25 Julai 2012

korang kenal siape yg korang pilih




Seseorang: "Kenapa awak sanggup terima saya, sanggup nak kahwin dengan saya? Padahal saya ni tak baik, solat pun tak cukup, kerjaya pun tak stabil, harta pun tak ada, kenderaan pun kecik je. Saya pula ada banyak kisah silam, ada banyak kes disiplin, ada rekod lampau, terlibat macam-macam, ada rekod polis. Saya pun tak kacak, tak pandai, tak stail, tak bergaya, bukan kaki masjid pun. Saya tak tahu sangat bab agama, saya tak berguna pun. Tapi kenapa awak yang punya segala, ada pilihan yang lebih baik dan boleh pilih yang lebih bagus, awak cantik, awak baik, awak ada kerja best, awak macam puteri raja, awak beragama, sembahyang tak tinggal, pandai itu dan ini, semua awak boleh, serba-serbi awak sangat membanggakan. Tapi kenapa awak nak kahwin dengan saya? Kenapa?!!! Kenapa?!! ( anda bayangkan dialog ni dalam keadaan beliau sangat emo sekali melafazkan kata-kata ini )

Si Dia : "Kenapa saya terima awak; satu awak kata je awak tak baik tapi semua orang kata awak baik. Awak solat fardhu dan sunat cukup, solat sunat lepas subuh dan asar je awak tak buat sebab mmg takleh solat pun masa tu. Awak kata kerjaya awak tak stabil, tapi gaji awak RM2k sebulan. Awak kata tade harta, tapi awak ada kebun yg awak usahakan tanaman lada. Awak kata kenderaan awak kecik, Suzuki Swift tu kecik la sangat? Awak ada byk kisah silam, tapi semua tu awak tak buat dah skang. Awak ada rekod disiplin, sape tak pernah ponteng sekolah dulu2? Awak ada rekod polis, rekod saman ekor je pun. Awak kata awak tak kacak, tapi orang kata muka awk macam Asyraf Muslim. Awak kata awak tak bergaya tapi gaya macam Imam Muda Hassan. Awak mmg bukan kaki masjid, tapi awak addict dengan ceramah dan tazkirah kat masjid. Awak kata awak tak tahu bab agama, tapi awak dah habis khatam kitab2 kat pondok wlpn tak belajar kat universiti timur tengah. Awak kata awak tak berguna, tapi bagi saya awak dah lebih dari apa yg sy damba."

korang kenal siapa yg korang pilih, kan? :)
















♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

0 Massage:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner