08 Disember 2012

halal kan yang haram

 
 
 
Sampai takut saya nak pegang. Bukan takut patah. 
Tapi takut nanti jari kita tak boleh tolong antara satu sama lain. 
Di satu hari yang dahsyat depan Yang Maha Esa.

Saya suka tengok rambut awak. Lurus macam teknik rebonding. 
Sebab tu saya belikan awak tudung. 
Bukan sebab cemburu orang lain tengok jugak. Tapi takut nanti awak kena bakar dalam api ner
aka.

Saya suka tengok ‘body’ awak. Mantap giler. Sebab tu saya belikan awak jubah dan telekung. Supaya masa awak berjumpa dengan Kekasih awak Yang Utama nanti, awak lagi cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala.
Saya risau tengok awak tak tidur, tak makan sebab rindu kat saya.
 Saya pun macam tu jugak.
 Awak tanya apa ubatnya? Saya pun bagi awak Al-Quran sebagai penenang jiwa. 
Semoga lebih cintakan-Nya dari saya.

Saya sedih tengok awak. Selalu pesan macam-macam kat saya.
 “Makan, minum, drive elok-elok tau. Nanti awak sakit saya susah hati dan bermacam-macam lagi”. 
Tapi bila keluar ‘dating’ sama-sama, terlalu asyik hingga tertinggal Zohor.
 Awak langsung tak kata apa satu pun. Berdosanya saya.

Kesimpulannya, saya memang sayangkan awak.
 Nak setia pada awak. Tapi, saya dah tak sanggup nak tanggung dosa kalau kita terus ber’couple’. Saya nak kahwin dengan awak cepat-cepat.
 Nak hidup bahagia bersama di dunia dan akhirat terutamanya.

Semoga kita saling mengingati dan menginsafi diri kita. 
Dosa saya sendiri pun bertimbun. Nak tanggung dosa awak lagi lepas ni. 
Ya Allah, ampunkanlah dosa kami. 
Jauhilah kami daripada perkara-perkara mungkar dan keji. 
Engkau pertemukanlah jodoh kami agar hubungan ini halal dan mendapat keredhaan dari-Mu Ya Allah..
 
 
 
 




♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

05 Disember 2012

janganlah kita menghina sesorang

Seorang budak lelaki kurang ilmu mencintai seorang gadis yang tinggi ilmunya yang merupakan anak imam masjid ..... Satu hari budak itu melamar gadis itu. Kemudian gadis itu berkata, "Dengar sini! Ilmu awak cuma setakat darjah enam ialah berbanding saya pelajar Univeristi Al Azhar ::: ♥

::: Macam mana saya nak terima awak? Bagaimana awak boleh terfikir bahawa saya mahukan awak? Saya tidak akan menyukai awak kerana saya adalah anak kepada imam masjid Kampung Pisang ... Jadi, lupakan saya dan cari orang yang sama taraf dengan awak. " Tetapi entah bagaimana budak lelaki itu tidak dapat melupakannya begitu mudah. 10 tahun kemudian. ::: ♥

::: Satu hari mereka bertembung di sebuah pusat tahfiz. Gadis itu berkata, "Assalamu'alaikum wbt! Awak! Apa khabar? Sekarang saya berkahwin. Adakah awak tahu siapa suami saya? Suami saya adalah lepasan Al Azhar Awak boleh bayangkan? Dan dia juga sangat soleh. " Mata lelaki itu dapat basah dengan air mata setelah mendengar kata-kata gadis itu. ::: ♥

::: Setelah beberapa minit suaminya datang sebelum gadis itu boleh mengatakan sesuatu kepada lelaki itu, suaminya mula berkata apabila melihat lelaki itu. "Tuan Syeikh! Anta di sini? kenalkan isteri ana." Kemudian dia berkata kepada isteri beliau, "Ana amat terhutang budi kepada jasa tuan syeikh kerana banyak memberi dan mengajar ilmu agama kepada ana....Kalaulah tanpa tuan..... Dan ingin tahu satu fakta? Tuan syeikh mencintai seorang gadis tetapi dia tidak dapat perempuan itu. Itulah sebabnya mengapa dia masih belum berkahwin. Sungguh bertuah gadis itu dihatinya, bukan?::: ♥

::: Moral dari cerita ini.... Hidup tidak begitu singkat. Jadi, jangan berbangga dengan diri sendiri dan memperbodohkan orang lain. Situasi boleh berubah dengan masa. Setiap orang harus menghargai cinta..yang paling penting cinta Ilahi ... hargailah semoga kamu dicintai oleh semua ya ..... Jangan menyesal di kemudian hari.. jangan menghina orang lain kerana Allah sentiasa melindungi hamba2 yang disayangiNya iaitu wali2 Allah .... semoga menjadi iktibar kepada kita semua ::: ♥

♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner