05 November 2011

hawa ^______^





Hawa,

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu , ingatlah hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disususli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa…

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang baik tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu hawa,

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu , kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongna jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu , cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa…..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.

Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..Moga dia bagai seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti... dipetik dari blog kembara assyafie




♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

04 November 2011

Utk renungan bersama ^_^


KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung".
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 87.




                                                         
♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

03 November 2011

KERANA DIA ADALAH SAHABAT








Dia adalah yang Allah beri kepadaku,

Walau yang mencarinya adalah aku,
Maka dia adalah hadiah,
Mustahil sekadar dilempar begitu.



Biarlah dia berbicara hanya sedikit,
Biarlah dia berjauhan,
Biarlah kadangkala ada salah sangkaan,
Biarlah ada waktu dia melukakan.



Kerana dia adalah sahabat,
Maka aku tidak pernah menghiraukan.



Mengira bahagia-bahagia yang wujud bila dia ada di sisi,
Itu sahaja sudah melebihi dunia dan segala isi.



Kalau dia tiba-tiba menyimpang,
Aku adalah yang akan menghulurkan tangan dan tidak berjauhan,
Kalau aku adalah yang tersungkur,
Aku akan segera bangkit agar dia tidak ku susahkan.



Sebab dia adalah sahabat,
Dan aku tahu sahabatku adalah manusia,
Maka aku hormati kekurangan yang ada,
Dan aku besar-besarkan kelebihannya.



Hanya iman yang mampu melestari hubungan ini,
Mengekstensi hingga ke syurga nanti.



Kerana dia adalah sahabat,
Mustahil aku mahu berada di syurga tanpa dia di sisi.








♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

02 November 2011

like lah page nie ea..:)







tolong like fan page sye leh x.. klo rajin hehe..singah lah sini ea.. :)





♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

berakhir sebuah pertemuan



Damainya hati
Kringggg!!! Loceng berbunyi menandakan waktu rehat baru bermula. Pelajar-pelajar lain sudah  keluar dari kelas masing-masing dan mula membanjiri kawasan kantin sekolah.

Irna hanya mampu menenangkan sahabatnya di sebelah. Dia tahu betapa menderitanya sahabat baiknya itu, namun sebagai insan biasa dia tidak berdaya memberikan bantuan. Hanya sokongan dan semangat yang mampu dihulurkan kepada insan setabah sahabatnya.

"Iman, jom kita pergi kantin. Iman makan sikit. Nanti Iman kena makan ubat," pujuk Irna walaupun dia tahu sahabatnya itu akan  menolak. Muka Iman yang pucat lesi ibarat tidak berdarah itu menggigit tangkai jantungnya. Sungguh, dia tidak kuat melihat keadaan sahabatnya sebegitu. Tanpa disedari kolam matanya pecah juga. Ada tangisan halus yang mengiringi air mata tersebut.

"Irna, kenapa ni? Janganlah menangis. Iman tak nak kawan-kawan Iman menangis sebab Iman. Lebih-lebih lagi Irna, sahabat baik Iman dunia akhirat, Insya-Allah," hati Iman bergetar menahan sendu yang berlabuh. Dia tahu perasaan Irna tika itu, namun sebagai hamba Allah yang hanya menumpang di dunia fana ini, dia akur dan pasrah atas segala takdir.

***********
Perkenalan mereka semenjak minggu orientasi untuk pelajar-pelajar baru membuahkan persahabatan yang kekal hingga ke hari ini. Mereka amat serasi bersama memandangkan mereka banyak berkongsi minat yang sama. Hidup yang suram gara-gara terpaksa berjauhan dengan ibu bapa dan keluarga akhirnya diwarnakan dengan suka duka dalam bersahabat. Iman dan Irna sangat bersyukur kerana Allah telah mempertemukan mereka berdua.

Ramai kawan mereka kagum melihat persahabatan mereka berdua. Keakraban mereka yang boleh diibaratkan sebagai isi dengan kuku itu menyebabkan ramai yang menggelar mereka sebagai adik beradik. Segala susah senang, sakit perit mereka dirasakan bersama. Andai salah seorang daripada mereka sakit, seorang lagi akan turut sakit menahan sebak di hati.

Irna termenung lagi. Sejak akhir-akhir ini dia semakin bimbang akan kesihatan Iman. Jika dahulu sahabatnya itu seorang yang ceria, kini segalanya seakan berubah. Walaupun ada senyuman yang terukir di bibir Iman, dia tahu segala derita yang ada di sebaliknya. Dia cuba berlagak tenang dan kuat ketika berhadapan dengan Iman tetapi jauh di lubuk hatinya hanya Allah sahaja yang tahu.

"Iman, tadi Cikgu Athirah ada pesan, kalau Iman sakit, jangan paksa diri pergi kelas, kalau ada apa-apa berlaku susah. Irna tak nak something happen kat Iman," kata-katanya hanya dijawab dengan pandangan mata Iman. Seperti biasa Iman hanya membiarkan bibirnya dihiasi dengan senyuman ikhlas yang selalu diukirkannya.

"Irna, insya-Allah, Iman pun tak nak something bad happen, tapi kita kena ingat, walau apapun yang telah berlaku atau yang akan berlaku, segalanya datang daripada Allah. Kita kena terima dan redha," nafasnya ditarik perlahan sebelum kembali berkata-kata.

"Irna, maafkan Iman ya, sebab dalam tempoh setahun ni Iman banyak menyusahkan Irna, dan terima kasih jugak sebab Irna selalu ada di sisi Iman. Jasa dan pertolongan Irna selama ni mungkin Iman tak sempat nak balas, hanya.."

"Iman, janganlah cakap macam ni. Iman tak menyusahkan Irna pun," Irna pantas memintas kata-kata sahabatnya itu. Dia tidak sanggup untuk mendengar bait-bait kata yang ingin disampaikan oleh Iman.

 ***********
Seperti biasa keluarga Iman akan datang melawat pada hujung minggu. Irna pula akan menemani Iman. Hubungan Irna dengan keluarga Iman juga semakin baik hari demi hari. Ibu dan ayah Iman sangat berterima kasih kepada Irna kerana telah banyak menolong dan memberikan kata-kata semangat kepada anak perempuan tunggal mereka. Hati ibu mana yang tidak sebak apabila melihat penderitaan si anak. Kalau diikutkan hatinya, ingin sahaja dia menjaga Iman sepenuh masa tetapi dia tidak berdaya. Memandangkan Iman bersekolah di sekolah berasrama, mereka sekeluarga pasrah. Namun, mereka bersyukur sekurang-kurangnya Iman mempunyai seorang sahabat yang baik seperti Irna.

"Iman, Iman dengar cakap ibu sayang," ada titis air di tubir mata ibunya.

"Iman mesti jaga diri Iman baik-baik tau. Ubat tu mesti makan. Kalau Iman sakit, beritahu ibu, beritahu warden. Kalau boleh ibu nak sangat jaga Iman. Ibu sedih tengok anak ibu tanggung sakit sorang-sorang," pelukan dieratkan diiringi dengan tangisan yang berpanjangan. Irna yang tidak dapat menahan kesedihannya juga turut menitiskan air mata . Begitu juga dengan ayah dan adik-beradiknya.

"Ibu, insya-Allah, Iman akan dengar nasihat ibu tapi ibu kena janji dengan Iman. Ibu janganlah nangis. Iman tak sanggup tengok ibu nangis sebab Iman. Ayah, jaga ibu baik-baik. Jangan bagi ibu lemah semangat, boleh ayah? Ibu?" ibu dan ayahnya hanya mampu mengangguk lemah.

"Irna, terima kasih atas segala-galanya. Ibu harap Irna boleh tolong tengok-tengokkan anak ibu. Kalau ada apa-apa berlaku, tolong beritahu ibu ye," Irna mengangguk perlahan seraya tunduk menyalami tangan milik ibu Iman. Hubungan yang baik antara mereka menyebabkan ibu Iman tidak segan membahasakan dirinya sebagai ibu dengan Irna.

*****************

"Iman, kenapa ni? Iman sakit lagi ke?" Irna semakin risau melihat keadaan Iman yang semakin teruk. Dia mula hairan dan bimbang jika ada sesuatu yang akan menimpa Iman.

"Iman, jom kita pergi hospital. Irna tengok Iman dah teruk ni, selalu je sakit kepala, muntah-muntah, kita pergi hospital ok?" Irna sudah tidak mampu berlembut dengan Iman. Sudah banyak kali dia cuba memujuk Iman untuk pergi ke hospital. Namun jawapannya tetap sama.

"Irna, Iman okeylah. Cuma sakit kepala biasa je ni. Nanti lepas makan panadol okeylah," Iman hanya senyum segaris.

"Tak boleh. Hari ni Iman kena dengar juga cakap Irna. Kita mesti pergi hospital hari ni. Iman tunggu sekejap. Irna nak inform  kat warden," pandangan Iman mengiringi langkah sahabatnya.

"Dah lama ke sakit ni?" doktor di hadapan memulakan bicara sambil mencatat sesuatu dalam buku laporan kesihatan.

"Ermm, agak lama jugak la, tapi dulu tak sakit macam ni. Sekarang ni sakit sangat-sangat. Kadang-kadang tak boleh nak tahan," Irna menggengam erat tangan sahabatnya. Dia berdoa agar tiada perkara buruk yang akan berlaku.

"Selera makan macam mana? Okey?"

"Entahlah doktor tapi sekarang ni memang tak boleh makan sangat, selalu je tak ada selera," doktor mengangguk perlahan sambil meneruskan catatan.

"Ermm doktor, maaf mencelah, tapi saya nak tahu kenapa hidung Iman berdarah. Kadang-kadang gusi pun sama," doktor mula memandang Iman.

"Kita buat blood test dulu, nanti kita tengok macam mana," Iman dan Irna saling berpandangan. Mereka mula merasakan seakan ada sesuatu yang tidak kena.

**************



"Iman, saya harap Iman akan bersabar, mungkin apa yang bakal saya sampaikan terlalu susah untuk diterima, tapi saya yakin Iman seorang yang kuat,"

Berita yang disampaikan oleh doktor agar sukar untuk diterima. Sudah kering air matanya mengenangkan perkara tersebut. Namun, dia beristighfar panjang. Iman sedar segalanya telah ditentukan oleh Allah Pencipta Alam. Dari Dia kita datang dan kepada-Nya kita kembali 
 Akhirnya dia redha atas segala-galanya.

"Hasil dari blood test yang telah dibuat, saya dapati Iman menghidap penyakit leukemia," Iman dan Irna sangat terkejut dengan berita yang dikhabarkan. Bagaikan hendak luruh jantung mereka. Iman hanya mampu memandang Irna dengan pandangan kosong yang sukar untuk ditafsirkan.

"Pada mulanya saya ingatkan result tu salah. So saya dah buat test tu 2 kali dan hasilnya memang positif. Saya harap Iman banyakkan bersabar ya," doktor itu dapat melihat kesedihan yang terpancar di wajah mereka. Lidah mereka juga kelu untuk berbicara, mungkin masih terkejut dengan berita yang diterima.

"Penyakit ni dah peringkat kedua, dan mungkin kejam kalau saya cakap penyakit Iman ni dah nak sampai peringkat ketiga,"

"Kalau kita dapat kesan dari awal-awal, mungkin sempat untuk kita berikhtiar. Iman akan selamat kalau ada sum-sum tulang yang sesuai, tapi sekarang ni, agak susah untuk kita dapatkan sum-sum tulang yang sesuai, tapi insya-Allah, tak mustahil untuk sesuatu berlaku jika diizinkan oleh Allah,"

"Iman, Iman!!" Irna hairan melihat Iman yang jauh termenung. Dia tahu apa yang sedang difikirkan oleh sahabat baiknya itu. Setiap kali dia melihat wajah pucat Iman, pasti rasa sedih bertamu di hatinya. Sebagai hamba Allah yang lemah, dia hanya mampu berdoa agar sahabatnya itu diberikan kekuatan dan dipanjangkan umur.

"Eh, Irna, maaflah, Iman tak perasan tadi," Iman tersedar. Dia tahu dia harus kembali ke alam nyata. Berita tentang penyakitnya yang diterima sejak hampir setahun yang lalu sering mengganggu ketenangannya. Bukan dia tidak menerima takdir Allah tapi dia takut. Dia takut untuk menghadapi sakaratul maut. Bagi dirinya, bila-bila masa sahaja Malaikat maut akan menjemputnya kembali kepada Yang Esa. Mungkin esok, minggu depan dan mungkin juga tahun hadapan. Memikirkan hal itu, dia dirundung kesedihan. Dia sedih kerana andainya telah ditakdirkan dia akan pergi dalam tempoh terdekat ini, dia sudah tidak dapat sujud kepada Allah Ta'ala, dia tidak lagi dapat berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya. Dia juga takut apabila memikirkan adakah cukup amalannya selama ini untuk dihadapkan di hadapan Allah. "Ya Allah kau ampunkanlah segala dosa ibu bapaku, dosa-dosaku, dosa seluruh ahli keluargaku, dosa guru-guruku, dosa sahabat-sahabatku, dosa muslimin serta muslimat. Kau matikanlah aku dalam iman dan Islam," detik hatinya.

********************

"Assalamualaikum, Irna," hati Irna berdegup kencang sebaik sahaja menerima panggilan ibu Iman.

"Waalaikumussalam, ibu, kenapa ibu, Iman sakit ke?" Irna semakin gelisah apabila terdengar esakan halus dari corong telefon. Dia tahu ibu sedang menangis.

"Irna, boleh tak Irna datang ke rumah ibu sekarang. Iman, nazak,"

Irna segera bertolak ke rumah Iman bersama-sama kedua-dua ibu bapanya. Perjalanan selama sejam lebih itu dirasakan bertahun lamanya. Air matanya tidak berhenti mengalir. Sedaya upaya dia menahan perasaan agar bersabar tetapi dia tidak mampu. Dia tidak mampu untuk memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku. Dia masih ingat pandangan Iman sewaktu hari terakhir persekolahan sebelum cuti penggal bermula. Pandangan Iman tika itu memang sukar untuk dimengertikan. Hanya air mata duka yang mengiringi perpisahan mereka saat itu. Kata-kata maaf yang diungkapkan oleh Iman juga masih segar di ingatannya.

"Irna, maafkan Iman ye. Terima kasih sebab sudi jadi sahabat baik Iman. Irna mesti ingat, walau apapun yang berlaku, Irna mesti tabah. Terima takdir Allah seadanya, dan satu lagi, jangan biarkan hubungan Irna dengan ayah dan ibu terputus seandainya Iman pergi dulu. Satu perkara yang Irna kena ingat, Iman sayang Irna, sayang sangat-sangat,"

Irna tidak dapat menahan perasaannya. Dia menangis lagi. Kata-kata Iman tempoh hari betul-betul mengganggu fikirannya.

*****************

"Assalamualaikum," dengan lemah salam diucapkan. Langkah Irna lemah tidak bermaya. Kedatangannya disambut dengan tangisan dan pelukan ibu Iman. Dia dapat merasakan betapa eratnya pelukan itu. Hatinya pedih, jantungnya pula seakan berhenti berdegup.

Hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya apabila melihat seorang sahabat yang selama ini berkongsi susah senang dan suka duka bersamanya sedang terbujur kaku. Fikirannya ketika itu kosong. Bukan senang untuk menerima kenyataan itu. Kenyataan yang ternyata pahit untuk ditelan. Namun, dia pasrah dan redha dengan takdir Allah. Sebagai hamba Allah yang beriman, dia mesti kuat dan bersabar menghadapi ujian hidup. Kata-kata arwah Iman kembali menerpa ingatannya.

"Irna, maafkan Iman ye. Terima kasih sebab sudi jadi sahabat baik Iman. Irna mesti ingat, walau apapun yang berlaku, Irna mesti tabah. Terima takdir Allah seadanya, dan satu lagi, jangan biarkan hubungan Irna dengan ayah dan ibu terputus seandainya Iman pergi dulu. Satu perkara yang Irna kena ingat, Iman sayang Irna, sayang sangat-sangat."

"Insya-Allah Iman. Irna mesti kuat. Irna mesti tabah dan Irna pun sayangkan Iman. Sayang sangat-sangat," getus hatinya.

************

Arwah Iman sudahpun selamat dikebumikan. Perasaan sedih masih setia bertamu di hatinya. Dia masih ingat betapa susahnya untuk mencium dahi arwah Iman gara-gara air matanya yang tidak henti-henti mengalir. 'Sejuk'. Itulah yang dirasakannya  sewaktu mencium dahi arwah buat kali terakhir.

"Irna," dia tersedar dari lamunan. Ibu Iman di sebelah dipandang sayu. Apalah sangat kesedihannya jika dibandingkan dengan kesedihan seorang ibu yang kehilangan anaknya. Irna dapat melihat tubir mata ibu Iman masih digenangi air jernih.

"Ya ibu," tangan si ibu digengamnya seerat mungkin.

"Ibu jumpa surat ni atas meja arwah, untuk Irna," dalam sebak ibu Iman menuturkan kata-kata.

Tangannya terketar-ketar semasa membuka lipatan surat itu. Surat terakhir daripada seorang sahabat. Tanpa dapat ditahan, kolam matanya pecah lagi. Bagaikan baru semalam mereka dipertemukan, kenangan mereka bersama masih segar di ingatan.


Buat sahabatku Irna.
Assalamualaikum,
Iman bersyukur sangat-sangat sebab Allah telah mempertemukan kita, walaupun pertemuan kita hanya sekejap cuma tapi Iman tetap berterima kasih kepada Allah sebab melalui Irna, Iman berpeluang mengenali erti sahabat sejati Irna. Maafkan Iman atas segala kesilapan yang pernah Iman lakukan sepanjang persahabatan kita. Sebenarnya Iman pun dah tak tahu nak tulis apa. Kepala Iman sakit sangat ni tapi Iman tak nak tinggalkan Irna tanpa kata. Kalau boleh Iman nak sangat jumpa Irna. Takut nanti tak sempat. Mungkin sekarang ni Iman dah dipanggil menghadap Ilahi. Kalau boleh, Iman nak tengok Irna sebelum kita berpisah buat selama-lamanya tapi Iman juga nak minta maaf kalau Irna hanya sempat tengok jasad kaku Iman. Bukan Iman nak tapi ingatlah mati itu pasti bagi setiap manusia. Iman harap, Irna akan bersabar. Tolong doakan Iman di sana ye. Sebenarnya, Iman takut sangat Irna. Iman takut mati. Iman takut amalan Iman tak cukup tapi apakan daya Iman, Iman dah tak boleh nak buat apa kalau dah takdir Iman akan pergi dulu. Cuma Iman harap Irna teruskan impian kita untuk jadi wanita solehah. Gunakanlah masa dengan sebaik mungkin. Laksanakanlah ibadah dan perintah Allah selagi masa masih ada sebab kita tak tahu bila sebenarnya ajal maut kita. Ingatlah sahabatku, kematian tidak akan menunggu sehingga seseorang itu bersedia untuk menghadapinya.
Buat tatapan Irna, Iman sempat tuliskan lirik lagu nasyid yang kita suka. Hayatilah setiap bait kata-kata yang ada pada lirik ni. Akhir kata doakanlah Iman di sana. Wassalam. 




Ketika diri mencari sinarSecebis cahaya menerangi laluanAda kalanya langkahku tersasarTersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rinduMengalun kalimah menyapa keinsafanKehadiranmu menyentuh kalbuMenyalakan obor pengharapan
Tika ku kealpaanKau bisikkan bicara keinsafanKau beri kekuatan, tika akuDiuji dengan dugaanSaat ku kehilangan keyakinanKau nyalakan harapanSaat ku meragukan keampunan TuhanKau nsanea rahmat-Nya mengatasi segala
Menitis air mataku keharuanKepada sebuah pertemuanKehadiranmu mendamaikanHati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaranKau gilap cahaya kebahagiaanTulus keikhlasan menjadi ikatanDengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
Titisan air mata menyubur cintaDan rindu pun berbungaMekar tidak pernah layu
Yang dulu resah keliruCintaku takkan pudar diuji dugaanMengharum dalam harapanMoga kan kesampaian kepada TuhanLantaran diri hamba kerdil dan hina
Syukur sungguh di hati iniDikurniakan teman sejatiMenunjuk jalan dekati-NyaTika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargaiKejujuran yang kau beriMengajarku mengenal ertiCinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impianSelain rahmat kasih-Mu TuhanYang terbias pada ketulusanSekeping hati seorang insanBernama teman











♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

surat kepada bf anak aku



terbaik punya ayah.. lagi baik kalo die suruh masuk pinang anak die trus.. heheh



Peraturan 1:Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…
hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..
sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2:
Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, 
selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. 
Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..
aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3:Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4:Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5:
Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku 
ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal
 politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar 
semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: 
bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula?
 Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6:Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7:
Sementara ko menunggu anak aku bersiap, 
jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat.
 Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar.
 Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut,
 cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8:Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9:
Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, 
kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku.
 Kalo aku tanya ko nak pegi mana, 
dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, 
tiada yang tak benar melainkan benar belaka
. Aku ada satu senapang patah, 
satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni.
 Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, 
takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10:Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian, Yg ditakuti,Bapak Kepada Gf ko.





♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

31 Oktober 2011

hari keluarga warga PASTI :)






ehhhh korg tau x semlam ak g pogrem
 arimkeluarga PASTI..Berkelah di tepi pantai
korg tau x kat mana?? haa mst nk tau kan3... kat TELUK SENAGIN jew..
 hehe tp best oouu..
mklumlah ngn knak2 .. ske ak.. bnyk sukaneka yg kitaorg buat...
 antare nye .. cari permata yg hilang.. hehe best x nama permainan 2.. 
hehe permainan ni cari guli dalm pasir .. 
hehe budak2 tu pnye lah kalut cri permata 2..
 sbb spe yg pling bnyk je akn dpt hdiah.. mcm2 aksi ad.. 
skli2 pasir diorg hangkut hehe

permainan yg kedua kami buat buat istana pasir .. sape yg pling tinggi dy lah pemenang hehe.. 
kne berlari2 hgkut pasir .. ksian yg jd pghangkut pasir tue.. jenuh berlari2 nk p hangkut pasir... 
tambah2 ag klo yg bbdan sedap semput ak tgok diorg hehe,,seblum main2 gem ni dpe mdi laut dlu..
pnye lah xcited smpai xnk naik makan lah pnye syok mandi.. hehe.. yg c ak ak solihen dri ak x bash trus lncun sbb ske main jauh2 xpandan ngn kcik nk ikut org beso je lah dy tu hehe.. pntg nmpk air..

permainan yg k3 kami main kokong .. 
ayah kena kokong ank spe smpai dlu dy meng.. ehehe
buat ank yg bebdan besar ksian c ayah dy pnat.. 
hehe sblum main tu si Khairul ckp kat umi ak.. 
lbih kurg mcm ni lah ayat dy....
   "ustazah-ustazah ayah kami x larat laa" 
riuh smua glak mana x nye mana nk larat kokong dy badan agak sedap jgk lah dy ni.. yg ayk plk kcik.mana lah nk larat kokoNg dia hehe ..so spe yg bdan2 sedap2 tu x masuk.. hehe.. lpas 2 smua si ayah2 ni tercungap2 penat hehe... best sbb dpt smbutan .. semua bg kerja sama..
 
acara seterusnya ank memcari ibu.. mata c ank kne tutp n kne cri ibu.. yg c ibu plak hanya boleh cakap "anak ku anak ku"shje.. klo ckp lbih2 plak nty dpe knai mana mak dpe.. hehe ad sorg budak ni dngn mata ttup kompiden je jalan mencong ke lain hehe terpkse kne trik g tmpt sbnr bru jmpe mak dy hehe.. ad buadk ni ak lpe nama dy smpai ngis2 surh mak dy masuk .. mak dia ingat kne kokong dy ..hehe mk dy ckp x lart lah nk dukung hang hehe.. lawak2... 
 
game yg last skli game tarik tali hehe budak2 ni main .. 
uihhh kuat2 belaka dpe nih hehe.. 
ak xtau spe yg meng hehe sbb ak mse tu ngtuk 
n nk msok chalet tidooo hehe.. 

seharian kat sana.. smpai ptg .. berbalaoiii... smua puas hati... terima kasih pada smua sbb  dah menjaya kan pgrem ni dgn jaya nye walau un ujan skjap tp aktvti trus bjln jgk :) 


kat bawh ni ad skit gmba yg ak amik ..
 tp pic dy x bpe elok sbb amik gne nset.. 
cmre x bwk ..mase tue mcm ne leh tlupe un xtau lah
so xbnyk lah leh ak amik gmba dpe smua ... 



pemandagan yg indah lpas hujan :)















tgah tggu giliran kira guli spe pling bnyk..



hgkut pasir buat istana 

ksian pnat budak ni berlari2 hagkut pasir..


kokong ..ayah kne kokong ank hehe

panat c ayah hehe.. 

cpat.. cepat spe smapai duluu

cri ibu .. spe yg kne hehe








♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

30 Oktober 2011

jika ak cinta



Ya Allah ..Jika aku mulai mencintainya, izinkan aku hanya diam ..
Jika aku mulai berangan tentangnya, izinkan aku memendam ..
Jika aku mulai berharap akan hidupnya, izinkan aku untuk memadamkan ..

Ya Allah ..
Perbaikilah semuanya ..
Dekatkan aku, jika dia bertaqwa ..
Dekatkan aku, 
jika dia mampu membawaku ke dalam singgasananya ..
Singgasana para mailakat yang Kau cinta ..

Ya Allah ..
Aku ingin mencintainya kerana Mu ..
Aku hanya ingin memilikinya atas izin Mu ..
Jauhkan dia dariku kalau itu bukan jodoh untukku ..
Tapi izinkan aku menikmati sendiri ini dalam bisu ..
Tanpa ada yang tahu ..

Kecuali Engkau Sang Maha Mengetahui ..
Kerana Cintaku hanya ingin mengharap Redha dari Mu ..


dlam xsedar ak ade rase ske kat sesorg ni.. tp baik ak snyap je
pngalaman lalu dh mgajar ak mcm2 agar x mudah trima jtuh cinta
walau pon dlu ak ngn dy rapat slalu je contx tp x mcm skrg..
jrg dh contx msing2 x conntx..
tp ak ingt blew ak buat mcm 2 persaan tu ak jauh pergi tp x
rupe2 nyew.. dy tetp ad smpai skrg..

yaALLAH jika dia bkn miliku damaikan lah
hty ni dngn ketntuan MU..
jka dia bnar untk ku dkatkan lah hty ku dngn hty nye..
ku pasrah dngan ketntuan mu..
ya allah jika perasaan ini melalikan ak padaMU mka
kau hilagkn lah ia dri dri ku ini...





♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

doa untuk sahabat









Ya Allah bentuklah dirinya menjadi hamba yang cukup kuat untuk menyedari manakala ia lemah dan cukup berani menghadapi diri sendiri manakala diri takut 
jadikanlah dia 


hamba yang selalu memiliki rasa bangga dan keteguhan dalam kekalahan rendah hati serta jujur dalam kemenangan 
bentuklah dia menjadi hamba yang kuat dan mengerti 


mengetahui dan kenal akan diri sendiri adalah dasar dari segala ilmu yang benar 



Ya Allah... janganlah dirinya dibimbing atas jalan yang mudah dan lemah bimbinglah dia dibawah tempa dan desak kesukaran tentangan hidup 
bimbinglah dia supaya teguh berdiri di tengah badai berbelas kasih kepada mereka yang jatuh 



bentuklah dia menjadi hamba yang berhati bening dengan cita meninggi langit seorang hamba yang sanggup memimpin diri sendiri sebelum ia berhajat memimpin orang lain seorang hamba yg menjangkau ke hari depan tetapi tidak lupa akan masa lampau 


Ya Allah... dan setelah segala menjadi miliknya semoga dia dilengkapi hati yang ringan untak bersungguh hati tetapi jangan sesekali menganggap dirinya terlalu berkesungguhan 


berikanlah kepadanya kerendahan hati kesederhanaan dari keagungan hakiki fikiran cerah dan terbuka bagi sumber kearifan dan kelembutan dari kekuatan sebenarnya 


Dan aku akan berbisik "Hidupnya tidaklah sia-sia" dan ia melafazkan "Hayatku Penuh Bermakna"






♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner