26 Julai 2012

jadikan sebagai perkongsian ilmu





assalamualaikum...
sahabat yang ana sayangi....
jadikan face book medan perkongsian ilmu anda...

sebagai seorang yang beragama islam...
kita diajar untuk menegur atau dalam erti kata lain menasihati..
menasihati sesama ahli keluarga,rakan2....
sememangnya satu amalan yang baik jika kita mengamalkan budaya saling menasihati antara satu sama lain...

tetapi....
amat menyedihkan..
apabila kita yang menegur atau menasihati kesilapan yang dilakukan hamba Allah yang lain ....
melakukan kesilapan yang sama malahan lebih lagi....

Kenapa?????
seharusnya kita yang menasihati perlu menunjukkan contoh yang baik kepada mereka yang kita nasihat.
Supaya...
hatinya lebih terbuka untuk menerima dan memahami apa yang kita sampaikan kepadanya...Insya Allah..

wahai sahabat yang ana kasihi...
setiap apa yang kita lakukan di muka bumi Allah ini dicatat dan dinilai ...

Bayangkanlah....
kita sibuk menasihati orang lain lakukanlah itu ,lakukanlah ini,..
buatlah seperti itu, buatlah seperti ini....
tapi kita masih lalai, masih alpa...
apakah kita tidak merasa malu????tidak merasa ada kekurangan??
sibuk menasihati orang lain tapi kita tidak sibuk mengingatkan diri kita????

Sebelum kalian menerjah ana dengan soalan....
"OOO...SAYA KENA BERUBAH JADI ALIM LAH NI, BARU BOLEH NASIHAT ORANG LAIN????"
sebelum hal di atas itu berlaku...
dan sebelum sahabat2 yang ana sayang salah faham...
elok rasanya ana perjelaskan...

bukanlah maksud ana, tidak boleh menasihati orang lain...
boleh seboleh-bolehnya!!
tetapi....
biarlah apa yang kita sampaikan seiring dengan apa yang kita lakukan....

maksudnya...
kalian juga melakukan apa yang kalian nasihatkan...
bukan sekadar mengajak orang lain melakukan kebaikan ...
tetapi anda???
masih lagi terkapai-kapai....

pesanan ini untuk ana dan kalian.....
untuk kita sama2 meniti usia yang penuh cabaran....
cabaran menuju keredhaan tuhan....

Jadikan facebook medan perkongsian ilmu....
ALHAMDULILLAH.....



















♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

25 Julai 2012

korang kenal siape yg korang pilih




Seseorang: "Kenapa awak sanggup terima saya, sanggup nak kahwin dengan saya? Padahal saya ni tak baik, solat pun tak cukup, kerjaya pun tak stabil, harta pun tak ada, kenderaan pun kecik je. Saya pula ada banyak kisah silam, ada banyak kes disiplin, ada rekod lampau, terlibat macam-macam, ada rekod polis. Saya pun tak kacak, tak pandai, tak stail, tak bergaya, bukan kaki masjid pun. Saya tak tahu sangat bab agama, saya tak berguna pun. Tapi kenapa awak yang punya segala, ada pilihan yang lebih baik dan boleh pilih yang lebih bagus, awak cantik, awak baik, awak ada kerja best, awak macam puteri raja, awak beragama, sembahyang tak tinggal, pandai itu dan ini, semua awak boleh, serba-serbi awak sangat membanggakan. Tapi kenapa awak nak kahwin dengan saya? Kenapa?!!! Kenapa?!! ( anda bayangkan dialog ni dalam keadaan beliau sangat emo sekali melafazkan kata-kata ini )

Si Dia : "Kenapa saya terima awak; satu awak kata je awak tak baik tapi semua orang kata awak baik. Awak solat fardhu dan sunat cukup, solat sunat lepas subuh dan asar je awak tak buat sebab mmg takleh solat pun masa tu. Awak kata kerjaya awak tak stabil, tapi gaji awak RM2k sebulan. Awak kata tade harta, tapi awak ada kebun yg awak usahakan tanaman lada. Awak kata kenderaan awak kecik, Suzuki Swift tu kecik la sangat? Awak ada byk kisah silam, tapi semua tu awak tak buat dah skang. Awak ada rekod disiplin, sape tak pernah ponteng sekolah dulu2? Awak ada rekod polis, rekod saman ekor je pun. Awak kata awak tak kacak, tapi orang kata muka awk macam Asyraf Muslim. Awak kata awak tak bergaya tapi gaya macam Imam Muda Hassan. Awak mmg bukan kaki masjid, tapi awak addict dengan ceramah dan tazkirah kat masjid. Awak kata awak tak tahu bab agama, tapi awak dah habis khatam kitab2 kat pondok wlpn tak belajar kat universiti timur tengah. Awak kata awak tak berguna, tapi bagi saya awak dah lebih dari apa yg sy damba."

korang kenal siapa yg korang pilih, kan? :)
















♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

24 Julai 2012

Pesanan menyengat ustaz rare Ibnu Batoota..




‎[COPY PASTE]> Saya pun copy di wall saya. siapa terasa, maaf! tapi pandanglah dengan akal~

Pesanan menyengat ustaz rare Ibnu Batoota..

Memang,fb ini ramai kaum hawa add as friend....kawan perempuan dlm fb aku ni lg ramai dari lelaki.....
... Dan memang,kesempatan itu aku manfaatkan dgn sengaja buat status yg keras2 terhadap kaum wanita trutamanya bg glongan berpurdah...

Bukan kerana aku benci kepada kaum hawa...
Bahkan sgt mencintai mereka...

Cuma...aku lihat,majoriti fb islamik samada laki atau perempuan,semuanya status islamik yg meleleh leleh...
Yg lelaki trutamanya,bila buat status yg meleleh2 mcm tu,akan dpt byk gile likes dari kaum hawa menunjukkan mereka suka status tu,tak kurang juga yg suka pd penulis status tu....

Maka aku terfikir..................................

Adakah muslimah2 zaman skrg sudah hilang smgt jihadnya?
Sudah hilang kekuatan hati?
Sudah hilang ketabahannya?

Bukan aku nak suruh pmpuan2 islam jd ganas...cuma aku terfikir bila terbaca kisah2 sahabiah,mereka lemah lembut tapi sgt kental,hati sekuat besi waja,tak mudah cair dgn lelaki ajnabi,tak meleleh2 bila ckp psl cinta,tak tergedik2 bila laki cuit...

Maka aku pun mngmbil langkah utk jadikan fb ku sbg malaikat maut bg kaum hawa...utk mentarbiah hati mreka agar kuat!kental!tabah!

Kalau hari2 aku bg status meleleh2,cinta krana allah,lelaki soleh utk pmpuan solehah,cinta itu fitrah,carilah suami soleh dan bnda2 leleh yg lain...

Muslimah yg terhasil mcm mna?

Walaupun bpurdah,btdung lbuh,ikut usrah,ikut msturat...

Tp cuit skit,dah tergedik2...
Ngorat skit,dah sangkut....
Ajak kapel skit,trus stju...
Lps tu,ptus cinta,meleleh2...
Ada msalah skit,doa nk mati..
Kna marah ngn mak skit,buat status ckp x pnah bhgia...
Exam failed,kata xnk hidup lg...
Pakwe x msej sehari,kt sttus pnuh ngn kta2 rndu...
Pkwe mrah skit,buat sttus meleleh mcm haram...

Fikir secara waras...adakah ini sifat wanita yg ditarbiah oleh rasulullah ketika zaman bgnda???

Nama fatimah,aisyah,khadijah,safiyyah,ummu salamah,ummu habibah,sumayyah,ummu darda,masyitah,balqis,maryam dan ramai lgi diagung2kan kalian.....tapi apa kalian kenal siapa mreka?
Bgaimana hebat dan kentalnya hati mreka?

mmg akal kalian snipis rambut ,tp kalian bukan BODOH...

Aku dtg sbg pengetuk kepala kalian utk bgun dri tidur,utk sedarkan kalian supaya jgn jdi bodoh,jgn jadi hamba lelaki,jgn jadi hamba cinta haram,jgn jadi pmpuan murahan,jgn kapel free2 mcm bohsia,jgn dok bmnja ngn laki mcm pmpuan xda harga...

Nabi telah bersbda mfhumnya,jika seorang lelaki mndapat wanita solehah sbg istri,maka separuh agamanya telah smpurna...

Apa kalian sedar 'kesolehan' kalian itu harganya separuh dari agama??
























♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

23 Julai 2012

amalan seorg wanita





Amalan yang boleh dilakukan oleh wanita ketika sedang haid:

1. Zikir

2. Mengucapkan lafaz tasbih iaitu berkata: SUBHANALLAH
Bermaksud: "Maha Suci ALLAH."

3. Mengucapkan lafaz tahmid iaitu berkata: ALHAMDULILLAH
Bermaksud: "Segala Puji Bagi ALLAH."

4. Mengucapkan lafaz takbir iaitu berkata: ALLAHUAKBAR
Bermaksud: "ALLAH Maha Besar."

5. Mengucapkan lafaz tahlil iaitu berkata: LAA ILAAHA ILLALLAH
Bermaksud: "Tiada Tuhan Selain ALLAH."

6. Membaca Basmalah iaitu lafaz: BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Bermaksud: "Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

7. Membaca buku agama walaupun buku itu ada ayat-ayat Al-Quran.

8. Membaca hadis Nabi s.a.w. Hadis Nabi s.a.w. bukanlah Al-Quran. Ia adalah perkataan ataupun perbuatan Nabi s.a.w. Tarafnya tidak sama dengan Quran. Oleh itu, memegang kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim dan membacanya sebagai contoh, tidaklah haram.

9. Mendengar bacaan Al-Quran daripada radio, kaset dan sebagainya.

10. Berdoa walaupun doa itu daripada Quran.

11. Menghadiri majlis ilmu agama dan sebagainya (melainkan di dalam masjid).

12. Bagi orang yang sedang mengerjakan haji dan umrah, wanita sedang uzur syarie boleh melakukan semua tuntutan haji dan umrah kecuali tawaf sahaja. Ini kerana tawaf adalah seperti solat. Ia memerlukan wuduk dan sebagainya. Dia boleh wukuf di Padang A'rafah, boleh bermalam di Mina, dan bermalam di Muzdalifah, boleh melontar Jamrah, boleh bertakbir dan bertalbiyyah.




♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

22 Julai 2012

salam ramadhan :)




pejam celik pejam celik dah tegah tahun kan dah ramadhan .. xsedar pun masa berlalu ngn cepat.. semoga ramadhan kali ni kite dpt lakukan amal ibdah yg lebih baik dari yg lalu :) jgn lah kite kire bilagn hari nak meyambut hari raya .. tp kira lah bpe lama lagi yg kite akan bersama ngn ramdhan.. bukan seng kite nk dapt merasai bulan yg mulia ni,, jika tahun ini kite dapat merasai kemanisan bersama ramadhan ,, belum tentu ag thun dpn kite akn dpt berjumpa ngn ramdahn...jadi jom lah kite pulun habis2 ramdhn kali ini laku kan amal ibadat pada NYA

mohon maaf kepada smua klu ade salah n silap .. semoga amalan kite diterima oleh NYA  aminn~~
semoga ape yg aku azam tahun ini tercapai dan dapat dilaksana kan dgan baik ,, dan sempurna ~









♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner