02 Jun 2013

10 Petanda Dia Jodoh Kita

 
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa.
Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT
mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal
untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang
ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang
dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling
memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang
ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan
tidak berlakon.
Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa
serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun
kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang
berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon.
Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon
hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita. 

2. Senang Bersama Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada
sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari
semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat
kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa
senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa
ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan. 

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia
tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga
tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.
Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak
ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia
berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam
agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara
yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu
kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila
berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia
tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.
Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang
disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-
baik pilihan. 

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya
dapat mengurangkan beban yang  ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia
dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi
mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul
dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-
rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak
berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati
adalah melalui kepercayaan dan kejujuran.Bahagialah individu yang memperoleh
kedua-duanya. 

6. Senang Bekerjasama Bagi kita yang inginkan hubungan cinta
berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling
bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama
melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang
dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-
masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan
melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa
memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana
ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar
bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab
seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan? 

7. Memahami Diri Kita Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah
memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita
berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi
pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama
kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia
sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan.
Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga
sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di
kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi
pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan Tiada siapa yang sempurna di dunia ini.
Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala
sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi
dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia
kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk
memberitahu dan mengakui kelemahan dihadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan
mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun
sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada
melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk
masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati Dengarlah kata hati.
Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat
mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga
kita dapat saling tahu perasaan masing- masing. Kita dan dia juga dapat membaca
fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada
situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi.
Adakah dia ditakdirkan untuk kita?
Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan.Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan
Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh
yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon,
diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, 
tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah
memberikan petunjuk, insya-Allah dengan  izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia
pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua
yang kita lakukan ini adalah bagi  mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia.
Setelah semuanya diusahakan, berserahlah  kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah,
nikmat di dunia ini hanya  sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal  selamanya






♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

0 Massage:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner