24 Ogos 2011

:::....jangan BiaRkaN nAFSU mERosAKan keSucIan kita....:::


Memerhatikan gelagat remaja masa kini. Tanpa segan silu pandai berkepit bersama pasangan masing-masing dan menganggap seolah-olah dunia ini merestui gelagat mereka. Konon-kononnya sedang dilamun cinta lah tu. Agaknya sambil berjalan-jalan teringat kisah – kisah “cinta” yang banyak disajikan kepada remaja di panggung-panggung wayang. Banyak betul kesan filem-filem seumpama itu di pasaran. Budaya berCouple telah berjaya diserap ke dalam minda para remaja bahawa ia bukanlah suatu dosa. Banyak betul “saham” mereka pada suasana gejala sosial masa kini. Seolah mereka berjaya melakukan “anjakan paradigma” dalam pemikiran para remaja tentang Cinta. Hakikatnya, mereka hanyalah sangat berjaya merosakkan para remaja dengan ideologi Cinta yang berorientasikan cara hidup Barat yang jauh daripada syariat, yang menjadi punca kepada berlakunya maksiat.
Terserlah di depan mata suasana yang dihadapi oleh remaja masa kini menuju kepada kehancuran, kehampaan dan kealpaan. Mereka seolah tidak dapat melihat, bagaimana rumahtangga yang dibina di atas dasar “cinta” yang disaluti dengan maksiat itu pasti akan berakhir dengan porak peranda dan yang lebih sedihnya lagi, mereka seolah tidak dapat berfikir bahawa cinta yang diasaskan dengan syariat itu pasti akan berakhir dengan kebahagiaan kerana cintanya itu diberkati oleh Allah SWT. Mereka lebih suka merelakan diri mereka tercampak dalam lembah kemaksiatan. Nau’zubillah min zalik. Sedarlah ! Bangunlah ! bangunkanlah iman mu wahai harapan agama, nyalakan iman mu, jangan biarkan ia terus layu dan kuyu dibayangi nafsu yang menguasai dirimu.
“Kalau tak kenal – bagaimana kita nak jamin masa hadapan kita nanti”  Persoalan yang kita dengar. Persoalannya adakah kita berani mencari jalan sendiri dalam menjamin masa hadapan yang penuh kebahagiaan sedangkan kita pun masih layak digelar“budak hingusan”? Adakah kita begitu yakin kita tidak perlukan panduan dari Allah untuk bahagia di masa hadapan? Adakah kita begitu yakin apa yang nyata di depan mata kita itu adalah hakikat sebenarnya siapa si dia itu sehingga sanggup menggadai syariat dan membelakangkan Allah SWT demi mengejar “cinta sejati” kononnya?. Tepuk dada, tanya iman. Semoga iman kita masih berfungsi dengan sihat. Jika tidak sihat, perbaikilah ia.
Pernah bertanya pada seorang ustaz bagaimana hendak meyakinkan ramai remaja ini agar kahwin dulu baru bercinta, bukan sebaliknya. Jawapan ustaz itu rasanya cukup memberangsangkan,  “Beritahu pada mereka sudah ramai orang yang bertahun-tahun lamanya bertahan sebagai suami isteri  tapi pada asalnya tidak menjalinkan hubungan “cinta” seperti  mana yang berlaku sekarang.”  Pasti ada juga yang berkata, “itu zaman dulu ustaz!!!” . Adakah syariat itu hanya sesuai untuk zaman dahulu? Adakah Allah tidak tahu zaman akan berubah dan tatacara nak cari pasangan perlu di sesuaikan? Sungguh dengkel dan menjengkelkan tanggapan mereka ini. Mereka mengaku hamba Allah, tetapi bercakap seolah mereka lebih hebat dari Allah, Pencipta kita. Sedarlah ! Allah SWT yang Maha Mengetahui, Maha Berkuasa amat Arif tetang naluri dan kehendak manusia serta telah menyediakan jalan yang paling indah, paling suci dan paling diredhai-Nya  iaitu Pernikahan.
Cinta itu sesuatu yang indah. Cinta tidak membutakan kerna Cinta sangat menyembuhkan. Yang membutakan itu hanyalah nafsu, nafsu yang sentiasa membuak-buak dalam diri kerana telah dibiarkan terpupuk, telah dibiarkan menjalar-jalar di dalam diri dan akibatnya cinta yang suci dikotori dengan nafsu yang menguasai diri. Apabila nafsu menguasai, mulalah nak bercouple, dah bercouple nak berdating pula, dah berdating nak berpegangan pula, dah berpegangan nak... fikir sendiri lah ye. Jangan biarkan nafsu merosakkan Cinta. Katanya, cinta sampai bila-bila. Tak kan nak bercinta sampai bila-bila di Neraka? Tak nak ke bercinta sampai bila-bila di Syurga? Kalau nak bercinta sampai bila-bila di Syurga, berpasanganlah dengan cara yang halal, dengan cara yang tidak menggambarkan akan ke neraka. Yang halal dan yang haram amat jelas. Buatlah pilihan yang halal. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Nikah adalah jalannya dan ikutlah. InsyaAllah bahagia hingga ke syurga ! Renung-renungkanlah dan selamat beramal ye !
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat - Hamka

♥syukran si comel kerana sudi membaca di sini,jangan lupa tingalkan komen yew sayang^^♥

0 Massage:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner