01 September 2013

berniqab itu memang cantik

 
TOPIk hari ini adalah topik berniqab
haaa mesti tertanya-tanya kan kenapa hari ini saye nak tulis mengenai wanita yang berniqab.. 
disini saye akan jelas kan kenapa saye nak sangat kongsi dengan adik -adik semua..
sekarang ramai wanita yang berniqab Alhamdulilah..
memang cantik pada mata kita jika sesorang itu berniqab.. 
tetapi dari ape yang saye lihat dengan mata saya ramai niqabis yang
bukan mahu mengelak dari  fitnah.
tetapi sebaliknya menjadi fitnah kpd niqabis tersebut.. 
sebab ape jadi FITNAH ?? 
 
1) masih ade bonggolan ketika memakai tudung
2) tudung singkat tidak menutup bahagian dada
3) pakaian bercorak-corak sehingga menarik perhatian yang melihatnya
 
dan macam-macam lagi jika saya senaraikan pun sampai esok pun tak habis.. saya bukan nak perlekehkan kepada yang berniqab ini.tetapi setiap pemakai kena kembali kepada NIAT asal 
kenapa aku nak berniqab??

adakah nak menunjuk-nunjuk aku lah yang baik sebab aku berniqab ??
atau 
untuk melindungi diri kita dari FITNAH dunia.. 
so ape-ape pun kita kena kembali kepada niat asal kita.. dalam hadis 40 ,hadis pertama yang disebut berkenaan NIAT . "inna a`malu binniat " 
ape yang kita buat tu bergantung kepada niat asal kita.. 
 
bila dah berniqab nie macam-macam kena jaga, 
kelakuan kita, percakapan kita,pergaulan kita,pakaian kita biar ikut syarak.. 
jangan ikut nafsu..
Selalunye yang berniqab nie sebab taknak orang lain lihat wajah dia atau mahu mengelakan 
diri dia dari FITNAH dunia.. 
 atas rasa malu dan kecintaan kepada Allah kan? 
Tapi kenapa kita tidak malu untuk menayangkan pada makhlukNya?
Sepatutnya bila malu itu lebih kepada Allah, lantaran dosa dan
sebagainya, kita akan rasa segan dan malu nak menonjolkan diri.
 
tetapi sebalik nya jika kita lihat ramai niqabis yg upload gambar posing sakan di FACEBOOK..
adakah anda boleh bayangkan sekarang??? 
 
 
 
sebagai niqabis kita kena tunjukkan sikap contoh baik kepada yang tidak berniqab dan yang tidak bertudung di luar sana.. supaya mereka ade minat untuk bertudung atau menutup aurat mengikut syariat..
jika niat kita berniqab hanya untuk menunjuk-nunjuk,atau mengikut trend /fesyen anda tak akan dapat ape-ape.. 
 
"alaaa harap je berpurdah perangai tak ubah "
"kalau berpurdah tapi melayan lelaki bukan ajnabi,msg lah lelaki,berCOUPLE, "
"berpurdah sebab ikut orang lah tu ,tudung singkat ,mata warna warni "
"niqab tapi keluar dengan pakwe ape kess "
 
 
 
mulut orang memang kita tak boleh tutup dengan kata-kata kriktikan itu,
Mereka ini hanya tahu mengkritik tetapi tak mahu tegur si pesalahnya.
menasihati ape yang salah,betul kan ape yang salah ..
bukan kah itu lebih baik dari kita mengkondem dan mengkritik si pemakai.
mungkin si pemakai itu masih baru dan tak tahu cara pemakaian yang betul tak salah rasanya kita tegur dan betul kan dia..
 
CUBA KITA IKHLAS KAN DIRI DALAM MELAKUKAN SESUATU
 
kepada niqabis diluar sana renunglah adakah ini yang anda mahu bila berniqab??
jangan disebab kan nila setitik rosak susu sebelanga..
ye saya tahu banyak ujian yang dihadapi oleh pemakai niqab ini. 
saya harap kepada yang berniqab ini mampu beristiqomah dengan pemakaian tersebut.
jangan selepas berniqab kamu membukanya.
seolah-olah kamu mempermain kan cara pemakaian tersebut.
tetapi 
jika kamu rasa tidak mampu meneruskan memakainya ,
kekalkan lah memakai pakaian yang longar,tudung menutupi dada yang menepatu syariat.
jagalah sikap dan pergaulan kamu..
jangan selepas kamu membuka purdah hilang semua pakaian yang menepati syariat itu.
pergaulan lelaki dan perempuan kamu tidak menjaganya..
ingatlah pesan ini.
 
 BERNIQABLAH KERANA KESEDIA MU, BUKAN UNTUK MEMPAMERKAN KEHEBATAN DIRI MU. KERANA ITU BELUM MENJADIKAN KAMU BERSEDIA UNTUKNYA, BAHKAN SEBENARNYA MASIH TIMBUL RASA CINTAKAN DUNIA, CINTAKAN PUJIAN MANUSIA
 
niat dihati ini :- 
doakan untuk diri ini agar satu hari nanti mampu untuk mengikut 
jejak langkah adikku yang sudah berniqab :')
berubah kerana ALLAH bukan kerana manusia .. 
 
 

♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

1 Massage:

asyraf berkata...

Macam kenal budak tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner