29 Disember 2012

Isteri solehah

Artikel IM
Isteri solehah~

Seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik x bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu..

dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..
dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."
membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."
membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"
membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"

selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "trima ksih abang krana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan trima kasih krna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg seorang istri redha akn pemergianmu krna ksih syg Allah pd mu."

Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..
Inspirasi Mukmin
By: Inspirasi Mukmin

♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

28 Disember 2012

hargailah diri anda

 
Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.

♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

26 Disember 2012

nak patah kaki aku dibuatnya


Salam rindu cute-cute semua.. ape kabar awk semua ?? hope sehat lah ea..
Tau tak ape jadi kat aku ari nie?? Haha tadi ak g amik lessen kereta.. tapi just sempat 3jam taklimat je..
Yg priktikal tu aku xsempat pulak,, sebb ramai orang.. lepas tu aku ngat kan umi nak amik last2 balik naik bas dah lah bas kt situ ak xpenah Nampak haha tapi dah ade pondok bas tu ade lah kan basnye hehe.. aku un tunggu lah bas.. lama gak laa  bas tak nampk batang hidung pun yg nmpk bas sekolah je hahah!! Xkan nak naik kutt.. dok tggu2 ade kereta berhenti ckp nk g tping ke,, dy mcm kereta sapu lah.. mcm kat psis.. hehe.. klo ak sorg ak xnaik dah.. ni mybe ade pempuan india sekali sbb tu ak naik tu.. lagi un sian kat si nor tggu lama kt kfc tue hehe,, lepas tu g lah kfc makan lama jugak lah sbb nak bg hbis mkanan tu.. lps tu kami tawaf taiping g bank ke bank.. perhhh bukan dekat jauh kot ade lah dekat 7 bank hahaha.. banyak kan gare2 kena amik pemplet je pun haha.. mula mula tue memang malu masuk semata mata nak amik benda tu je.. haha..
Ade yang lawak nye time nk lintas jalan.. sampai ade yg gelak tgok kami mana tak nye takut.. x berani bnyk sgt kereta..  aku td nyaris2 nk kena langar lau x hospital dah ak dok.. jalan ikut dan je.. selamat nor tarik aku dulu..lau x tak tau ape jadi hehe.. sampai kat tabung haji ade org syrikat insuran tahan.. dye soh dgr taklimat dye sat.. nak soh kami wat insurans lah tu haha.. tnye dok tnye sekali ak tnye ni sekali dgn insurans kesihatan ke?? Dia un jwb “tak,adik tau x ape tue kemalagan??” aku jwb tau excident ..” haha amik ak translet balik , memg gelak jugak kt situ malu kena peril hahaha.. last2 kami xamik walau un penting tapi kami xda duit lagi sekrang nie laa haha,, len kali jew..
Penat kut berjalan jauh ase cm nak ptah kaki jew.. aku balik naik bas kol 4 stgah.. last2 bas tu gerak tiba2 mati tgah jalan adoii maka kami kena berkampung lah kat tepi jalan tggu bas lain hahaha.. xpnah ak jdi mcm tu dugaan.. tadi aku ckp kt nor lepas nie xyah penat2 jalan dah .. tggu ak dapat lessen kereta haha dia gelak . mana tak nye lambat lagi daaa nak hbis lessen aku tu hahaa.. aku sampai umah dalam kol 6stgah baying kan aku keluar sehari dari pagi kol 7 smpai ptg kol 6 .. perhhhh~~ lama gilaaaa. Hahaha..
Dh laa cukup sampai disini shaja kisah aku ari nie haha.. tata cute semuaa..


♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

24 Disember 2012

kenal lah siapa suami kita sebelum berkhwin

Mamat dan Minah telah melangsungkan perkahwinannya.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya,
 Pak Haji Dollah, bapa mertua Mamat, bapa Minah lah tuu, mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. 
Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, maklumlah malam pertama,
 Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah. 
Dia dok asyik berbaring dek kerana penat, membetulkan urat-urat yang lenguh semalam.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. 
Selepas selesai solatnya dan memberi salam.

Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, 
"Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat ker?rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi."

Astagfirullah.. mengucap panjang Pak Haji.

Moral - Check dulu bakal suami kamu wahai wanita

♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

23 Disember 2012

7 KALIMAT YANG DISUKAI ALLAH

7 KALIMAT YANG DISUKAI ALLAH

●Pertama adalah kalimat “Bismillah”, yang
haruslah kita ucapkan pada tiap-tiap hendak
melakukan sesuatu.

●Kedua, kalimat “Alhamdulillah” yang diucapkan
pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

●Ketiga, kalimat “Astaghfirullah ” yang diucapkan
jika lidah terselip perkataan yang tidak patut atau
ada tindakan kita yang tidak pantas.

●Keempat, kalimat “Insya Allah”, yang kita
ucapkan jika merencanakan untuk berbuat
sesuatu.

●Kelima, kalimat ”La haula wala kuwwata illa
billah”, yang diucapkan jika menghadapi sesutu
yang tidak disukai maupun tidak diingini.

● Keenam, kalimat “Inna lillahi wa inna ilaihi
rajiun”, yang diucapkan jika menghadapi dan
menerima musibah.

●Ketujuh, kalimat “La ilaha illa Allah ” yang
diucapkan sepanjang siang dan malam, hingga tak
terpisahkan dari lidah kita
 
semoga kita sama sama mengamalkan nye :)
peringatan utk diri saya dan juga syang2 semua :)

♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner