08 Disember 2012

halal kan yang haram

 
 
 
Sampai takut saya nak pegang. Bukan takut patah. 
Tapi takut nanti jari kita tak boleh tolong antara satu sama lain. 
Di satu hari yang dahsyat depan Yang Maha Esa.

Saya suka tengok rambut awak. Lurus macam teknik rebonding. 
Sebab tu saya belikan awak tudung. 
Bukan sebab cemburu orang lain tengok jugak. Tapi takut nanti awak kena bakar dalam api ner
aka.

Saya suka tengok ‘body’ awak. Mantap giler. Sebab tu saya belikan awak jubah dan telekung. Supaya masa awak berjumpa dengan Kekasih awak Yang Utama nanti, awak lagi cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala.
Saya risau tengok awak tak tidur, tak makan sebab rindu kat saya.
 Saya pun macam tu jugak.
 Awak tanya apa ubatnya? Saya pun bagi awak Al-Quran sebagai penenang jiwa. 
Semoga lebih cintakan-Nya dari saya.

Saya sedih tengok awak. Selalu pesan macam-macam kat saya.
 “Makan, minum, drive elok-elok tau. Nanti awak sakit saya susah hati dan bermacam-macam lagi”. 
Tapi bila keluar ‘dating’ sama-sama, terlalu asyik hingga tertinggal Zohor.
 Awak langsung tak kata apa satu pun. Berdosanya saya.

Kesimpulannya, saya memang sayangkan awak.
 Nak setia pada awak. Tapi, saya dah tak sanggup nak tanggung dosa kalau kita terus ber’couple’. Saya nak kahwin dengan awak cepat-cepat.
 Nak hidup bahagia bersama di dunia dan akhirat terutamanya.

Semoga kita saling mengingati dan menginsafi diri kita. 
Dosa saya sendiri pun bertimbun. Nak tanggung dosa awak lagi lepas ni. 
Ya Allah, ampunkanlah dosa kami. 
Jauhilah kami daripada perkara-perkara mungkar dan keji. 
Engkau pertemukanlah jodoh kami agar hubungan ini halal dan mendapat keredhaan dari-Mu Ya Allah..
 
 
 
 




♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

0 Massage:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner