
 Tetapi sekiranya mereka saling
memahami, mereka akan saling melengkapi dan
menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat
bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang dapat menggoncang dunia dan mungkin
bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang
perempuan dalam hidup anda kerana dia
didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong
anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan
bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

0 Massage:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner