23 Julai 2012

amalan seorg wanita





Amalan yang boleh dilakukan oleh wanita ketika sedang haid:

1. Zikir

2. Mengucapkan lafaz tasbih iaitu berkata: SUBHANALLAH
Bermaksud: "Maha Suci ALLAH."

3. Mengucapkan lafaz tahmid iaitu berkata: ALHAMDULILLAH
Bermaksud: "Segala Puji Bagi ALLAH."

4. Mengucapkan lafaz takbir iaitu berkata: ALLAHUAKBAR
Bermaksud: "ALLAH Maha Besar."

5. Mengucapkan lafaz tahlil iaitu berkata: LAA ILAAHA ILLALLAH
Bermaksud: "Tiada Tuhan Selain ALLAH."

6. Membaca Basmalah iaitu lafaz: BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Bermaksud: "Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

7. Membaca buku agama walaupun buku itu ada ayat-ayat Al-Quran.

8. Membaca hadis Nabi s.a.w. Hadis Nabi s.a.w. bukanlah Al-Quran. Ia adalah perkataan ataupun perbuatan Nabi s.a.w. Tarafnya tidak sama dengan Quran. Oleh itu, memegang kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim dan membacanya sebagai contoh, tidaklah haram.

9. Mendengar bacaan Al-Quran daripada radio, kaset dan sebagainya.

10. Berdoa walaupun doa itu daripada Quran.

11. Menghadiri majlis ilmu agama dan sebagainya (melainkan di dalam masjid).

12. Bagi orang yang sedang mengerjakan haji dan umrah, wanita sedang uzur syarie boleh melakukan semua tuntutan haji dan umrah kecuali tawaf sahaja. Ini kerana tawaf adalah seperti solat. Ia memerlukan wuduk dan sebagainya. Dia boleh wukuf di Padang A'rafah, boleh bermalam di Mina, dan bermalam di Muzdalifah, boleh melontar Jamrah, boleh bertakbir dan bertalbiyyah.




♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

0 Massage:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner